4.5.11

Review- Cintamu Cintaku Satu

ini novel kedua yang dibaca (beli masa pbakl) selepas novel anis ayuni, Cinta Yang Kurasa.

rasanya lagi bagus novel pertama daripada beliau iaitu tak mungkin kuhindar (klik SINI kalau nak baca review). mungkin sebab cerita ni pada awalnya kisah kahwin paksa. bukan keluarga yang memaksa, tapi bakal pengantin lelaki yang memaksa heroin kahwin. tambahan pula, saya memang dah takleh nak ngam kalau cerita kahwin paksa ni. nasib baik novel ni bukan kahwin paksa yang bisa membuatkan novel sekarang hampeh.

namun apa yang membuatkan novel ini lain dari cerita kahwin paksa yang ada sekarang, bila si heroin tu, Ana terus jatuh sayang kat Taufik. bukan nak gaduh2 ke, benci2 ke, tidur asing2 ke. be honest. kalau sayang, kata sayang. tak payah nak buat2 benci padahal dalam hati ada cinta. iye tak?

mereka kahwin sebab Ana perlukan wang untuk menyelamatkan anak saudaranya, Irfan yang juga anak saudara kepada Taufik. erk, faham tak ayat tu? kakak Ana kahwin ngan adik Taufik. faham kan? so, Irfan tu anak saudara mereka berdua. pada awalnya, ibu Taufik tak sukakan Ana manakala Ana pula penuh dengan prasangka buruk pada keluarga Taufik setelah membaca diari arwah kakaknya, Liyana.

ini bukan kisah biasa. ini bukan cerita mertua yang ingin merosakkan rumahtangga anak menantu. tapi segalanya berpunca dari dendam. dendam Akmal kepada ayah Taufik dan Liyana, dendam Azim kepada Ana. erk, nak tahu pasal apa, beli dan baca ye. best jugak.

erk, tapi kan... rasanya Ana Sofiya tak sesuai buat cerita thriller camni. selalunya, kalau saya baca novel ala-ala ada polis, ala-ala ada penyiasatan... saya mengharapkan sesuatu itu diceritakan secara terperinci. macam novel Jauh Kau Pergi-Dhiya Zafira, Mikail-RAM.

apapun, tak salah mencuba kan? okey, itu sahaja. lepas ni mungkin baca novel dari JS pulak. tak tahu lagi tajuk apa. ada 11 lagi novel untuk dihabiskan. babai~

1 comment:

luahan said...

thanx puteri... ni yg kak sofi suka... berterus terang. hehe... mungkin kot... kak sofi xleh buat citer thriller haha...
anyway, byk...byk... terima kasih dari ku utkmu...caiyok!