25.1.11

Penangan Facebook Dan Blogger

sekarang "makhluk" facebook dan blogger ni semakin menjadi-jadi. kuat bebenor penangan depa berdua. tapi mereka tak bersalah. sebab mereka tak ada otak. yang selalu buat salah: MANUSIA. kita lah tu.

yang baiknya:

facebook: saya jumpa balik kawan2 yang dah bertahun2 tak jumpa.

blogger: boleh mereview novel yang dah dibaca. boleh mengamuk + mengutuk + mengata + luah perasaan tak puas hati kat blog. nak serang orang depan2, takut beb!

yang buruknya pulak:

facebook: selalu lalai dengan FARMVILLE + CITYVILLE. kadang2 lecturer ada kat depan, saya sibuk berkebun, kutip hasil, bina bangunan kat belakang kelas. (mcm sekaranglah) heeee;)

blogger: kadang2 dapat idea nak update new post masa dalam kelas. nak wat camne kan? ku manusia yang lemah. tak berdaya nak menghalang idea yang mendatang tanpa di undang ni. (macam sekarang)

pemboleh ubah dimalarkan: masa (10-11.30am)
pemboleh ubah dimanipulasikan: penglihatan (nak tgk fb ke, blog ke, slide dr lecturer)
pemboleh ubah bergerak balas: kadar penerimaan pembelajaran

hipotesis: semakin lama kat kelas, semakin banyak yang saya lihat(fb, blog) dan semakin berkurang kadar penerimaan pembelajaran.

kesimpulan: hipotesis diterima.

penutup: TEKNOLOGI YANG ADA PADA MASA KINI TAK PERNAH SALAH, TAPI MANUSIA SELALU MENYALAH GUNAKAN TEKNOLOGI.

sekian, terima kasih. ok. dah. mau fokus. [saya♥cryptoghraphy]

p/s: jangan tiru aksi perangai seperti ini.

1 comment:

Nur Syuhada Adah G.A.M said...

Sya tak men game fb tap tengok anime...u should try it...