4.12.09

Dia

dia sedang berduka
tolong doakan dia
semoga dia sentiasa bahagia
semoga dia tabah menghadapinya

sesungguhnya
setiap yang terjadi itu
ada hikmah di sebaliknya
yang kita sendiri tidak tahu

mungkin
suatu hari nanti
dia akan bersyukur
dengan takdir ini

untuk apa bercinta
andai tiada restu orang tua
untuk apa bersama
andai kesudahan belum tentu bahagia

kalau dia baca post ni
hanya satu yang saya mahu ingatkan
~cinta tak semestinya bersatu

kalau kerana cinta ramai orang yang terluka
tak salah kalau dia mengundurkan diri
sebelum melangkah lebih jauh
supaya boleh menggembirakan hati
orang yang telah banyak berjasa pada dia

1 comment:

siti asma hassan said...

cinta x semestinya bersatu..ttp untuk bersatu memerlukan cinta...ahaks!