21.7.09

takkan berhenti mencintaimu

novel ini
agak lain dari yang lain
really like it
ending yg betul2 sy xjangka
4 1/2 stars!

suka ayat ni
*cinta sejati xkan bertambah dgn kebaikan dan xkan berkurang dgn kelemahan*
*kau tetap hidup dalam rinduku*


Entah di mana silapnya, dia menjadi seorang isteri sedang sekeping hati kecil sudah bersumpah untuk mencintai orang lain. Silapkah sebuah perkahwinan sehingga bunga-bunga asmara tidak pernah berkembang indah? Silapkah terlalu mencintai sehingga benci menjadi kelopaknya? Silapkah jatuh cinta sehingga haruman yang mengindahkan itu menjadi racun nan berbisa? Malam-malam kian sepi dan semakin sepi, dihambat persoalan-persoalan yang tiada jawapan. Namun lelaki itu tidak akan berdiam diri. Dia akan melakukan segala-galanya untuk memiliki hatinya…

Dan aku, Puteri Chaira Cleopatra, takkan mahu menjadi Cleopatra yang sepi tanpa Caesarku. Kerana aku takkan pernah mencintamu…

kekasihku....meskipun kita tak dapat bersama, tapi mimpi indah itu tetap mimlik kita,kan? Selamat tinggal, kekasihku. Ini adalah pengucapan terakhir yang abadi selamanya daripada kekasihmu. Aku tetap menyayangimu walau siapa pun kita. Di dunia ini tidak ada apa yang kutinggalkan, hanya secebis cinta untukmu yang tak mampu aku terjemahkan di bibir. Cleopatra....hanya kau kucinta (mantap giler!)

++akhirnya puas hati walau duit melayang RM 27.90!

No comments: