31.1.10

s.a.y.a.n.g.k.u

sayangku
biarpun aku tiada di sisimu
aku doakan kau bahagia
hanya sekadar itu kemampuanku
maafkan aku andai kau kecewa

sayangku
fahamilah
bukan pintaku semua ini terjadi
tapi semuanya di tangan Ilahi

sayangku
percayalah
kehadiranmu suatu masa dulu
sangat bermakna dalam hidupmu

sayangku
maafkanlah
kerna tidak mampu bersamamu menghadapi dugaan yang membebankan
aku jua manusia biasa yang punya hati dan perasaan
adakala aku curiga dengan perasaanmu
adakala aku keliru dengan ucapanmu
adakala aku kecewa dengan sikapmu

demi kasih antara kita
biarlah aku yang mengundurkan diri
demi cinta yang subur di jiwa
aku rela meskipun hatiku terluka

walau apa pun yang terjadi
hanya dirimu yang kucintai
doakanlah supaya ketabahan mengiringi setiap langkahku
kerna aku tidak pernah melupakanmu dalam setiap doaku

andai ini suratan-Nya
aku terima segala takdir dari-Nya
biarpun kenyataan tidak semanis impian
sekurang-kurangnya aku pernah kecapi kebahagiaan

namun aku pasti
cintanya masih untukku
rindunya tetap buatku
terima kasih sayang...
di atas segala-galanya
AF

29.1.10

Review: Cinta Seorang Kekasih

novel yang paling lama saya ambil masa untuk mengkhatamkannya! huishhh, tak adalah tebal mana tapi masa tak mengizinkan saya untuk terus membelek novel ni. beli 21hb, hari ni baru habis baca (29hb). giler lama! cerita ni panjang (tapi novel tak tebal), rasanya saya tak pernah baca novel alaf yang panjang kisahnya. kisah hidup Nadia dari tingkatan tiga sampailah dia dewasa. bertahun-tahun lamanya.

Cinta Seorang Kekasih. si Nadia ni kecik-kecik dah gedik nak bercinta. sekolah pun tak habis lagi. mula-mula Nadia ada hati pada Zahir, tapi Zahir pernah enghina Nadia. erm, saya suka nasihat Mus ketika Nadia di hospital. betul kata Mus. kita tak akan mengakui kelemahan diri kita. dan Allah menghantar seseorang supaya orang itu membuatkan kita sedar sikap buruk kita selama ini dan boleh berubah. kalau tak dengar kutukan Zahir, mungkin perangai Nadia selamanya macam tu. macam mana tu? -beli dan bacalah. malas nak taip panjang2.

"dendam tu berbahaya. bermula dari hati ia merebak ke otak. akal jadi buntu, fikiran terganggu. akhirnya seluruh badan kita sakit2. buat apa kita rosakkan hidup kita kerana mendendami orang yang menganiaya kita?"(hari ini, sy cuba utk xbdendam dan lupakan semua yg telah blaku-❤AF)

"Nadia... kalau Nadia simpan dendam tu, bermakna Nadia nak simpan Zahir dalam hati Nadia". yes!. betul kata ayah Nadia. tak perlulah nak berdendam. dan paling penting, lupa semua pasal lelaki yang pernah menyakiti kita.

Rezza, kekasih Nadia dari zaman persekolahan. sama-sama bijak. Rezza berani dan betul-betul sayangkan Nadia. walaupun ibunya tidak berkenankan Nadia, tapi Rezza bersungguh-sungguh sehingga mereka sempat berkahwin. sukaaaa;) itulah namanya cinta, walaupun ada halangan dari orang tua tapi kalau benar-benar cinta semua itu perkara kecil sahaja. (awk patut tegas mcm Rezza,bukan cpt mgalah-❤AF). walaupun jodoh mereka tak panjang, namun sekurang-kurangnya ada jodoh mereka berdua. Rezza meninggal dunia kerana kemalangan. Nadia melanjutkan pelajaran untuk meneruskan impiannya bersama Rezza walaupun Rezza telah tiada.

di pendekkan cerita, Danial juga mencintai Nadia. cuma ketika itu, Nadia bersama Rezza. so, dia mengalah. Danial ni anak saudara Dr. Haliza(kakak ipar Nadia). Danial meluahkan rasa cinta di saat genting. hahahaaa. tengah suspen pun dia boleh mengaku mencintai Nadia.Danial tetap gembira melihat Nadia bahagia. kata Danial-"jika abang tulus mencintai Nadia, abang tetap akan bahagia apabila Nadia bahagia, walaupun bukan abang yang Nadia cinta" (how sweet!)

erm, kalaulah ending cerita ni Nadia dengan Rezza rasanya lagi best kot. ye lah, kekasih hati dari zaman sekolah. kawen, then sambung belajar sama-sama. niway, novel ni pun happy ending jugak. cuma part sedey sikit semasa Rezza kemalangan tu lah. kesian kat Nadia:(.ok, setakat ini sahaja. sekian

sinopsis belakang buku: KLIK SINI

p/s: k.ezan, ada rasa nak beli tak lepas baca review ni? mana lah tau kot2 lepas baca ni nak beli jugak, macam novel Samudera Indah Nian tu ٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶

28.1.10

Sakit

gigi sakit lagi
huwarghhhh

21.1.10

Akan Bersawang

blog akan bersawang
sah!!!
paling kureng 5 hari kot
hahahahaaaa
byebye cayang
byebye teman
byebye geng
byebye aLL

~thanks a lot kepada lecturer2 tersayang yang dengan baik hati kasi assignment untuk di bawa bercuti bersama kali ni. sah2 saya tak buat!

~Perlu enjoy holiday kali ni. bukan senang UIA nak kasi mid-sem break seminggu kat students oiii, so kena manfaat cuti sebaik-baiknya.

have fun.

happy holiday to:
my beloved rumate - cik zuzu
my exrumate- zimah n k.ezan
my besfwen- ina, cikpah(jange windu katku)
and to aLL of my iium's fwens
gonna miss u girlzz (nawok je tu)










p/s buat bun: tak xkisah bun kelik dulu, tak tetap happy even bun xdok!hahahahaaa.

Ibu Yang Sengal

baru online. jenguk2 paper. tertarik ngan berita ni:

Ibu Pelajar Tampar Guru

peliklah budak2 sekarang ni. kalau kena tampar kat cikgu pun balik mengadu kat mak ke? BODOH gak la. serius tak suka! dah ko yang buat bising kat luar kelas orang, sah la kena tampar. nasib baik bukan saya jadi cikgu tu, kalo saya terus balun je ngan batang penyapu! takkan cikgu tetiba je nak gi tampar budak kalau takde wat salah,kan? lainlah kalau cikgu tu ada masalah mental ke a.k.a gila. kalau setakat tampar dan tak cedera, tak patah riuk. biasalah tu.

teringat pula zaman sekolah dulu. nakal tu tak, tapi selalu nak langgar peraturan. sekolah arab saya dulu (Maktab Pengajian Islam,KB), kalau kat buku ada lirikpun kena rampas. zaman tu, saya tengah giler ngan carta lagu kat radio Era. kalau ada spotcheck, mulalah nak cari port yang sesuai untuk sorok buku. .heheheee tudung pulak? singkat. lengan baju? berlipat. kain? labuh.

pernah kena rotan? mestilah. sebab tak pakai sarung kaki masa Qiamullail. sikit punyer tension! malu okeh? saya dan partner terbaik yang kena, Norsha. tapi saya ingat lagi, ustaz rimau (gelaran utk cikgu yg garang) tu kasi 2 pilihan. 1- rotan di depan orang ramai(sakit tp xkisah sb ramai yg kena) 2- tak payah pakai kasut untuk seharian di sekolah tetapi kena pakai stokin yang di sediakan(busuk dowh!). so, kami mengambil kata sepakat. pilihan no 1. balik umah, bercerita kat mak. dia buat "derk" je.

tak siap homework pulak. kena cubit. agak pedih. bab cubit mencubit ni, kasi kat cikgu Hasmah lah. sejarah weh! mana lah saya nak buat homework subjek terboring itu. balik umah mengadu kat mak. mak buat tak kisah pun.

berita kat kosmo tu, sebab budak tu buat bising. kat sekolah saya dulu(MPI, SMK Zainab 2), ntah berapa kali cikgu disiplin pukul budak2 bising tapi tak ada pulak mak diaorang pergi tampar cikgu tu balik.

aiyaaaa, makcik! ko ni xreti didik anak ke apa? kalo taknak anak kau kena tampar, ajar anak kau supaya tak pergi kacau, tak buat bising depan kelas orang lain. kesian anak2 orang lain nak belajar terganggu. kalau dah nampak macam anak kau tak berminat nak belajar, apa kata kau berhentikan je lah dia. daripada kena buang lagi malu tau. tak pun, kau ajar dia sendiri kat umah. ni jenis mak yang xreti nak kenang budi cikgu. dan xreti didik anak!

bongok!

buat cikgu yang pernah mendidik saya: terima kasih di atas segala jasa cikgu. kalau cikgu tak cubit, kalau cikgu tak rotan, kalau cikgu tak membebel...mungkin sekarang saya tak berada di UIA. Jasamu di kenang;-)

20.1.10

Sayangku Merajuk Ke??

sayang...
tolong jangan buat hal
tolong jangan cari pasal
tolong jangan buat saya sakit
tolong jangan buat saya menjerit

huwarghhhhhh!
sayangku...
cepat-cepat la sembuh
saya jadi lemah kalau kamu sakit
saya dah tak tahu cara nak ubati kamu
dah habis segala macam ilmu
tapi kamu tetap juga begitu

sayang...
jangan terus macam ni
esok saya ada quiz
nak study macam mana
kalau kamu tak berfungsi

sayang...
jangan lah merajuk
sebab saya dah lama tak guna kamu
sekarang saya perlukan kamu
dah la tu meragam
jadilah PRINTER yang soleh
agar menyenangkan hati si empunya
-dedikasi buat PRINTER "terchenta"

**dah2. Study2 cikcah!
**ada lagi 3 chapter nak kena cover sebelum 10am esok.
~Wish Me Luck

19.1.10

Bukan Aku


bukan aku tak suka
cuma tak mampu mezahirkan rasa

bukan aku tak sudi
cuma takut tak direstui

bukan aku tak kasih
cuma bimbang akan tersisih

bukan aku tak sayang
cuma risau ada penghalang

bukan aku tak rindu
cuma malu untuk mengaku

bukan aku tak cinta
cuma menjaga hati supaya tidak terluka
AF

"aku tidak mampu melupakanmu walaupun aku telah belajar untuk membencimu"

~nukilan semasa di kelas IT Security. idea mencurah2(✿◠‿◠)
(nampak sgt xfocus kat class!)

16.1.10

Bicara Seorang Hamba

aku seorang hamba pada-Mu
aku dilahirkan sebagai manusia biasa
punya hati dan rasa cinta pada-Mu
bisakah aku menghadap-Mu dengan sempurna

aku seorang hamba yang hina
terkadang aku lupa pada yang Maha Kuasa
ada ketikanya aku hanyut dengan arus duniawi
ada masanya aku leka dengan apa yang kumiliki

aku seorang hamba yang lemah
semangatku tidak setanding kekuatan Sumayyah
cintaku tidak seagung kasih Rabiatul Adawiyah
peribadiku tidak semulia sifat Fatimah Az-Zahrah

oh Tuhan
aku mahu berdampingan dengan umat-Mu yang beriman
aku inginkan syurga yang berkekalan
hanya itu yang aku harapkan

ya Allah
hanya pada-Mu
aku serahkan seluruh hidupku
Kau berhak di atas segalanya
kerana hanya Engkaulah yang satu
dulu, kini dan selamanya
AF

15.1.10

Trionovel Januari Alaf21

Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Liza Zahira
ISBN: 978-983-124-489-0

Sinopsis: SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam.

Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu.

Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi.

Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya. Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar...

Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Marwilis Hj Yusof
ISBN: 978-983-124-501-9

Sinopsis: MENEMPUHI alam perkahwinan menjadi impian setiap insan. Tidak kira sama ada teruna, dara, duda ataupun janda. Begitulah halnya dengan Pak Johari. Selaku bomoh jodoh yang terhebat, khidmatnya sering mendapat perhatian ramai. Biarpun dia boleh memilih di antara wanita yang datang berubat dengannya untuk dijadikan pengganti arwah isterinya, namun dia sama sekali tidak berbuat demikian. Sedangkan ramai yang datang mendapatkan khidmatnya kini bergelar ‘kucing Parsi’. Istilah yang merujuk kepada pengantin baru yang saling membelai dan dibelai.

Pada masa yang sama, penduduk kampung dikecohkan dengan kepulangan Leha, janda muda yang dahulunya menjadi kekasih seorang pemuda kampung bernama Jali. Sejak kepulangan Leha, Jali tidak sekalipun mengendahkannya. Terhina dengan sikap dingin Jali, Leha membuat percaturan untuk bernikah dengan orang lain. Namun, takdir tidak menyebelahinya.

Atas rasa bertanggungjawab kerana tidak memberitahu yang pilihan Leha iaitu Imam Dahlan sebenarnya telah mempunyai orang lain, Pak Johari cuba melamar Leha. Namun, ia tidak semudah yang disangka. Ada juga yang cuba memiliki Leha dan melaga-lagakan Pak Johari dengan Jali. Biarpun akhirnya Leha berjaya disunting, persoalannya siapakah yang berjaya menjadi ‘kucing Parsi’ Leha? Adakah Pak Johari ataupun Jali?

Harga: RM16.00
Halaman: 448
Penulis: Hasreeyati Ramli
ISBN: 978-983-124-514-0

Sinopsis: HARLINA seorang gadis yang tegas ketika bekerja. Bagaimana pun, sejak Ryan Iskandar mengetuai syarikat tempat dia bertugas, Harlina sering dibuli. Lama-kelamaan, lelaki itu mula jatuh cinta setelah mengenali hati budi Harlina. Namun, gadis itu bagaikan mawar berduri. Cantik dipandang, tetapi sukar didekati. Cinta yang mekar di hati Ryan Iskandar hanya dipandang sepi.

Kehadiran Eddie Firhan telah menawan hati Harlina yang sekeras kerikil. Belaian cinta lelaki itu menyebabkan dia rasa sangat dihargai. Tanpa disedarinya, Eddie Firhan mempunyai muslihat tertentu.

Ryan Iskandar yang mengetahui tentang kejahatan lelaki itu bertindak menyelamatkan Harlina. Dia sanggup menggadai nyawa demi Harlina biarpun huluran cintanya tidak disambut.

credit: Alaf 21

Selepas Setahun

hari ini, dah setahun ecah tinggal dengan keluarga saya. macam baru je rasanya. masa ambil tahun lepas, dia baru 5 @ 6 bulan. kecik lagi. bagus budak ni. kecik2 dah pandai bawa diri. ermm, bayangkan perjalanan dari KL - Kelantan. agak jauh la tu. tapi ecah tak meragam langsung. baikkan dia? masa datang ambil hari tu, mami saya ajak bebe sebab tak ada orang nak bawa kereta jauh-jauh. kakna and kaknini pun tak biasa. saya ingat lagi masa tu, diaorang singgah UIA dulu untuk jumpa saya. sebenarnya saya pun nak ikut diaorang ke Jabatab Kebajikan Masyarakat (JKM). nak tengok tempat asal ecah. tapi time tu saya ada kelas and diaorang pun sewa hotel kat Chow Kit. jauh gak la nak pergi. ingatkan stay kat Greewood cam biasa. mentang-mentang datang nak ambil anak, sewa hotel mahal dowh! bila dah nak wat balik ecah sanggup tak singgah UIA sebab takut lambat sampai rumah. uishh...sedih chelong tau!

susah jugak la proses nak ambil anak angkat ni. memakan masa bertahun-tahun. rasanya kakna saya apply 3-4 tahun yang lepas. 2009 baru dapat. ecah ni baby ketiga tau. kakna saya pernah ditawarkan baby lain, tapi dia tak berminat atas alasan2 tertentu. erm, kalau tak silap salah sorang baby nama Hidayah. siapa yang ambil dia pun tak tahu lah, tapi minta-minta budak itu juga bernasib baik sama macam ecah.

masa isi borang untuk anak angkat, kakna saya nak anak yang ada ibu dan bapa. means bukan anak luar nikah. dah lagi satu, dia nak yang putih. sah2 budak ecah ni putih. mengikut cerita dari mami saya, kakna mendapat panggilan dari JKM petang. masa tu mami saya tengah solat asar. bila dah habis, mami saya terus bagitahu kakna yang dia nak ambil budak tu. sebab hati dia rasa lain bila wakil JKM menyebut nama ecah. Aisyah Dalilah. nama Aishah tu sama macam nama arwah ibunya.

pelik sikit budak ni, dia tak tidur dalam buaian. kesian kat ibunya beli buaian tapi tak digunakan. asal masuk je terus nangis. dah la nak tidurkan dia tu punyalah susah. mami saya saja yang tahu cara nak tidurkan ecah ni. kalau kakna atau kaknini, memang tak jadi punyalah. hehehe, ecah nasib baik ada tok mi kan?

Aishah Dalilah. erm, nanti kakna saya nak tukar nama budak ni. tapi kena tunggu lagi 2 tahun rasaya. Aishah tu kekal. cuma tukar Dalilah sahaja. saya dah cadangkan pada kaknini, Aishah Humaira. tunggu je lah nanti.

saya pernah post kisah ecah kat blog saya ni. KLIK SINI untuk membaca post itu.



-inilah kakna saya yang merangkap ibu ecah
(dulu kakna saya bahasakan dirinya ummi, skali bila ecah dah boleh cakap, dia panggil ma. aduiii...ecah...ecah)





-ni bebe saya
(tetiba ecah datang nak bermanja. rasanya ni gambar paling bermakna untuk dikenang oleh bebe)





raya tahun 2009. jeles gak la bila tengok baju dia.
~ecah, kamu bertuah. sangat2 bertuah sebab terpilih untuk jadi sebahagian dari familyku. semua owang sayang kamu.


Selamat Ulang Tahun Pertama Sayang

14.1.10

Sekiranya...

sekiranya kau jadi milikku
hanya satu pintaku darimu
jujurlah selamanya padaku
supaya aku tidak meragui kasihmu

sekiranya aku jadi milikmu
ku pasti cintaku hanya untukmu
rinduku selamanya padamu
hanya dikau bertakhta di hatiku

sekiranya kita bersama
pastikan kita bahagia
sama-samalah menyemai rasa cinta
supaya ianya sentiasa subur di jiwa

sekiranya tiada jodoh kita berdua
jangan lupakan apa yang kita pernah ada
kenangan yang pernah kita cipta bersama
jadikan pengubat hati yang lara

kuatkanlah semangatmu
tabahkanlah hatimu
andai kita ditakdirkan untuk bersama
masanya tetap akan tiba

diri kita milik maha Pencipta
hanya menanti detik kembali pada-Nya
andai kita tidak bersama di dunia
mungkin kita akan bersama di sana
jangan penat untuk berdoa sayang....
AF

**dah. cukup! buat keje plak;-) assignment + quiz sedang melambai-lambai
tata٩(-̮̮̃•̃)۶

13.1.10

Abang Nak Kawen

al-kisah adik kesayangan saya. satu2nya adik lelaki saya. tup2 cakap dia nak pergi kahwin. hehehee, fir kecik2 dah buat lawak. mak saya yang bercerita. saya pun sempat jugak berborak ngan dikfir masa saya call mak tadi.

saya: abang pakai baju comel ke?
dikfir: erm!
saya: abang nak gi mana tu?
dikfir: abang nak di tawen
saya: eh, kecik2 takleh kawen tau. tunggu besar dulu. dop sekolah ag.
dikfir: abang nk di toloh plop ni..

huhuuu bahasa pun tak berapa nak betul ada hati nak gi kahwin la. gelak habis mak and kakchik.

'huh, tak sabar nak kawen dah kot adik lelaki aku ni'

terus kasi tefon kat mak, dia pun naik kuda konon nak pi sekolah! actually, fir selalu tengok orang kahwin kat masjid. so bila dia pakai baju melayu kiranya dia pun nak gi kawen la tu. mak saya cakap, malam ni adik pakai baju melayu. dah siap2 berpakaian, dia terperasan dia macho la tu kot.

betullah, orang kata kalau ada budak ni kita tak sunyi. layan diaorang bercakap memang best. heheee, saya pun tak sangka pada usia 20 tahun saya dapat adik baru. apapun, walau berbin dan binti lain tetapi saya tetap sayangkan diaorang. saya memang suka budak;-)





ecah pun chelong sayang gak
~kalau ecah jd adik ipar chelong, lagi chelong sayang;-)

11.1.10

Busy But Very2 Happy

sibuk la sangat cikcah
hahahaaaa
kelakar pulak bila saya poyo sibuk!

sibuk amendenya
hari ni quiz
esok quiz + submit assignment
sibuk ke tu??
kalau sibuk nak salahkan siapa
saper suruh buat kerja last minute
study bila nak exam
hohoooo
majoriti (not all) pelajar macam ni
bagi saya
kerja last minute itu lebih berkesan + bermakna

niway hari ni (saat post ini di taip) saya happy
sangat2 happy
Thank you Allah...
takleh taip lebih2 di blog ini
"aku hargai sokongan kalian. Thanks for all"
jumpa di blog lain

"Kenangan, pergilah kau jauh dari hidupku. Tinggalkan aku sendirian supaya aku tidak terus hidup dalam angan-angan. Tuhan, tabahkan hatiku, andai ini takdir-Mu untukku, maka aku redha. Kerna aku percaya, ada bahagia yang menantiku suatu hari nanti. ~Bukan ini pintaku~"

~tata

10.1.10

Semalam + Hari Ini

semalam keluar pi beli tiket untuk adik + bakal adir ipar. mujur ada. pastu singgah masuk the mall, cuci2 mata. adik beli baju. saya tak beli pape.

nak balik singgah sogo dulu. ada lagi sale rupanya. saya pilih la baju, dah ada yang berkenan tapi silap saya sebab letak balik baju tu. konon nak pi cari yang lagi cantik kot2 ada la. skali tak ada. pergi semula nak ambil baju yang dah berkenan, dah tak ada kat situ. mesti dah ada orang ambil ni. nyesal lepaskan baju tu. baru terpikir, apa salahnya kalau saya pegang je baju tu sambil cari yang lain. ngeng la cikcah! takpe. pujuk hati sendiri. berkenan tapi tak ada saiz pulak. tinggal L. uishhhh 2 orang kebayan leh masuk tu!

nak beli novel jugak. Pergilah Air Mata. tiga kedai buku saya pergi tapi tak ada lagi. pelik. kata keluar Januari. so tanyalah sister kat pustaka mukmin,

saya :akak, ada tak novel pergilah air mata.
cikkak: ouh, yang kaki punya eh? ramsu tulis ka?
(suka hati, ingatkan ada. kaki tu kaki novel lah. nak gelak pun ada. sebut xabes)
saya: ha ah kak. cari tak jumpa.
cikkak: u datang hari isnin la. da order belum sampai
(dgn muka manis, senyuuummmm)

apesal la tak cakap je tak ada. kan senang? bagi harapan pulak. berkecai harapanku hari itu untuk beli novel. takpe cikcah. sabar2...

pastu beli bekas tisu untuk bebe + purse untuk diri sendiri. hari tu dah beli tapi mak ambil. dia cakap cantik;-) see, saya memang pandai memilih (perasan!).

habis cerita semalam. hari ni...

nak basuh baju. tapi sister tu potong queue. sangat tak patut. kenapa la mesin blok A rosak. bila nak repair? harap2 panas sampai petang karang. janganlah macam selalu. asal basuh baju je, hujan. moga2 hari ni saya bernasib baik.

sekian untuk potpet kali ini;-)
selamat berhujung minggu. malam ni juara lagu. lagu mana akan menang ek?

8.1.10

Saya Sayang Kamu Semua

You're...
My Friend,
My companion,
Through good times and bad
My friend, my buddy,
Through happy and sad,
Beside me you stand,
Beside me you walk,
You’re there to listen,
You’re there to talk,
With happiness, with smiles,
With pain and tears,
I know you'll be there,
Throughout the years!
SAHABAT (AMAR)

Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi

Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenanglah daku dalam doamu
Begitu indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku

Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia
Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat

p/s: aku sayangkan persahabatan kita ini. semailah kenangan bersama di sudut hatimu, bajailah ia agar terus subur di ingatanmu...

7.1.10

Bintang

Ku pandang diatas awan
Ku lihat bintang melambai
Ku hulur tangan menggapai
Tetapi tiada sampai

Ku tahu bintang menunggu
Namun apalah dayaku
Ku hanya mampu meratap
Di dalam ratapan sayu


Bintang kau jangan bersedih
Bintang kau jangan menangis
Tiada mampu ku ke sana walau telah direncana

Bintang kau tinggi di atas
Ku duduk rendah di bawah
Hidup mu berteman bulan bukan insan kekurangan

Bintang jangan kau terus begini...
Nanti malam mu tiada berseri...
Kita akan tetap bersama untuk selamanya...
Cuma lain suasana...

Bintang hentikanlah...
Tangisan yang akan menyiksa diriku
Bintang dengarkanlah...
Ada satu pesanan terakhir dariku
Bintang kau pergilah...
Kerna itulah yang terbaik untukmu

Bintang...
Percayalah hanya engkau satu di dalam hidupku

~lagu dari BKM
suka❤

6.1.10

Rindu

Rindu......
amat perit ketika merindu
namun manis ketika dirindui

rindu adalah sesuatu yang unik
rindu mengajar kita erti keperitan
rindu mengajar kita erti kemanisan
rindu membuai rasa
rindu menghancurkan hati
rindu melukakan jiwa

namun yang pasti
rindu tetap sesuatu yang menguatkan kasih kita pada seseorang

5.1.10

Kasih Sayang

OK. hari ni emo terlebey. sob2... betullah tu. sayang itu subjektif. macam2 cara nak tunjukkan sayang tu. tapi saya tahu, orang takkan sayang adik2 saya seperti mana saya sayangkan anak2 orang. harapkan balasan ke? taklah. sekalipun saya tak minta balas. semua yang saya berikan itu ikhlas. nak marah pun ada dengan sifat manusia ni. memang tak ramai yang tahu mengenang budi orang. susah!

please treat my siblings in a good way ok? jangan cuai ngok! siapa tak sayang adik weh. even adik tiri, mereka tetap dari perut yang sama. so please, jangan buat saya menangis! tolonglah, ingat balik apa yang family korang tumpang family aku dulu! bukan saya mengungkit tapi kadang2 manusia perlu disedarkan jika mereka terlupa.

tak dinafikan, adik2 saya memang nakal. sangat2 nakal. kalau tak nakal bukan budak namanya. tapi takkanlah kita yang dah dewasa ni tak mampu nak jaga dua budak kecik? berusia 3 dan 4 tahun. selama budak2 tu duk dengan saya, tak ada pula sampai menangis kalau bergaduh. diaorang bergaduh pun depan mata saya. kawallah diorang tu, larang sikit kalau nampak nakal yang melampau. tapi selama ni, nakal2 pun tak adalah tahap serius. nakal budak2 je.

kalau rasa tak mampu nak jaga, tarik diri awal-awal. jangan memandai nak jaga diaorang then biarkan diaorang menangis. saya sebagai kakak sedikit terasa bila kamu buat adik saya macam tu. sempat cakap ngan kakchik tadi

saya: kakchik nangis tak?
kakchik: tak. dikfir nangis.
saya: pastu adik nangis, kak marah tak?
kakchik: marah! (selepas tu mak terus amik phone dr kakchik)

persoalan di sini: apa hak kau nak marah2 kat adik aku?

shit!! saya tanya mak, apesal adik nangis? jawapan senang dari mak "masa mak tinggal tak nangis pun, mak balik tadi dia duk main elok2 je" mak oh mak. mudahnya jawapan dia. that's why i always being with mama than my mum.

mama- sentiasa ambil berat, saya demam sikit je dia yang terlebih2 bimbang + saya rasa diri saya disayangi bila dengan mama. love you mama

mak- tak pernah kisah apa yang saya buat. langsung tak ambil tahu. kalau saya tak call, haram dia nak call tanya khabar anak dia ni hidup ke tak. kadang2 saya terfikir, mak saya ni tahu tak saya ni anaknya???

saya tak minta banyak. saya dah ada duit, arwah ayah saya dah tinggalkan segala-galanya. cukup malah kadang tu terlebih untuk saya dan adik. kami tak pernah meminta. cuma kadang2 saya perlukan sedikit perhatian. besar sangat ke permintaan saya ni? (pujuk hati sendiri- mak saya terlalu muda untuk menjadi ibu kepada saya, mungkin dia belum bersedia di saat saya dilahirkan)

3.1.10

Novel- Samudera Indah Nian

kisah perkahwinan yang diatur oleh orang tua. Yasmin dan Amru tidak pernah mengenali satu sama lain. mereka diijabkabulkan kerana ibubapa Amru berkenankan si Yasmin ni. Amru seorang pegawai tentera. yang best cerita ni berlatar belakangkan Pangkalan TLDM Lumut. saya suka! banyak jugalah info yang saya dapat. ermmm, tentera takleh kawen lebih ke? (ada rasa nak cari suami yang kerja cam si Amru la pulak)

Amru mula "jatuh cinta" ketika Yasmin menghabiskan cutinya di rumah Amru. dah elok2 Amru beritahu Yasmin tentang perasaannya, tetiba Amru kena tangkap khalwat dengan Maya. tang ni saya tak berapa suka tindakan Yasmin coz dia suruh Amru kawen ngan Maya. mana boleh meyerah macam tu weh! kebetulan masa tu Yasmin baru balik dari Jepun. di sana, dia telah terjumpa bekas kekasih, Fazril.

"It takes the rest of your life to forget your loved ones" betullah statement ni. memang Yasmin tak boleh lupakan Fazril, tapi saat diijabkabulkan dengan Amru, Fazril hanyalah kenangan. tak suka Fazril sebab tinggalkan Yasmin tanpa penjelasan. boleh pulak suruh member yang bagitahu. not a gentleman okaih! menyampah!-it's hard to forget your first love

Yasmin:"dalam hidup ni kadang2 kita hilang benda yang kita miliki dan kadang2 kita perlu tinggalkan apa yang kita miliki"
Fazril:"dalam diri saya ada sesuatu yang tak memungkinkan saya mencari pengganti awak"
Amru:"i promise that i will make her happy... i love her very much"
how sweeeeet

Sinopsis Belakang Buku:

Ibarat setianya Ali pada Fatimah

Ibarat kasihnya Muhammmad pada Khadijah

Itulah yang Yasmin Nur Raihan impikan dalam perkahwinannya bersama Amru walau ikatan mereka diatur keluarga. Yasmin berharap Amru menjadi pendampingnya dunia akhirat. Pada Yasmin cinta kasih dan sayang mampu disemai dipupuk. Berbeza bagi Leftenan Komander Amru Iskandar, hakikat jodohnya bersama Yasmin sukar diterima. Lantas diletakkannya syarat pada malam pertama mereka. Yasmin akur malah bersyukur. Padanya Amru bagai seorang sahabat baik yang baru dikenalinya.

Segalanya berubah apabila Yasmin menapak buat kali pertama bercuti ke rumah Amru di Lumut. Entah bila pula timbulnya rasa rindu dan sayang di hati Amru; sikap dan kelembutan Yasmin telah mengikat hati Amru pada wanita itu. Belum sempat diluahkan rasa hati, segalanya bertukar tragedi apabila Leftenan Maya Athira hadir antara mereka. Tidak seperti perempuan yang suka menyerah, Yasmin nekad mempertahankan rumah tangganya. Tetapi Amru... bagaimana?

Samudera itu indah... sepertimana indahnya cinta yang kita kemudi... ~ Amru Iskandar.

1.1.10

1 Jan 2010

alhamdulillah. bersyukur ke hadrat ilahi kerana umur saya masih panjang. walaupun saya masih belum sihat sepenuhnya, sekurang-kurang Allah masih mengizinkan saya terus bernafas di bumi milik-Nya ini. thanks God.

tahun baru, azam baru? azam masih sama. tak perlu tunggu tahun baru nak berazam ni. setiap hari saya ingin mahukan yang lebih baik dari semalam. yang penting usaha. tapi tahun ini bertambah satu lagi azam saya. rasanya tak perlu bercerita panjang (malu). cuma saya mahukan sokongan.

buat masa ini, tak ada sesiapa yang tahu. mungkin yang suka melayari blog2 orang tu tahu kot;-) hehehee...apa tu? cluenya sikit- pabila pena mula menari, setiap perkataan itu lahir dari sekeping hati-AF. selebihnya? biarlah rahsia OK.

sepanjang 2009? memang banyak sangat dugaan. mujur saya masih kuat. walaupun kadang2 rasa tak tertanggung, saya bernasib baik. dunia saya di kelilingi keluarga yang menyayangi diri ini dan sahabat2 yang sentiasa memberikan sokongan. thanks for everything. semua yang pahit berlaku tahun 2009 saya telah lupakan. yang manis akan sentiasa saya kenang.

semoga 2010 membawa seribu rahmat kepada kita semua. berhijrahlah ke arah paradigma yang lebih baik.