12.2.11

Adik Tersayang VS Boyfriend Tercinta


kisah 1:-bersama adik tersayang di masjid jamek-
saya singgah kat kedai jual novel 2nd hand. tapi novel2 masih baru. adik terus jalan. dia masuk kedai jual beg. so, pilih sendiri nak novel ape. dah keluar, simpan novel dalam beg. hajatnya taknak gitau adik yang saya beli novel. kot lah dia tak ingat nak tanya. tapi dia tanya jugak.
adik: beli x novel tadi?
aku: ouh. beli. murah je pun. rm10.
adik: aku rasa nak sewa la satu kedai kat sini, nak jual novel2 mu. mesti laku.
aku: ????
(senget ke apa adik aku ni? nak jual novel aku?)

kisah 2:-perbualan telefon dengan yang tercinta-
aku: cuba teka ayang beli apa tadi?
dia: baju?
aku: salah
dia: seluar?
aku: salah
dia: bla...bla...bla...
aku: salah....salah...salah
dia: malas dah. cakaplah beli apa.
aku: beli novel la. 2nd hand punye. baru jugak la. murah je. rm10
dia: ouh. ada jual novel 2nd hand ek?
aku: ada la. tapi semalam lagi banyak...
dia: boleh la jual novel ayang. mesti laku. jual 100 novel, dah boleh rm1000. kalau biar novel camtu, lama2 rosak. rugi je.
aku: ????
(senget ke apa pakwe aku ni? nak jual novel aku jugak?)

-------------------------------------------------------------------

*garu kepala bukan sebab kutu dah beranak pinak. tapi berfikir*
-dah nak dekat setahun perhubungan saya dan si dia. baru sekarang, saya tersedar akan satu persamaan yang dimiliki oleh si dia dan adik saya.

kesimpulannya:
fikir !~mereka berdua ngopngep sebab nak jual novel2 saya~! siul

ini hakikat sebenar. tiada yang benar melainkan benar belaka.

my sis: jeles sebab kakaknya sanggup sediakan peruntukan istimewa untuk novel setiap bulan sedangkan nak belanja dia sebulan sekali pun susah! heh.

my boypren: jeles sebab si buah hati kalau dah ngadap novel, sunyi sepi lah henset beliau kerana tiada sebarang call atau sms untuknya! heh.
gilecelebrategelakguling

No comments: