22.8.10

Jenjalan Seharian

semalam shopping ala kadar untuk sambut raya. ceewah!! ayat xley blaa... tapi memang ala kadar pun. sungguh! beli kain tudung je sehelai. pilih punya pilih nak jugak warna hitam. bun bantah. "tak gak, hitam sokmo." kata kak bun. hurm.. tukar warna. amik warna kelabu. buat2 perasan baju raya ada sikit2 warna kelabu. kalau takde pun, buat2 la ada. sebab tudung dah beli ok. dah balik, suruh encik nain teka, beli tudung warna apa. dia pun jawab hitam. alahaii...
apapun, hitam itu menawankenyit

pastu beli something yang sama ngan bun. hehehe comel! nanti raya ni nak pakai bersama:) beli kad raya jugak untuk mak, mama n si dia. esok atau lusa boleh la pos.

lepak sambil mengumpat kat depan sogo. duduk je. tengok orang lalu lalang. tengok kenderaan yang hensem2 lalu depan mata. skali bun cakap, "n** minat keta camni la.." (n ni bukan nain ok, tapi bf bun namanya NIK). pastu apa lagi. seperti biasa, gelak sungguh2!! gelakgulinggelakgulinghahahahaa bun, anak nak ramai. patutlah kena minat kereta besar. kang kalau kereta kecik, xkan nak tinggal anak separuh kat rumah kalau nak keluar. hehehe rileks bun jangan marah. kalau marah nanti perut buncit, tak lawa lah nak pakai kebaya comel tu. hihihihii. sila kawal nafsu amarah:)

saya suka tengok seseorang yang selekeh dan serabai sedang melukis di situ. dari mata kasar, dia tak sempurna. pakaiannya tak kemas. rambutnya panjang. tapi saya suka dan hargai apa yang dilakukannya. orang seni berjiwa halus. orang seni selalunya lebih tahu cara menghargai apa yang dimiliki. apa yang dia rasa, diluahkan di atas sehelai kertas. sama ada lukisan atau tulisan. ayatnya berbunga-bunga. kata-katanya indah di pendengaran. untung sape yang jadi girlfriend seseorang itu...hihihii

sambil lepak, kitaorang bercakap pasal kecantikan dan cinta. gedik kan? ni semua sebab tengok pasangan yang lalu lalang. ada yang perempuan cantik, tetapi lelaki tak hensem. bila lelaki dah cukup hensem, perempuan pula biasa je. macam tak sepadan. bun+tak pun mula la buat ayat untuk menyedapkan hati sendiri.

bun: "perempuan cantik biasanya dapat lelaki yang tak hensem tau"
tak: "ouh. patutlah nain aku tak hensem. dia gemuk. nik camne?"
bun: "nik tak hensem pun. nik pendek!"
tak: "ouh..tak sangka kita berdua cantik kan bun?"
bun: "ha ah.."
peace peace! giler perasan! tapi inilah kebenaran.

cantikkah kami? hahahaa..love
tak adalah cantik mana. cuma comel je. manis pun ada jugak.

nak balik mahallah, sempat beli nasi kukus kat masjid india. best! tapi sambal makcik tu pedas sangat la!! kata makcik tu, ayam kampung. tapi rasa cam bukan ayam kampung. tak kisahlah. dah lapar seharian berpuasa kan, bedal je sampai habis.

hari ni, adik pulak buat hal. call pepagi buta cakap nak balik awal. aduii apa lah! ingat senang ke nak cari tiket. tapi memang senang pun. ada je tiket tambahan. RM 59.00. haiyyyaaaa!! oh dugaan apa ini? tak apalah. seharusnya bersyukur sebab masih ada lagi tiket untuk balik raya. kalau ikut je idea asal saya untuk naik bas luar, tak payah nak gedik2 naik bas um kan senang. haihh, benda dah settle. tak perlu membebel panjang lagi cikcah. harap maklum.

okai. dah. nak mengarang essay eap plak ni.
caiyok ecah!! selamat menaip untuk diri sendiri~

1 comment:

idanirha said...

wei tak..kalo nik baca ni mmg mapuh la aku..ngupat ko dia..hahahaha
wei,agak2 la oyak ank ramai..kete tu bkn mpv la...
aku baru tanye nik...
hahahaha..
sooo,ank kami 5 jer.titik !