21.8.10

Bertemu dan Berpisah

Sahabatku...
Siapalah kita
Tidak mampu mengatur pertemuan
Tapi Allah takdirkan jua kita berjumpa
Di sini bumi makmur
Fikrah dan jiwa kita subur
Dengan persahabatan yang luhur

Sahabatku...
Siapalah kita
Tidak berupaya menahan perpisahan
Tapi Allah takdirkan jua kita berjauhan
Kerana apabila hati telah bertaut
pada ukhuwwah-Nya
Walaupun jauh di mata
Tetap teguh abadi di jiwa

Insya-Allah...
Apabila ditanya siapa kita
Kita adalah insan yang redha
Dengan pertemuan dan perpisahan
Yang diatur oleh Allah...

Sumber: Majalah Anis
ihikhik saya rindu mereka ihikhik
mereka sentiasa ada untuk saya.
mereka penguat semangat saya.
mereka tempat saya mengadu.
mereka tak pernah lupa,
bahawa saya sahabat mereka.
mereka selamanya di hati saya...

kalaulah masa boleh dihentikan, saya cuma nak tahun 2005 seumur hidup saya. saya ada segalanya masa tu. my life is full with happiness. tapi mustahil kan? hurm....
"Hadiah yang bernilai dalam persahabatan adalah keinginan untuk berkongsi cerita dan emosi."
[corat coret selepas bersahur, cikcah]

No comments: