27.5.11

Novel-novel Bakal Di "Drama"kan

bosan sangat. jadi malam ni saya jenguk blog orang macam biasa. jenguk punya jenguk, jumpa la post yang saya berkenan dari blog Ana Sofiya. suka sangat! tahu apa? adaptasi novel! dan paling penting: "KAU UNTUKKU" di layar tv beb. ouh! nak pengsan. gile

kemudian, dengan penuh semangat... saya pun tanya cik google pasal 'drama adaptasi dari novel'. dan seperti biasa, cik google tak pernah mengecewakan saya. maka saya dengan penuh perasaan gembira jumpa la semua ni... korang baca ye...

KUALA LUMPUR, 13 MEI 2011: Mahu memberikan sajian yang menarik dan terbaik kepada khalayak, syarikat produksi, Global Station Sdn Bhd telah pun memilih 7 buah novel popular terbitan Alaf 21 untuk diadaptasikan kepada drama.

Jauh, Manisnya Cinta, Kau Yang Satu, Tiada Yang Kedua, Kau Untukku, Bayangan Rindu serta Adam dan Hawa merupakan 7 buah novel pilihan Global Station Sdn Bhd yang bakal diadaptasi ke drama kelak. Ianya juga akan ditayangkan di saluran Astro Warna dan Citra kelak.

Penerbitnya, Datin Zaiton Mohd Jiwa berkata, perancangan untuk mengadaptasi 7 novel yang terpilih itu dilakukan sebagai satu usaha untuk mengikut trend semasa serta menyokong karya-karya sastera Melayu untuk berkembang semula.

"Kami merasakan trend mengadaptasi novel kepada drama ini semakin diminati. Itu adalah antara sebab mengapa kami juga terpanggil untuk melakukannya. Semua ini berlaku secara tak langsung dan kami juga ingin membantu menyokong karya-karya penulisan sastera Melayu agar ianya diminati semula.

"Kami juga mahu menyajikan produk-produk yang bermutu buat penonton drama tempatan,"katanya ketika ditemui pada majlis menandatangi MoU dan pelancaran drama adaptasi novel 21, di Hotel Ritz Carlton, kelmarin.

Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Penerbit Eksekutif Karangkraf Sdn. Bhd, Firdaus Hussamuddin, Pengurus Saluran Astro Citra, Shoba Devi dan Pengurus Saluran Warna, Nizam Sani.

Ditanya mengenai pemilihan 7 buah novel itu, Zaiton berkata, ianya dipilih berdasarkan populariti novel berkenaan.

"Kesemua 7novel itu dipilih berdasarkan populariti novel tersebut. Bahkan, 7 novel itu merupakan antara 10 novel yang mencatat jualan tertinggi di Alaf 21 yang mana kesemuanya melebihi jualan 80 ribu unit. Jadi rasanya pilihan kami sememangnya kena kerana ingin menyajikan produk yang terbaik buat penonton," jelasnya.

Sementara itu, jelas penerbit ekskutifnya, Zetty Adila pula, 7 novel iersebut dipilih kerana ianya menampilkan jalan cerita serta mesej yang berlainan.

"Dalam kesemua 7 novel itu, enam daripadanya akan kita adaptasi kepada telemovie manakala yang satu lagi iaitu Adam Dan Hawa akan diadaptasi kepada drama bersiri. Kita tak akan ambil 100 peratus cerita dalam novel ini, tapi isi atau cerita asalnya tak akan lari.

"Mana yang tak patut kita tak akan paparkan, mana yang perlu akan dikekalkan. Kita telah pun memilih penulis skrip yang sesuai. Antaranya ialah Rozie Rashid dan Zaleha Hassan untuk menterjemahkan semula naskhah novel itu kepada skrip drama," jelasnya yang turut memberitahu baawa pre produksi untuk kesemua 7 drama itu masih belum lagi dimulakan.

sumber: http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=9635&c=1&s=1

p/s: tak sabar nak tahu siapa yang pegang watak "hero saya" iaitu F.U.A.D dari 'kau untukku- rahsia di hati, tak siapa yang tahu'. erk..."datin, saya nak jadi nurul umairah boleh? hehehe... kalau xleh, jadi ellina pun takpe. jadi mak fuad pun saya sanggup;-)"

ok bye~

2 comments:

LuvChronicles said...

bestnya!! agak2 bila dia nak tayang tu?? saya pun tengah jinak2 buat novel gak luvchronicles-takdircinta.blogspot.com

Anonymous said...

x de yg nak buat novel "bicara hati" ke??