12.2.11

Apabila Rakyat Berkuasa

kebangkitan rakyat mesir

mungkin masa ni doa mereka dimakbulkan Allah.

dan hasilnya hari ini:
babai pakcik hosni mubarak~


korang bleh tgk video PENGUMUMAN HOSNI MUBARAK BERUNDUR:
klik sini(fb) atau sini(blog)

dengan pengumuman ini,

Moga tertebus kepedihan yang ditanggung oleh rakyat yang diseksa.
Moga terubat tahanan-tahanan pendapat (prisoners of opinion) di penjara Mesir.
Moga sembuh al-Azhar daripada campur tangan regim.
Moga terbuka jalan pulang Sheikh Yusuf al-Qaradhawi ke bumi Kinanah.
Moga terawat kerinduan Sheikh Kamal Helbawi yang lama berkelana di bumi Eropah.
Moga sirna kepungan derita umat di Gaza dan Palestin.
Moga bermakna 12 Februari 2011 pada mengenang terbunuhnya pengasas al-Ikhwan al-Muslimin, Hassan al-Banna pada 12 Februari 1949.
(ayat di atas dipinjam dari: sini)

Segalanya, ameen untuk semua itu! aminnn... terima kasih ya Allah kerana memakbulkan doa hamba2-Mu selama ini. sesungguhnya kau Maha Mendengar dan Maha Mengasihani....

saya pernah tengok video luahan perasaan seorang anak muda mesir, menurut beliau: sepatutnya protes ini dilakukan lama dulu, iaitu di zaman ayahnya. namun, ketika itu tiada siapa yang bangkit menentang. dan sekarang, dia turut serta dalam protes ni kerana dia taknak anak2nya terus hidup dalam kepimpinan yang tidak telus ini.

malaysia bila lagi? oh no! malaysia tak kan jadi macam ni. sebab? nak tau?

sebabnya:
majoriti penduduk malaysia kaum melayu. melayu pengecut! islam hanya pada nama. melayu di malaysia mudah dibeli. melayu malaysia cepat kelabu mata kalau tengok duit. inilah beza antara melayu dan arab walaupun menganut agama yang sama iaitu ISLAM.


kata PM yang kita sendiri pilih: “Ini contoh 'kalau kita tidak berubah, kita akan rebah'" sumber: sini.

okeh. memang terbaik ayat PM. jadi, sila berubah sebelum kerajaan sekarang direbahkan pada PRU ke-13 akan datang.

sekian, terima kasih rakyat mesir. saya bangga dengan kalian:)

1 comment:

Oreo said...

huhu,nasib baik dia letak jawatan gak akhirnya