10.11.10

Novel - Alaf21

Harga: RM19.90
Halaman: 525
Penulis: Sania Yasmin
ISBN: 978-983-124-607-8

Sinopsis: AYU RIHANA terkejut apabila dia dilamar oleh anak bujang jirannya. Pinangan jejaka egois dan berstatus tinggi itu tidak langsung diimpikan. Tambahan pula, mereka tidak saling mengenali mahupun bertegur sapa sejak tinggal berjiran. Malah, dunia mereka jauh berbeza umpama langit dengan bumi.

Kehidupan Syamil Bakhtiar yang sentiasa dihimpit gadis-gadis cantik kian berubah sejak dia terlihat kepolosan wajah ayu. Dia nekad mahu mendekati gadis kacukan itu biarpun latar peribadi mereka tidak setara. Namun, perubahan itu hanya seketika. Ugutan seorang bekas teman tapi mesra Syamil menghumban dia kembali kepada sikap suka berfoya-foya dan bersosial hingga lewat pagi. Jauh di sudut hati, Ayu terluka. Dia sering menjadi mangsa keadaan. Namun, dia cuba bertahan demi kasih dan janjinya. Tanpa jemu, Ayu menitip rantaian doa dengan harapan dia mampu membawa Syamil pulang semula ke mahligai impian yang mereka idam-idamkan.

Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Fitri Hussin
ISBN: 978-983-124-619-1

Sinopsis: ZAMAN remaja yang penuh gelora mengundang hati yang naif mudah terpesona dengan sihir dunia. Zamri dan rakan-rakannya cuba berdepan dengan segala tekanan menerusi cara mereka sendiri. Mereka berlima mencari keseronokan luar yang membinasakan untuk melupai masalah masingmasing. Disayangi jika cemerlang dan disisih jika gagal. Duduk seharian di sekolah digantikan dengan berpeleseran di jalanan. Lantas, segala macam gejala sosial menjadi mainan hidup.

Saat SPM semakin hampir, suatu cahaya menembusi gua milik Zamri yang semakin dalam. Norin yang selama ini langsung tidak dihiraukan tiba-tiba menghulurkan bantuan. Sedikit demi sedikit hatinya yang kelabu ingin sahaja disucikan kembali. Mampukah Zamri keluar dari lembah buas, hanyir dan menggerunkan itu, sedangkan dunia enggan melepaskannya? Mungkin Norin adalah penawar mujarab yang mampu memutihkan titik-titik noda yang sudah melekat di hatinya.

1 comment:

nama.aku.lynn said...

addicted to novel!=)
boleh la share2 info..hehe