31.10.11

1 Sampai 11

  1. chinta
  2. dari kerana mata
  3. sentuhan kasih
  4. layang-layang bertali kaca
  5. quartet
  6. warna (3 ceritera sebuah)
  7. versus
  8. l.u.v.e
  9. seikat kembang merah
  10. 7 hari mencintaiku
  11. kasih bersulam cinta
sebelas. ye. sebelas novel yang dah lama beli tapi tak sempat baca lagi.
esok bulan sebelas. esok satu haribulan sebelas tahun dua ribu sebelas.

maknanya 011111 = saya akan jadi 24 tahun. 24, bukan 42.

<--ni hadiah hari jadi tahun lepas.

dan bila tiba hari jadi, tak mustahil akan dapat novel lagi.

novel?
ya, nak novel "setulus hati" kali ni. novel lama tapi saya takde lagi.

ya. saya selalu tunggu suprise dari dia tapi saya tau, bf saya tak romantik. saya kena bagitau nak hadiah apa sebab dia tak reti dan tak tau nak beli hadiah apa. padahal boleh je tanya cik google "hadiah sesuai untuk kekasih" kan? sabor je lah..

k, bye. mau tutup laptop. masa untuk pulang~

30.10.11

Tagged

jawab tag dari CINTA SISWI. dah lama tapi sekarang baru berkesempatan. sorry:)

You must post these rules.
Each person must post 11 things about themselves in their journal.
Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
You have to choose 11 people to tag and link them to the post.
Go to their page and tell them you have tagged him/her.
No tag backs.
No stuff in the tagging section about 'You are tagged if you are reading this' you legitimately (a.k.a really, trust, with all honesty) have to tag 11 people.

11 things about myself:
  1. baru nak masuk 24 tahun (masih muda belia)
  2. kacukan kelantanese + terengganuese
  3. sejak praktikal, pagi2 suka minum teh
  4. pantang free, nak online je
  5. suka menulis dan membaca
  6. banyak bercakap
  7. selalu membebel kat adik2
  8. tahun depan mulalah tanam anggur
  9. baru belajar bercinta dengan encik MN♥
  10. dah tak takut drive kereta
  11. bawah mata memang bengkak walaupun tak nangis
soklan dari cinta siswi dan jawapan saya:

do you love to be friend with me?
- yup.. suka3.

myvi or viva and why?
- erk, saga! sebab bonet keta besar.

are you in love with someone?
- ye.

Which part of Malaysia are you?
- kelate.

Where would you love to go for your holiday?
- tasik dayang bunting.

your favourite football club?
- chelsea. (nak jgak taip trw kat sini)

the best movie you have seen?
- best movie? hurm... upin ipin pun ok.

a bad friend or a good enemy?
- erk...good friend. boleh?

Saloma or Uji Rashid?
- saloma.

laugh out loud or cry out loud?
- laugh out loud and cry inside

do you miss someone right now?
- ye.
setakat ni je ek. tau tak penuhi syarat... peacesiul

Kenapa?

setelah seharian bersama.
apa yang aku rasa hanya bahagia.
ya. aku bahagia.

tapi kenapa? kenapa berubah?
kenapa mesti berubah setelah kau beri aku kebahagiaan?

sayang, jangan.....
jangan marah saya setelah kita berbual mesra.
jangan tinggal saya setelah buat saya bahagia.

sebab saya sayang awak.
ya. hanya awak, MN.

forever love, ecah~

*bagus. saat ni aku sakit dengan apa yang aku rasa selepas selepas 1 tahun, 6 bulan, 1 minggu, 4 hari aku sayang dia. heeee:)

27.10.11

Bil Oh Bil

hari ni DUA kali saya bayar bil kat TMpoint. bukan bil saya, tapi bil orang2 terdekat dengan saya. kali pertama okey je, macam biasa. kali kedua ni lawak sikit. (sebenarnya lawak banyak)

saya punya nombor 1260, kena tunggu 18 nombor barulah giliran saya. gedik kan nak tunggu giliran? point yang lebih tepat: nak cuci mata sebenarnya. sementara menunggu tu, tetiba ada kakak datang duk tepi kiri. saya wat derk je. datang pulak kakak duk tepi kanan. saya wat tak tau je. tapi si kakak sebelah kanan ni peramah. rajin bertanya dan banyak bercakap.

mula2 dia tanya saya punya nombor berapa. dia punya 1262. pastu kakak sebelah kiri saya 1263. hehe, saya dulu la ye kakak2 cantek.

saya diam je. takde mood sebab terlebih kenyang. mulut berat nak bercakap. saya cuma jadi pendengar setia kepada perbualan kakak sebelah kanan bercakap dengan kakak sebelah kiri.

perbualan mereka lebih kurang macam ni:

kanan: kak bayar bil telefon ke?
kiri: ha ah. dengan bil internet. bil internet kalau bayar lambat2 terus potong.

monolog dalamanku : lambat bayar streamyx terus potong? bagus.

kanan: ouh. saya bayar bil tertunggak ni. (sambil tunjuk bil tertunggak yang dia amik kat kaunter)
kiri: boleh ke nak bayar yang tertunggak? macam mana?
kanan: kak pergi kat kaunter depan tu, cakap nak bil tertunggak. bagi nombor telefon je. nanti dia print bil tu.
kiri: o...nak gi minta bil kejap la (berlalu dan tinggal botol air mineral kat tepi saya)

sebentar kemudian, kakak tadi datang balik ke tempat duduk asalnya. iaitu di tepi kiri saya. hehe

kiri: eh, tak boleh la. kena pergi TLC. kat sini tak boleh print.

monolog dalamanku: pelik. pehal takleh print bil sedangkan aku yang praktikal ni tau cara nak print bil tertunggak.

kanan: aik? kenapa tak boleh? ni bil saya. kak nak print bil apa?
kiri: bil api (elektrik)
TLC tu apa? mungkin kakak kat kaunter cakap TNB. encem

PERHATIAN: TMpoint hanya print bil telefon, bil streamyx. bil2 lain yang takde kaitan dengan TELEKOM tak boleh print di sini.

sekian, harap maklum.

p/s: kalaulah semua bil boleh print kat TM, makin pening la kitaorang nak buat kerja. bil telefon pun jenuh nak kutip hutang ngan pelanggan... nak tambah lagi bil lain? aiyoooo~

24.10.11

OST Ombak Rindu

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

"rinduku umpama ombak yang tak berhenti. kasihmu bagai pantai yang setia menanti"

p/s: maya karin jadi izzah? kenapa mesti maya karin? huwaaaa~

23.10.11

Sunyi

terasa sunyi tanpa supervisor saya, Encik Ghafar... selalunya, hampir setiap hari dia akan keluar dari bilik dan bertanya "anak2, apa khabar hari ni?... anak2 ok ke hari ni?"

betul kata kak nuru hari tu.--> sunyi la cik Pa takde nanti. ye. hari ni saya sunyi. huwaaaa

takde orang nak tolong backup. susah nak ikut abg din & abg li kuar. tadi takde sape ajak kita pi kenduri. cik Pa je paham jiwa kita. kita bosan tau duk opis.

2 Dis ni dia balik. insya Allah. semoga semua jemaah haji di malaysia mendapat haji yang mabrur.
p/s: lagi 9 minggu praktikal. sedihnya nak tinggalkan CMU Kelantan. http://www.emocutez.com

19.10.11

:-)

A relationship is like a job. You have to work hard to get in it and you have to work even harder to stay in it.

dear you,
.thank you for making me laugh when i'd almost forgotten how to.
always love u Mr. Nain

alhamdulillah. terima kasih Allah, untuk kebahagiaan ini.

18.10.11

Ceritera Novel Di Opis

praktikal kat TM ni best. jadi makin best bila ada staff kat sini yang hantu novel macam saya. wah2. terbaik lah. ada 2 orang yang minat novel. mereka ialah Che Aishah (saya panggil kak sah) dan Rosmini (saya panggil kak min)

kak min banyak jugak tahu pasal novel especially novel2 online. kalah saya kalau bab novel online ni. saya jenis KURENG minat baca novel online kecuali baca cerpen. kak min pulak, selalu baca novel online.

kak sah baca je semua novel online dan novel cetak. tapi dia banyak tak ingat novel yang dia dah baca. suka kisah2 cinta. euww~! comel kan? lagi beberapa tahun nak pencen tapi masih suka baca novel. mungkin saya bila tua nanti jadi macam kak sah. hehe

bila bercakap pasal novel dengan orang yang lebih berusia, hasilnya:

kata kak min: "kak min baca novel dari tingkatan 2 sebab nak improve english, sekarang untuk faham bahasa2 remaja sekarang. dari novel kak min tahu apa itu usha, beb, blah.. so kalau anak2 bercakap kak min faham la bahasa diaorang"

naz, kak min kenal nazurah aishah dulu dari saya. bila saya cakap pasal "lily buat najah" dia sebut "tiada dikau tiada makna" bila saya mintak tolong cik google.. jumpa sambungan kisah tasya & anak2.

kata kak sah: "kak sah boleh baca novel tapi sejak balik dari haji dah kurang sebab suami marah. sekarang, kurang dah sikit beli novel. hujung minggu kalau nak baca novel, kak sah buat kerja rumah siap-siap dulu biar dia takleh komplen apa2. baru dia tak marah..."

best kan? macam syurga dunia saya ber-praktikal kat sini. sedikit terkilan sebab dah 3 bulan saya duk sini, tapi baru tahu ada yang minat novel. tapi takpe, rumah dekat je kalau tetiba rindu nak bercakap pasal novel, boleh datang opis.

p/s: ok bye. nak baca novel 'nain nian di hati' (kak min punya)

❤alhamdulillah. 1 year 6 months tomorrow. love him so much❤

17.10.11

Kisah Dua Hati

kisah dua hati...

orang tengok manis
kita merasa pahitnya

orang lihat sempurna
kita nampak kekurangannya

orang pandang bahagia
kita tanggung deritanya

kisah dua hati...
berjanji sehidup semati
takboleh pentingkan diri
tapi untuk menjaga hati sendiri
ada kalanya perlu ego yang tinggi dalam diri

kisah dua hati...
sama-sama taknak terluka
sama-sama mencari sinar bahagia
sama-sama berharap redha dari-Nya

p/s: tetiba jiwang kat opis. ok bye.

13.10.11

Berdua Bersatu

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

lagu: forteen

p/s: dapat novel kasih bersulam cinta hari ni;)

nak balik dah.esok cuti. babai~

12.10.11

Wordless Wednesday - Saje-saje

tetiba gedik survey kereta hari ni

11.10.11

Review Cemburu Seorang Perempuan

cemburu seorang perempuan. novel ni dah lama tapi saya baru nak baca. boleh baca sinopsis kat SINI. jalan cerita yang agak berat. kisah suami isteri (Zik & Emi) yang tiada anak. menggunakan kaedah IBU TUMPANG untuk mendapatkan anak dan ibu tumpang itu adalah isteri kedua (Dhiya) sendiri yang merangkap sahabat baik Zik.

hukum seseorang muslim menggunakan kaedah ibu tumpang untuk mendapatkan anak adalah haram. sumber: SINI & SINI.

TAPI... dalam novel ni, Dhiya adalah isteri kepada Zik. jadi, MUNGKIN takpe kot. saya tak reti nak komen pasal ni sebab ilmu masih kurang. (KORANG KALAU ADA LINK, BOLEH LA SHARE KAT SINI)

cemburu seorang "isteri". itu lagi tepat sebenarnya. satu kisah pengorbanan yang menyentuh hati. nak tahu apa pengorbanan itu, beli dan baca lah novel ni. nasib baik saya sempat beli tau. ada 1 je kat pustaka seri intan 2 KB.

ayat dari novel yang saya suka:

persahabatan... ada kasih sayang yang lain, kasih sayang yang lebih daripada keluarga tapi kurang daripada kekasih

Aku orang bukit yang telah mengambil risiko tinggi membina rumah di tepi pantai paling bergelora

kesimpulan: tak salah nak cemburu, tapi biarlah cemburu itu bertempat. cemburu buta hanya merosakkan jiwa.

best jugak novel dari siti hasneza. novel beliau yang saya ada hanya "angin dingin dari utara".
p/s: ada rasa malu untuk habiskan satu novel ni. hehehegile

10.10.11

Praktikal vs Belajar

ini betul-betul. bukan main-main.

PRAKTIKAL
bangun awal pagi
duk opis dari 8.30 sampai 5.30
ada kerja atau takde, WAJIB tercongok depan PC. best!
cuti jumaat & sabtu
facebook? huwaaaa. kena block!

BELAJAR
bangun ikut jadual kelas
pergi kelas, dah habis balik bilik sambung tidur
asignment dan group project setiap sem. pening!
cuti sabtu & ahad
facebook? sepanjang masa free mesti on9.

PRAKTIKAL vs BELAJAR
saya suka menjalani latihan industri
tapi saya tetap rindu kenangan zaman belajar

ini ayat cikgu bm (rosnani)
masa tingkatan 5 tahun 2005 dulu
"ALAM UNIVERSITI PALING BEST"
memang best sebab boleh kenal negeri orang

tapi....
saya tetap nak kata
"SAYA SUKA ZAMAN SMK ZAINAB 2"
zaman penuh main2 bersama kawan2

dan akan datang
apa yang saya pasti
"KERJA LAGI BEST SB TIAP BULAN DAPAT GAJI"
boleh berbelanja sesuka hati

ok, bye.

5.10.11

Wordless Wednesday - Rindu!

baru semalam dia pergi
rindu dah penuh dalam hati
g.e.d.i.k.s

p/s: sayang, cepat pulang!

3.10.11

Fahami Aku

kadang-kadang saya terasa hati
tapi dia tak mengerti

kadang-kadang saya merajuk
tapi dia tak pujuk

kadang-kadang saya nak marah
tapi dia buat tak kisah

kadang-kadang saya perlukan perhatian
tapi dia tak layan

kadang-kadang saya rasa kecewa
tapi dibiarkan saja...

kesimpulannya
cinta tak selalu bahagia
untuk pertahankan satu hubungan
hanya kejujuran dan kepercayaan yang diharapkan

"A man who truly loves me is someone who sees the pain in my eyes while everyone else still believes the smile on my face"