1.3.13

1/3/13

jumaat, 1.3.13. nice day and nice date :)

takde apa yang special dengan tarikh ni. hari jumaat. tidur dan bangun lambat. seperti biasa, jumaat adalah hari untuk cuci kain baju yang dah seminggu bersemadi dalam bakul. dah kerja kan, busy lah memanjang. HAHA *busy lah sangat!

hari ni hari mengamuk. geram kat someone dan lepas geram melalui sms. haaa... boleh la nak kenal siapa siti aishah yang sebenar. jangan ingat kita diam selama ni, kita tak tahu apa-apa. kita diam, kita tengok, kita nilai, kita fikir. bila nampak dah melampau dan nak pijak kepala, baru kita bersuara. dan bila sekali saya bersuara, boleh tengok la macam mana jadinya. haru jugak kau kan!

hari ni jugak hari tak sihat. nak sihat macam mana kalau hati tak pernah tenang? dalam masa 3 hari, dua kali pergi klinik. alhamdulillah, semoga sakit ini tidak berterusan dan sembuh cepat. muak dah makan ubat antibiotik yang besar dan pahit tu. huwaaaa!!

'Dia Tak Tanya' dah habis baca. sepatutnya jumaat dan sabtu nak baca novel baru order dari Jemari Seni. tapi nasib tak berapa baik, masa posmen datang takde orang kat rumah. sedihnya!! esok kena pi amik sendiri kat pejabat pos.

nak jugak buat review novel ni. sebab lain dari yang lain. tapi kena tunggu mood datang dulu. sekarang mood menghilang. sabar ek :)

baru perasan, lama dah saya tak review novel kat blog ni ya? hurm... ok lah. setakat ni sahaja.

update: KELATE 1-1 PERAK. mujur seri. heheh

No comments: