2.5.11

Review: Cinta Yang Kurasa

akhirnya, setelah seminggu... berjaya jugak habiskan novel ni. hurm, mengambil masa yang agak lama kali ni. sebab? mood nak membaca hilang.

okey, balik kepada topik asal. banyak jugak watak dari novel2 anis ayuni yang sebelum ni. antaranya: sufian dan raihana. watak mereka berdua: parent kepada hero novel ni iaitu Mir Shariman. (ada juga watak zairi & dhira)

novel ini mengisahkan mir dan laila yang saling jatuh cinta. erk, cam tak sedap bunyinya. takpelah. tak reti nak buat ayat, yang penting readers faham. paling best bila part mir nak bagitahu laila bahawa dia sukakan laila. laila pun sebenarnya sukakan mir, tapi takkan perigi nak cari timba kan?

okey, perhubungan diaorang lancar sehinggalah masing2 melanjutkan pelajaran ke luar negara. tiba-tiba mir menyepikan diri selepas dia kemalangan. dalam masa yang sama, raid hadir dalam hidup laila. tapi, awal2 lagi laila dah bagitahu yang dia sudah berpunya. how sweet. bagus betul si laila ni. walaupun mir dah lama menghilang tanpa sebarang kata, dia masih tetap setia.

dah habis belajar, laila pulang ke malaysia. kebetulan bisnes family dia pula mengalami masalah. jadi laila bekerja di syarikat uncle sufian. satu kejutan buat laila, rupa-rupanya kesan kemalangan yang menimpa mir menyebabkan mir cacat. tak boleh berjalan. guna kerusi roda.

adoii malas dah nak taip. dipendekkan cerita, mir dan laila kahwin. "SAYA TERIMA AWAK TANPA SYARAT", kata laila. this is love. baguskan? perempuan: kalau dah cintakan seorang lelaki, walau macam mana sekalipun keadaan lelaki tu, rasa cinta yang ada tak pernah kurang.

laila: mengapa lepas kemalangan, awak macam terus hilang daripada saya?
mir; sebab keadaan saya macam ni..
laila: sekalipun keadaan awak macam ni, bukan ke saya patut tahu?
mir: saya tak pasti penerimaa awak. saya takut awak tak boleh terima keadaan saya yang dah macam ni.
laila: ada ke kalau saya yang duduk atas kerusi roda ni, awak tak boleh terima saya?... selalunya macam nilah orang lelaki. apabila isteri atau anak sakit, dia mula cari macam-macam alasan untuk kahwin lain, untuk lari dari tanggungjawab. tapi... seorang perempuan kalau suami atau anak dia sakit, dia ikut merasakan kesakitan itu....

"aku mencetus situasi dan reaksi yang menekan perasaanmu agar kau membenci. hakikatnya laila... aku mengoyak hati sendiri."-mir

nak baca lagi, beli lah novel ni ye. heheh. erk, sumpah benci kalo bab lelaki hilang camtu tanpa apa2 alasan. pengecut!

*komen: rasanya sampai habis takde pasal keadaan syarikat ayah laila dan dengan siapa adik kembar laila, art berpasangan. (erk.. apelah aku nih. ada je tak puas hati. ke aku yang tak perasan? padahal ada jerk dalam novel ni..) tapi takpe. tetap best.

habis dah. sambung novel seterusnya: tak tahu lagi nak baca yang mana. huhu... babai~

tambah sikit lagi:
"Kalau kau dah jadi isteri dia, memang patut kau pergi. Tapi, kalau setakat pakai cincin tanda yang dia sendiri bagi, kau nak pergi sebagai apa? Nak kata tunang, ada ke keluarga dia datang bawa tepak sireh jumpa keluarga kau?" ~pg207 ♥ cinta yang kurasa

2 comments:

miss_adikimi said...

assalam cik kebayan..
(tak nak la panggil puteri.. hahah)
nk tny,, bebaloi tak kalau nak beli novel anis ayuni ni..??
tgh konfius la nk beli novel ape skng..
takot tak b'baloi plak krg..
or ade any suggestion for novel2 lain..??
really need ur opinion..
thx ye..=)

puteri_kebayan said...

wasalam cik adikimi...
hurm, xar nak ckp camne,
tp senang citer camni la
"novel anis ayuni da masuk kategori WAJIB BELI pd kebayan"
jd, mmg smua nvel anis ayuni kebayan ada..pd kebayan, nvel anis kebayan best sgt. tp org lain xtau la kan..

suggestion: nvel aisya sofea, lili buat najah(JS),jaja&din(JS)