21.5.11

Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim

KAJANG: Polis mengesahkan sehingga jam 8 malam ini lima orang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA Semungkis, di Hulu Langat, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata 12 berjaya diselamatkan daripada tempat kejadian berkenaan.

Beliau berkata, pasukan penyelamat dan polis akan meneruskan operasi menyelamat sehingga menemui semua mangsa kejadian.

"Kita tidak akan berhenti dalam operasi ini, kita akan teruskan sehingga jumpa semua mangsa," katanya.

ini pulak versi cikyin: "wat msa ni 5 trkorban.act diorg tgh buat prsiapn tuk smbut rombgan FINAS makan tghri..ade yg tgh wat ltihan kompang..tgah2 wat ltihan tbe2 tnah runtuh..yg kt kwsan diorg main kompng tu yg truk tu.."

mangsa yang terselamat
-aku respek lelaki yg xberbaju ni. dia bukak bju dia utk tutup kaki budak tu. baik, kan dia? ada lg seorg lelaki yang masuk ke dlm kwsn bencana semata-mata nak payungkan mangsa yang dibawa keluar. alhamdulillah, semoga Allah merahmati kalian-

-mayat yg tertimbus- (cilok dr fb)

episod tanah runtuh kali ni sangat2 menyentuh hati saya. kalau sebelum ni, saya cuma baca sekadar untuk tahu keadaan terkini,(jahat kan?) tapi kali ni saya turut bersedih. dalam mata ada air:-( mungkin sebab mereka anak2 yatim. al-fatihah kepada yang terkorban.

jadi, sama-samalah kita berdoa...."Semoga Allah permudahkan bantuan kepada anak-anak yatim yang tertimbus tanah runtuh di Hulu Langat ketika hujan lebat petang tadi. Aminnn...."

No comments: