16.3.13

3 Cerita

mata masih taknak pejam. jari pulak gatal nak menaip. hurm... nak berhikayat la sikit malam ni. layan~

CERITA 1: hari ni hari paling terkejut! bukan sebab PI Bala meninggal tapi sebab cik tikus yang nyaris-nyaris memusnahkan sebahagian novel-novel kesayangan saya. mujur mama kemas barang pagi tadi dan tengok keadaan kotak ni. kalau tak, nangis tak berlagu la saya.
tikus yang kelaparan sampai kotak pun mau makan


mujur novel selamat. sihat walafiat. so, kena beli plastic box la lepas ni. bukan tak beli, dah ada dah 3. saiz besar 1, saiz kecik 2 tapi masih tak cukup. dul novel-novel tersusun cantik dalam rak buku tapi bila makin banyak, bilik pun sempit jadi kita simpan dalam kotak cantik-cantik. letak kat dapur. tak sangka tikus kat rumah kita ni kebulur sangat.

CERITA 2: semalam blackout dari pukul 11.00pm sampai 6.30am. masa tu tengah syok chat ngan ustazah bun kat fesbuk. tetiba zassss! gelap gelita. makan kami bertemankan cahaya lilin semalaman. haaa tengok ni:
romantik gitu weiii

saya ngan mama tidur kat ruang tamu. sebab dalam bilik banyak nyamuk dan panas. seronok jugak ek camni. pastu bila bangun pagi, terfikir camne la zaman dulu hidup dengan pelita. takde lampu, takde elektrik. susahnya hidup diorang. maka, bersyukurlah dengan kehidupan kita sekarang.

CERITA 3: petang tadi pi tengok kapal terbang ngan aisyah kecik, mama dan bebe. kebetulan masa tu Dato' Najib berangkat pulang setelah lawatan sehari di kelate ni. so budak kecik ni boleh la tengok banyak sikitlah kapal terbang. sian dia. banyak kali dah call tanya bila mama tok, bebe dan kaklong nak datang rumah dia. so, pi ambil bawak jalan-jalan.
budak tak dengar kata. hehe

ok dah. tiga cerita sahaja untuk malam ni. simpan cerita lain untuk entry lain pulak. sebenarnya ada cerita gembira. hurm... mungkin tak lama lagi saya share. kena tunggu masa yang sesuai dulu. doakan yang terbaik untuk saya ye readers tercinta semua. me loves you :)

No comments: