27.2.12

Novel Baru Alaf21: MAC 2012

ada novel aleya aneesa & bikash nur idris
ok, 1 kupon rm50 untuk 2 novel ini. sekian, terima kasih

Novel Baru Damya Hanna: Ingin Berkasih Lagi

Penulis: Damya Hanna
Harga: RM25
ISBN: 978-983-124-765-5
Halaman: 640

Sinopsis: Tidak mahu jatuh cinta! Itu prinsip Isyatul kerana bukan mudah untuk dia menyerahkan hatinya kepada mana-mana lelaki, lebih-lebih lagi kepada Amrin yang sentiasa mengejarnya tanpa jemu. Entah kenapa prinsip itu terbang dibawa angin lalu apabila hatinya dapat menerima lelaki itu ke dalam hidupnya.

Amrin membawa rombongan merisik. Isyatul dilamar sebagai bukti tahap keseriusan lelaki itu mencintainya. Namun, rombongan merisik pulang dalam kehampaan. Isyatul kecewa. Ada sesuatu rahsia yang cuba disembunyikan oleh ayahnya. Amrin pula merana sehingga membawa diri bertahun-tahun lamanya.

Keliru dengan percintaannya, Isyatul diduga dengan kehadiran Najwan. Sikap dan tutur bicara lelaki itu mencuit jiwanya. Dia ingin bercinta lagi. Namun, sejarah cinta lalu menyekatnya daripada menerima hati lelaki itu. Takut pisang berbuah dua kali. Apatah lagi, rahsia yang disembunyikan oleh ayahnya masih belum terungkai.

bakal terbit mac 2012.
oh yeah~!!! voucher dah ada kat tangan, mau shopping novel habis-habisan.

22.2.12

Novel & Drama: Adam dan Hawa

ini novel dari my fav novelis. novel best!
akan "di drama kan." dgr2 ada 80 episod. ntah betul ke tidak.
ini pulak hero dan heroinnya
aaron aziz lagi? hurmm.. buley la. apesal hero novel nak kena aaron ke? ada lagi yang layak. bukan tak sesuai tapi kalau setiap novel asyik dia je hero, lama2 NYAMPAH gak kan? heh. jangan marah ek peminat aaron.

nadiya nissa. pelakon yang pernah dapat anugerah pelakon pembantu terbaik. filem cun. budak cacat tu. hurm, lakonan dia pun ok. tau dah. ramai tak setuju kan? ramai duk bajet rita rudaini. sama cam saya! lagi suka kalau rita. tapi dah pengarah pilih dia. tak puas hati, ko buat cerita sendiri.

kalau nak ikut rasa tak puas hati, memang semua pembaca novel tak kan puas hati dengan setiap pelakon yang dipilih. imaginasi dari pembacaan kita terlalu tinggi. si penulis novel pulak cipta watak serba sempurna. alahai... susah nak cari yang betul2 sesuai sebab dalam novel watak tu rekaan penulis semata-mata. sedar sikit. so, wahai peminat novel seperti ku, terimalah seadanya.

kalau tak setuju, TAK PAYAH TENGOK! takde sape pun paksa. heh *kejam ayat tu

bukan nak bela sape2 post ni. tapi sakit gak hati kalau baca komen manusia2 tak bertamadun ni di page ADAM DAN HAWA

antara novel2 alaf21 yang akan di jadikan drama astro
~duk tunggu sapelah bertuah jadi fuad~

15.2.12

Bicara Hati

Pinjamkan hatimu
Agar dapat aku tunjukkan cintaku
Moga engkau tahu semua kasihku
Hanya untukmu
Setiap rinduku nyata pada mu

Pinjamkan cintamu
Agar dapat aku selami hatimu
Moga aku tahu ikhlasnya
Kasihmu hanya untukku
Percaya rindumu nyata pada ku

Bicaralah hati tentang kita
Bicaralah hati untuk selamanya
Bicaralah hati dengan rela
Kau lengkapkan hidupku
Sempurnakan cintaku
Biar hati kita jadi satu

Bicaralah hati tentang kita
Bicaralah hati untuk selamanya
Aku akan selalu ada dihati mu
Dan kau untuk aku selamanya..

OST Bicara Hati - Astro Prima, Selasa 9.00 malam

10.2.12

Entry Sebelum Tidur

wah, dah lama saya tak menaip di blog ni. huhu. sibuk dan buat2 sibuk. hehe. result praktikal dah keluar. alhamdulillah. syukur. dah keluar result, hari ni status dah "GRADUATED". so, tunggu masa sesuai nak gi wat clearance. mungkin hujung bulan ni kot. tak pasti lagi.

tak sangka, dah habis belajar. hurm, misi mencari kerja pulak. mula2 nak cari di kelantan dulu. kalau dalam masa setahun saya masih takde kerja yang relevan dengan kelulusan yang saya ada, barulah nak keluar dari kelantan. *point utama: ikut suami. hahaha

itu sahaja untuk kali ini. nite all. muah:)