24.2.11

Review- Tanpamu Aku Rindu

ini novel air mata. baca tak sampai separuh, dah terasa dalam mata ada air. kalau nak cari novel yang banyak pengajaran, boleh la baca novel ni. serius sedih. kisah seorang anak yang buat perangai, sehingga emaknya selalu menitiskan air mata. novel ni lebih kepada tema kekeluargaan, pengorbanan, dan kasih sayang sesama insan. bukan kisah cinta semata-mata

ini kisah zuyyin. zuyyin ni nama perempuan tau. mula2 baca, saya ingatkan zuyyin ni lelaki. hehehe. sangat tersentuh bila zuyyin tak ada di hari pengkebumian ibunya. bercuti tak ingat dunia ngan kengkawan. pastu konon nak buat mak ayah risaukan dia sampai off hp. sekali dia yang menyesal tak sudah.

kesimpulan: hargailah orang tua anda selagi mereka ada. bahagiakan mereka supaya kita tidak menyesal bila mereka dah tiada di dunia. dan, pilihlah kawan yang sebenar-benar kawan. sentiasa ada di saat kita suka mahupun duka.

ni ayat yang saya suka dalam novel ni:
  • aku sudah berjanji akan membahagiakannya, tapi kenapa bahagia yang aku janjikan bagai tercicir di jalanan?
  • kenapa niat baik selalu disalah ertikan?
  • kalaulah zuyyin tahu dia menitiskan air mata bila zuyyin mengatakan mahu pergi beberapa hari lalu, mungkin gadis itu tidak akan tergamak mengutarakan pertanyaan seperti itu. malu! ya, memang memalukan bila air matanya gugur hanya disebabkan seorang perempuan. tapi, seorang perempuan itu bukan perempuan biasa, sebaliknya perempuan yang telah mencuri hatinya, perempuan yang sudah diukir di hatinya
~ni novel kedua yang berjaya membuatkan mataku banjir. novel pertama "lily buat najah". thanks ya bie~

2 comments:

d i b a said...

aku ade kwn, anak buah de pmpuan,,nama Deanna Zuyyin Nisreena.. comel, nakal.. kenapa aku cite nih.. haha.. saje.... nk share nk zuyyin

d i b a said...

*name