16.7.10

menghargai apa yang telah dimiliki

for the 2nd times i do the same mistake. memanglah ngop. i always make him sad with my words. i dunno how it was happened. sorry my nangka:) nasib baik terus ok semalam jugak. haiyaa dugaan oh dugaan~

salah saya, mengharapkan semua yang indah dalam perhubungan sampai lupa nak jaga hati orang lain. bercinta hanya berdua, tapi dalam dunia ni bukan hanya ada saya dan dia sahaja. banyak hati lain nak kena jaga. saya kena terima sebab ini jalan yang saya pilih.

salah saya juga, pandai buat janji tapi nak mungkir plak. it's my fault, baru saya sedar. bukan salah dia tapi saya yang memulakan. sepatutnya kena guna akal kalau nak bercakap. bukan main ikut je kata hati, kan tak pasal-pasal ada yang terasa dan bersedih.

hidup ni tak boleh nak pentingkan diri sendiri. kadang-kadang perlu makan hati untuk menjaga hati. jangan tamak, ecah. dia bukan milik kau seorang dan kau pun bukan miliknya seorang. masing-masing ada keluarga dan kehidupan sebelum saling mengenali.

tak salah kalau kita mengalah untuk menjaga hati orang yang telah banyak berkorban dan berjasa pada orang yang kita cinta. pengorbanan pada awalnya amat pahit, tetapi hasilnya amat manis

semalam saya tahu dan saya boleh percayakan dia sebab:
dia sayangkan saya
sama seperti saya sayangkan dia
dia perlukan saya
sepertimana saya perlukan dia

ecah
nain

2 comments:

diraja22 said...

sesungguhnya orang yg sering berkorban diredhai allah..

diriku said...

moga bahagia slalu =]