1.9.09

Trionovel Ogos Alaf21

GERIMIS RINDU
Harga: RM19.90
Penulis: Meen Zulaikha
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-461-6

Sinopsis:
AILANI dibesarkan oleh neneknya dengan penuh kemanjaan dan kemewahan. Apa sahaja yang diingini akan dipenuhi. Akibatnya, dia menjadi liar dan gemar berlumba kereta haram. Tragedi bermula apabila Ailani terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan neneknya terbunuh. Seluruh keluarga menyalahkannya atas kejadian itu. Pertelingkahan ini menyebabkan Ailani menjadi pelarian.
Atas desakan hidup, dia menjadi pemandu teksi limousin airport. Biarpun jiwa mudanya memberontak, namun semuanya terpaksa dilakukan untuk menyara diri. Konflik terus berlaku bila Ailani menjadi pemandu peribadi Dato’ Rahim. Dia rasa terhina dengan sikap dingin dan sinikal Fatimi, anak lelaki tokoh korporat itu.
Di mata Fatimi pula, gadis ego seperti Ailani hanya berniat untuk mengikis kekayaan ayahnya dengan terbongkarnya rahsia sekeping cek. Dia makin rasa tercabar bila gadis itu dilantik pula sebagai pembantu khas ayahnya. Bagi Fatimi, Ailani mesti dihalang. Lalu dia merencanakan sesuatu. Ailani pula sudah bersedia untuk menghadapi tindakan Fatimi. Kini, barulah bertemu buku dengan ruas!

MAKNA CINTA
Penulis: Maria Alina
Halaman: 512
Harga: RM19.90
ISBN: 978-983-124-449-4

Sinopsis:
SEPANJANG zaman remajanya, Zulaikha sering dicemuh, dihina dan diherdik rakan-rakannya kerana dikatakan anak luar nikah. Yusuf antara mereka yang sering menjatuhkan air mukanya.
Hanya kepada nenek tercinta, dia memperoleh ketenangan dan semangat dalam mengharungi liku-liku hidup.
Masa berlalu, Zulaikha diterima sebagai siswi di sebuah universiti tempatan. Dia mula bangkit menjadi gadis yang cekal dan dambaan ramai siswa yang terpikat akan kecantikannya. Tidak ketinggalan Yusuf yang merupakan pelajar senior di situ.
Ke mana sahaja dia berada, Zulaikha sering dibayangi wajah Yusuf. Lelaki itu benar-benar ingin memikatnya. Zulaikha rimas. Namun akhirnya, hati gadis itu cair jua. Perlahan-lahan dia mula menaruh hati terhadap Yusuf.
Ketika pulang cuti semester, keluarga Yusuf datang ke rumah untuk meminangnya. Diri mana yang tidak girang bila dia mengharapkan untuk disatukan dengan lelaki itu? Namun, hatinya tersentap bila pinangan itu bukan daripada Yusuf, tetapi daripada abang lelaki itu pula.

RINDU UNTUK DIA
Penulis: Dhiya Zafira
Halaman: 512
Harga: RM19.90
ISBN: 978-983-124-448-7

Sinopsis:
AMIE NAJLA’ nekad melarikan diri seminggu sebelum majlis perkahwinannya. Tiada niat pun di hatinya untuk memungkiri janji, namun keadaan yang memaksa. Dia tidak sanggup melihat mahligai yang ingin dibina musnah jika Jad Imran tahu apa yang terjadi kepada dirinya. Kerana itu, dia rela dituduh sebagai pembohong.
Lima tahun berada di luar negara, rupa-rupanya tidak pernah memadamkan ingatannya terhadap Jad. Rindu yang terlalu terhadap lelaki itu telah membawa Amie kembali ke tanah air. Namun, kepulangannya ternyata satu kesilapan. Seseorang menantinya dengan seribu dendam. Dendam yang mahu dia kekal menderita sampai ke hujung nyawa. Dalam kelelahan melenyapkan memori hitam itu, takdir ALLAH berpihak kepada Amie. Di sisi Jad, dia kembali menemui harapan. Namun, lorong-lorong bahagia yang direntasi sering terhalang. Malah, cinta yang mereka pertahankan itu telah mengorbankan satu nyawa. ++Novel ni best. Saya dah beli pun. Confirm tak menyesal lah kalau beli. Great writer! 4*

No comments: