11.10.11

Review Cemburu Seorang Perempuan

cemburu seorang perempuan. novel ni dah lama tapi saya baru nak baca. boleh baca sinopsis kat SINI. jalan cerita yang agak berat. kisah suami isteri (Zik & Emi) yang tiada anak. menggunakan kaedah IBU TUMPANG untuk mendapatkan anak dan ibu tumpang itu adalah isteri kedua (Dhiya) sendiri yang merangkap sahabat baik Zik.

hukum seseorang muslim menggunakan kaedah ibu tumpang untuk mendapatkan anak adalah haram. sumber: SINI & SINI.

TAPI... dalam novel ni, Dhiya adalah isteri kepada Zik. jadi, MUNGKIN takpe kot. saya tak reti nak komen pasal ni sebab ilmu masih kurang. (KORANG KALAU ADA LINK, BOLEH LA SHARE KAT SINI)

cemburu seorang "isteri". itu lagi tepat sebenarnya. satu kisah pengorbanan yang menyentuh hati. nak tahu apa pengorbanan itu, beli dan baca lah novel ni. nasib baik saya sempat beli tau. ada 1 je kat pustaka seri intan 2 KB.

ayat dari novel yang saya suka:

persahabatan... ada kasih sayang yang lain, kasih sayang yang lebih daripada keluarga tapi kurang daripada kekasih

Aku orang bukit yang telah mengambil risiko tinggi membina rumah di tepi pantai paling bergelora

kesimpulan: tak salah nak cemburu, tapi biarlah cemburu itu bertempat. cemburu buta hanya merosakkan jiwa.

best jugak novel dari siti hasneza. novel beliau yang saya ada hanya "angin dingin dari utara".
p/s: ada rasa malu untuk habiskan satu novel ni. hehehegile

2 comments:

aimie_afifah said...

Cik Puteri...buku ni memang best kan..pengorbanan yang tiada nilai...walaupun kadang-kadang rasa macam x logik tahap kesabaran seseorang mampu bertahan sebegitu...

Nazurah Aishah said...

Ecah... kan kita dah kata aritu... :p