27.10.11

Bil Oh Bil

hari ni DUA kali saya bayar bil kat TMpoint. bukan bil saya, tapi bil orang2 terdekat dengan saya. kali pertama okey je, macam biasa. kali kedua ni lawak sikit. (sebenarnya lawak banyak)

saya punya nombor 1260, kena tunggu 18 nombor barulah giliran saya. gedik kan nak tunggu giliran? point yang lebih tepat: nak cuci mata sebenarnya. sementara menunggu tu, tetiba ada kakak datang duk tepi kiri. saya wat derk je. datang pulak kakak duk tepi kanan. saya wat tak tau je. tapi si kakak sebelah kanan ni peramah. rajin bertanya dan banyak bercakap.

mula2 dia tanya saya punya nombor berapa. dia punya 1262. pastu kakak sebelah kiri saya 1263. hehe, saya dulu la ye kakak2 cantek.

saya diam je. takde mood sebab terlebih kenyang. mulut berat nak bercakap. saya cuma jadi pendengar setia kepada perbualan kakak sebelah kanan bercakap dengan kakak sebelah kiri.

perbualan mereka lebih kurang macam ni:

kanan: kak bayar bil telefon ke?
kiri: ha ah. dengan bil internet. bil internet kalau bayar lambat2 terus potong.

monolog dalamanku : lambat bayar streamyx terus potong? bagus.

kanan: ouh. saya bayar bil tertunggak ni. (sambil tunjuk bil tertunggak yang dia amik kat kaunter)
kiri: boleh ke nak bayar yang tertunggak? macam mana?
kanan: kak pergi kat kaunter depan tu, cakap nak bil tertunggak. bagi nombor telefon je. nanti dia print bil tu.
kiri: o...nak gi minta bil kejap la (berlalu dan tinggal botol air mineral kat tepi saya)

sebentar kemudian, kakak tadi datang balik ke tempat duduk asalnya. iaitu di tepi kiri saya. hehe

kiri: eh, tak boleh la. kena pergi TLC. kat sini tak boleh print.

monolog dalamanku: pelik. pehal takleh print bil sedangkan aku yang praktikal ni tau cara nak print bil tertunggak.

kanan: aik? kenapa tak boleh? ni bil saya. kak nak print bil apa?
kiri: bil api (elektrik)
TLC tu apa? mungkin kakak kat kaunter cakap TNB. encem

PERHATIAN: TMpoint hanya print bil telefon, bil streamyx. bil2 lain yang takde kaitan dengan TELEKOM tak boleh print di sini.

sekian, harap maklum.

p/s: kalaulah semua bil boleh print kat TM, makin pening la kitaorang nak buat kerja. bil telefon pun jenuh nak kutip hutang ngan pelanggan... nak tambah lagi bil lain? aiyoooo~

No comments: