14.5.11

Trend Simbah ASID ke Sekarang?

Kuala Lumpur- 8 Mei. Kegiatan menyimbah sejenis cecair dipercayai asid jenis ‘thinner’ dan ‘alkali’ kini dikatakan semakin berleluasa berlaku di ibu negara, dipercayai didalangi dua lelaki bermotosikal. Penjenayah yang sehingga kini belum diberkas dikatakan mencari mangsa terdiri daripada wanita yang kebanyakannya berketurunan Melayu di sekitar Dang Wangi, Sentul dan Brickfields.

Polis bagaimanapun sehingga kini belum mengenal pasti motif perbuatan jenayah suspek berkenaan. Difahamkan, kedua-dua suspek, masing-masing bertubuh gempal dan kurus berusia 20 hingga 30 tahun sering menukar jenis motosikal, akan menghampiri mangsa sebelum melemparkan cecair ke arah muka dan tubuh mereka.

6 Mei- dua wanita berusia lingkungan 20-an yang sedang berjalan kaki di Jalan Pudu Lama turut disimbah sejenis cecair kira-kira pukul 9 malam. Kira-kira sejam kemudian, seorang wanita turut cedera di muka selepas disimbah sejenis cecair dipercayai cuka getah di tempat letak kereta berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jalan Putra.

7 Mei- seorang wanita dan anak perempuannya yang berusia setahun cedera di muka setelah disimbah sejenis cecair di Persiaran Titiwangsa. Mangsa berusia 30 tahun yang merupakan kakitangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia disimbah asid dalam kejadian pukul 3 petang di hadapan rumah mereka.

kenyataan polis:

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek kes simbah asid dipercayai menunggang motosikal Honda EX5 berwarna hitam, dilihat memegang botol berlabel 100 Plus. Katanya, orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada polis melalui Hotline polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728

suspek:
baca lagi kat sini:




~baru tau pasal ni bila jumpa ina kat kafe. dia yang bagitahu... lepas tu, saya terus cari berita pasal ni. sebab? takut. sekarang, cuma mampu berdoa semoga saya, kawan-kawan (ramai yang praktikal area ni), dan kita semua (especially wanita) selamat. semoga penjenayah ni ditangkap secepat mungkin. aminnn.

~pelik kan? apa salah mangsa2 tu sedangkan mereka langsung tak mengenali lelaki tersebut. apa motif penjenayah nak simbah asid kat perempuan melayu?

~hurm... semoga kita semua dilindungi Allah s.w.t. insya Allah. amin....

No comments: