20.3.09

cinta


Duk rileks2 sambil dengar radio, tetiba ada asatu ceramah kat KL fm, kul 2.. tajuk “CINTA”. Ermmmm…tajuk yang sangat menarik. Penceramah ustaz Syed Mohd Nor Hisyam. So aku nak share ape yang aku da dengar dengan semua,..ustaz tu cakap, cinta tu terlalu suci, tapi manusia sekarang dah xtahu konsep cinta yang sebenar. Dalam islam, cinta itu dibenarkan berlandaskan syariat. But now, bila sebut jer cinta, mesti kena berpegang tangan, berdua2an, n sanggup berkorban “ape saje” untuk yang di sayangi. Kenapa sampai tahap tu pemahaman kita tenang cinta? Jawapannya sb kita ber “tok guru” kan filem2 hollywood, bollywood, malaywood pun xkurang hebatnye kalau bab cinta ni. Ada 2kisah yang ustaz tu bercerita. Kisah nabi kita Muhammad SAW. Baginda pernah di Tanya oleh sahabat,siapakah yang baginta cintai? Lalu rasulullah segera menjawab-Aisyah,isteriku. Di sini kita tahu betapa rasulullah menyayangi dan mecintai isterinya. In reality life now, kalau kita Tanya ayah,datuk ke sape2 yang dah beristeri, siapakah yang paling di cintai? Aku rasa agak susah nak jumpa yang straight jawab isteri. Paling tak,senyap kejap..pikir dulu pastu baru jawab. Maybe ade gak yang bila di Tanya soklan camtu, tetiba teringat kat kekasih lama..hehehe xpatut kan??? Kisah ke2 pulak, pasal nabi Ibrahim n Siti Sarah. Walau bertahun kawin dan xdikurniakan anak… nabi Ibrahim xpernah terlintas untuk mencari pasangan lain semata2 menjaga hati insan yang beliau cintai. Hebatkan?? Ada lagi xlelaki cam tu kat Malaysia ni??aku rasa cam dah makin pupus, jangan kata nak kawin sb xde anak, anak dah ramai pun nak kawin lg..sb ape??cinta or nafsu?? Lu pikir la sendiri…



Sekarang, ramai sangat anak gadis lari ikut teman lelaki. Sanggup tinggalkan family, pastu bila susah call family mintak tolong. Xmalu ke??masa wat keputusan nak lari tu, xpikir plak family. Konon cinta,pastu hampeh! Yang aku ingat kes adik Fadilah dan Nur Jumiah. Budak2 ni lari sampai indon semata2 kerana cinta. Kesian mak ayah diorang. Kalau kes camni terjadi, siapa yang patut dipersalahkan? Xkan nak salahkan guru kot..hehehe kurang didikan agama atau mak ayah xpandai didik anak???ataupun si anak tu yang xcukup matang poyo2 nak bercinta? Bila dah pikir punyer pikir, aku rasa adik Nik Nur Madihah yang betul. Tinggalkan cinta demi cita2. at last dia dah buktikan yang dia mampu berjaya walaupun xbercinta. Tahniah Madihah! Bangga aku jadi anak kelate..tumpang glamour! Tapi xsemstinya bila bercinta tu,kita gagal semuanya. Adik aku punyer ayat lepas dpt result stpm-“akhirnya aku dpt buktikan yang bercinta xganggu pelajaran” hahahaha lawak2 tp betul gak tu. Cinta tu subjektif, lain orang lain makna cintanya. Papepun, jangan kerana cinta, kita jd alpa. Bercintalah kerana Allah.

No comments: