16.1.10

Bicara Seorang Hamba

aku seorang hamba pada-Mu
aku dilahirkan sebagai manusia biasa
punya hati dan rasa cinta pada-Mu
bisakah aku menghadap-Mu dengan sempurna

aku seorang hamba yang hina
terkadang aku lupa pada yang Maha Kuasa
ada ketikanya aku hanyut dengan arus duniawi
ada masanya aku leka dengan apa yang kumiliki

aku seorang hamba yang lemah
semangatku tidak setanding kekuatan Sumayyah
cintaku tidak seagung kasih Rabiatul Adawiyah
peribadiku tidak semulia sifat Fatimah Az-Zahrah

oh Tuhan
aku mahu berdampingan dengan umat-Mu yang beriman
aku inginkan syurga yang berkekalan
hanya itu yang aku harapkan

ya Allah
hanya pada-Mu
aku serahkan seluruh hidupku
Kau berhak di atas segalanya
kerana hanya Engkaulah yang satu
dulu, kini dan selamanya
AF

No comments: