entry khas kepada bakal-bakal pengantin dari kelantan. ni saya nak share langkah-langkah yang perlu dibuat sebelum nak shake hand tangan tok kadi wokey :)
jom baca sama-sama..
PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN PASANGAN DARI MUKIM/DAERAH/NEGERI YANG SAMA (KELANTAN)
● Dapatkan Borang permohonan kahwin dari Penolong Pendaftar (Imam Mukim berkenaan)
● Isi borang dengan lengkap.
● Lampirkan dokumen yang berkaitan
● Mengemukakan borang yang telah lengkap diisi kepada Penolong Pendaftar Nikah Mukim tujuh hari sebelum akad nikah dilangsungkan untuk pengesahan status dan anak mukim serta kebenaran @kelulusan kahwin.
PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN PASANGAN DARI KARIAH / DAERAH / NEGERI YANG BERLAINAN
● Dapatkan borang permohonan dan Kebenaran Berkahwin dari Pendaftar NCR negerinya
● Serah surat kebenaran dan salinan surat permohonan (jika perlu) kepada Pendaftar / Penolong Pendaftar negeri tempat berkahwin
● Isi borang permohonan berkahwin di tempat / negeri perkahwinan itu hendak dilangsungkan (jika perlu)
LAMPIRKAN DOKUMEN YANG BERKENAAN SAHAJA
● Perakuan daripada Pendaftar NCR negeri yang berkaitan
● Salinan Kad pengenalan pemohon, wali dan saksi / visa yang sah
● Surat pengesahan status bujang / dara dari majikan
● Surat perakuan cerai
● Surat daftar kematian
● Sijil kursus pra perkahwinan
● Surat perakuan memeluk Islam
● Surat kebenaran berkaitan bagi warganegara asing
● Surat akuan Sumpah
● Surat kebenaran daripada imigresen
● Surat kebenaran berkahwin di bawah umur, (lelaki 18 tahun, perempaun 16 tahun)
● Surat kebenaran berkahwin secara poligami
● Surat kebenaran berkahwin bagi janda berhias
sumber: http://www.jaheaik.gov.my/v5/images/download/pdf/bpuk/prosedur-nikah-kelantan.pdf
ok dah.
nak cari pelamin murah? mengikut bajet anda? jom LIKE Facebook Rusma Bridal
No comments:
Post a Comment