9.1.11

AJL oh AJL

saya nak faizal tahir menang malam ni sebab lagu selamat malam tu lagu untuk saya~! tapi kalau kalah pun takpe, sebab saya tak rugi apa2. cuma lagu ni mengingatkan saya pada beberapa bulan yang lalu:

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu

Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang

selamat malam ialah lagu pertama saya dapat dari dia. ini kisah di sebalik lagu selamat malam:
tanggal 6 mac 2010(malam) yang lalu, seorang budak diberi nama sekut_tawar telah minta nombor telefon puteri_kebayan. kesian, dah dua kali dia mintak. akhirnya, puteri_kebayan pun bermurah hati memberikan nombor telefon dengan pesanan "boleh sms dan call, tapi jangan miskol". bila dah kasi nombor, terus dapat miskol. aduiiii, ngopngep punye sekut_tawar. tak faham bahasa. bila dia dah dapat nombor telefon, tetiba jadi romantik pelik. sebelum berakhir satu perchattingan, sempat kasi lagu selamat malam sebagai penutup ym. saya pulak, tak pernah dengar lagu tu, terus download. bila dah balik bilik(sb msa tu on9 at ofis), sempat lagi buka laptop sebelum tidur semata-mata nak dengar lagu yang dia kasi. heheheee gedik kan?

~bibir tak perlu meluah kata apabila hati telah lama berkongsi rasa yang sama...

Senarai Lagu yang bakal beraksi di Final AJL25 :

  1. Sempurna nyanyian Yuna dan ciptaan dia sendiri
  2. Berlari (Tomok/ Tomok & Shazee Ishak/ Tomok)
  3. Pelita (A.P.I/ Loque)
  4. Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir/ Edry Abdul Halim)
  5. Drama King (Meet Uncle Hussain & Black/ Taja/ Tun Teja)
  6. Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam)
  7. Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)
  8. Selamat Malam (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
  9. Ku Ada Kamu (Adira/ Edry Abdul Halim)
  10. Extravaganza (Bunkface/ Sam Bunkface/ Bunkface)
  11. Sofea Jane (Black/ Sham Kamikaze & Iswandy/ Farril)
  12. Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
  13. Jahat (Stacy/ Edry Abdul Halim)
  14. Mencari Konklusi (Hujan/ Noh Hujan)
-lagu mana ye juara kali ni?

No comments: