27.8.09

Komen Bila Ada Rindu

novel ni baru habis baca
2 hari lepas
karya Emma Maizura
novel kali ini tak sehebat sebelumnya

Sinopsis dari saya macam ni:

Lyla tu anak angkat akan tetapi dia diberi kasih sayang seperti anak sendiri. Then, mak ayah angkat dia ni nak kahwinkan dia dengan sepupunya, Zahim supaya rahsia tak terbongkar. Tapi si Zahim ni pulak buat hal, membocorkan rahsia yang Lyla ni anak angkat sebab tak nak kahwin dengan Lyla. Dia dah ada pilihan hati sendiri. Sangat tak suka cara dia hina Lyla coz bagi saya, Lyla tak salah. Dia lahir dari perbuatan jahat insan yang tak mengenal dosa. Memang hinaan Zahim terlalu melampau bagi saya. Eriel pulak, Lyla kenal semasa bekerja sementara di apartment ayah Eriel. Mak Eriel ingin jodohkan Eriel dengan Shira tapi Eriel taknak. Eriel dengan Lyla kena tangkap khalwat. Masa tu, Lyla dah jadi tunangan Zahim. Then, mak Zahim pulak datang untuk putuskan pertunangan. Lyla terima hinaan lagi. Masa tu juga, mak ayah Eriel ada. Bila tahu Lyla anak luar nikah, terus tak suka. Selepas beberapa tahun, Eriel dan Lyla bertemu kembali. Time ni, Eriel jadi bos abang Lyla. Disebabkan cinta, diaorang pakat nak kahwin even mak Eriel tak restu. Lepas kahwin ni lah, Shira selalu kacau rumahtangga diaorang. Pastu pulak dah ada scene ala-ala Bicara Hati. Masa saya baca, dah jadi bosan. Tak sepatutnya lah Emma Maizura buat novel macam ni. Sebab bagi saya, beliau seorang penulis yang berbakat. Kalau boleh, gunalah taktik lain untuk si suami mengajar isteri. Nampaknya novel beliau yang ke-2 (Ada Cinta Di Hati) is better than this.

-koleksi novel Emma Maizura-

ANUGERAH PILIHAN PEMBACA 2009 (FIKSYEN BAHASA MELAYU)
sumber: alaf21

KEDAI BUKU POPULAR dengan kerjasama Berita Harian telah menganjurkan Anugerah Pilihan Pembaca 2009 untuk buku-buku dalam Bahasa Melayu. Tujuan anugerah ini bagi memberi penghargaan kepada penulis-penulis tanah air.

Bagi kategori fiksyen, lima orang novelis prolifik Alaf 21 turut tersenarai. Mereka ialah Ramlee Awang Murshid, Aisya Sofea, Anis Ayuni, Damya Hanna dan Aleya Aneesa. (semua saya minat!)

Dalam keputusan akhir yang diumumkan pada 26 Ogos lalu, Aisya Sofea dan Ramlee Awang Murshid telah berjaya menduduki tempat ke 2 dan ke 3.

Manakala tempat pertama dimenangi oleh Siti Rosmiza dari Buku Prima.(macam mana dia boleh menang ek? Novel beliau biasa aje. Asyik-asyik hujan! Maybe tuah hujan la tu.niway, Congrats!)

Hadiah telah disampaikan oleh Profesor Diraja Ungku Aziz. Para pemenang menerima cek, plak dan sijil penghargaan.

Tahniah pada mereka yang menang!


No comments: