18.3.10

Trionovel Mac- Alaf21

Harga: RM 19.90
Halaman: 512
Penulis: Nurmi Syakimi
ISBN: 978-983-124-510-1

Sinopsis: NUR AMIRA pasrah apabila dijodohkan dengan Tengku Faizal. Pertama kali bertentang mata, Nur Amira telah jatuh cinta. Bermula saat itu, dia mengabdikan dirinya dengan cinta dan kasih sayang yang mekar di dalam hati.

Namun, cinta yang bersemi tidak bersambut. Tengku Faizal tekad membenci dan menjauhkan dirinya daripada Nur Amira. Baginya, Nur Amira pemusnah cintanya bersama Julia. Dalam diam, dia merancang mendapatkan kembali Julia yang sudah pergi jauh.

Nur Amira tidak berputus asa. Demi cinta dan rumah tangga, Tengku Faizal mesti menjadi miliknya. Sebagai isteri, dia berusaha memikat hati dan cinta daripada suaminya. Biarpun rebah dan tersungkur, dia bangun dan maju selangkah demi langkah agar pandangan suami beralih ke arahnya.

Ketabahan dan kecekalan seorang wanita bergelar isteri, akhirnya dapat menggugat cinta antara Tengku Faizal dan Julia. Tengku Faizal beralah dalam diam. Keikhlasan luahan cinta Nur Amira berjaya mengetuk pintu hati. Namun, konflik datang menyentak jiwa. Nur Amira mesti ditinggalkan. Hari demi hari bakal memisahkan mereka. Berpisah bukan kerana maut! Berpisah bukan kerana cinta terhalang!

Harga: RM 19.90
Halaman: 512
Penulis: Lynn Dayana
ISBN: 978-983-124-526-2

Sinopsis: DI BAWAH timbunan batu-bata, mereka memulakan bicara. Kisah hati yang sepi, hidup yang malang dan cinta yang tidak kesampaian. Mereka sama-sama bermimpi mahu mencapai bintang, namun mereka sedar kaki terantai di bumi.

Bagi Haida Fatma, pertemuan itu mengujakan dan dia mahu mengubah kehidupan. Masa silam yang hitam mahu dibersihkan buat bekalan masa hadapan yang lebih sempurna.

Pada Julia Hana pula, terperangkap di bawah runtuhan bangunan menyedarkan dirinya yang si suami sudah hilang rasa cinta. Jadi, dia harus membebaskan diri daripada terus terbelenggu!

Rasa kasih, sayang, malah setitis cinta... sudah lama tidak singgah di hati Zira Maya. Yang ada cuma kekosongan. Dia lupa makna bahagia. Dia alpa dengan materialistik dunia. Dihampiri Malaikat maut, dia berasa kerdil dan terpinggir.

Tragedi bangunan runtuh itu menemukan mereka bertiga. Perjalanan hidup yang sepi kini seakan terisi. Namun, adakalanya menyayangi amat sukar dilakukan apabila batas diri terus menghantui. Bahagia itu milik mereka yang berusaha.

Mampukah mereka meraih cinta yang terhad haknya?

Harga: RM 19.90
Halaman: 512
Penulis: Afni Sari
ISBN: 978-983-124-496-8

PERHATIAN yang diberi Adam Lutfi membuatkan Kauthar mula merindui lelaki itu. Atas dasar menghormati hubungan pelajar - tutor, dia mengambil langkah memendamkan perasaannya sendiri. Sedangkan Adam Lutfi cuba mendekati Nadiha tanpa mengetahui gadis itu sebenarnya mahu mengecewakan setelah cintanya dengan Karl tidak kesampaian.

Tika hati mula bergetar setiap kali mengingati Adam Lutfi , Kauthar mem bicarakan jua soal hatinya. Sayangnya, Adam Lutfi sudah mengikat pertunang an dengan Nadiha. Kehancuran cinta yang tidak berbalas melarakan hati. Dihumban jauh kasihnya yang tidak memberi apa-apa erti lagi.

Pertemuan dengan Kauthar memutikkan bunga-bunga cinta di jiwa Karl. Ketulusan Karl berjaya membuka semula pintu hati Kauthar. Saat Kauthar melakar bahagia, rumah tangga Adam Lutfi pula bergolakan. Tahulah Adam Lutfi yang mana intan, yang mana kaca. Cinta Kauthar ingin diraihnya se mula. Dan Kauthar terpaksa memilih.

Jika jatuh cinta itu boleh dirancang... pasti tiada hati yang akan terluka.

sumber: Alaf21

No comments: