28.3.13

Syukur

langkah demi langkah
mencari redha-Mu ya Allah

panjangkanlah perhubungan ini
untuk ia menjadi halal di sisi-Mu

terima kasih, Allah
di atas kebahagiaan ini

28032013 kenangan tercipta :)

24.3.13

Selamat Hari Tua Sahabat!

tersebutlah kisah zaman dahulu kala
1987 - 24 hari bulan tiga
lahirlah seorang puteri
yang tau menangis sepanjang hari
itu cerita 26 tahun dulu
sekarang dia dah besar
dia roomate paling best untuk dibuli
dari zaman matrik hingga uia gombak
tak buli dia hati jadi resah
hebatkan penangan dia?
hari ni hari istimewa dia
iaitu hari peningkatan usia
moga dia semakin matang hendaknya

dia jauh. jauh di oversea. kalau tak pandai berenang, memang tak boleh pergi jumpa dia. tapi takpe, biar tak jumpa asal tak lupa. ye dok? hehe. ni entry khas untuk dia. ada entry khas sebab dia sangat (special)! tak semua kawan2 saya bertuah ada entry special dalam blog ni tau. yang terpilih sahaja. limited edition orang kata. curlast gitu :)
happy 26th birthday kakbun!
p/s: sombong la dia sejak ada abe O_ (isi tempat kosong) ni. woiii mu dapat call free tu, reti2 la call aku. ke dah delete no aku? haha tak elok sombong2 ni. tuhan marah. heee

19.3.13

Terima Kasih POPULAR :)

setelah sekian lama menunggu, akhirnya hadiah dah dapat. yeay!!!
 
1) kad keahlian POPULAR selama setahun. 
2) voucher RM50
3) 4 buah buku:
  • Isteri-isteri & Keluarga NABI SAW - buku ilmiah. boleh saya tambah pengetahuan. 
  • Jangan Bersedih - buku motivasi. macam kena dengan keadaan saya sekarang. banyak sedih la. huhuuu. kat buku tu ada "best seller". moga2 buku ni best.
  • Novel Akukah Puteri Itu? - tak reti nak komen lagi sebab nampak cover macam novel remaja belasan tahun je. tak pasti. tapi asal novel semua ok kan?
  • Penjagaan & Kesihatan BAYI Sejak Lahir Hingga 12 Bulan Pertama - yang ni nak buat amal jariah. boleh sedekah pada adik! kalau dapat buku berkaitan perkahwinan ok kot untuk saya baca. hahaa
apapun, terima kasih banyak2 kepada POPULAR ye. saaaayang ketat2 tau. euwww :)

haaa... ni la peraduan yang susah payah saya join
oklah. setakat ni je. mau tidur. esok den kojer. banyok kijoan nak buat. ni pun baru balik meeting ek. harap maklum. sempat lagi nak update pasal hadiah ni. nak kasi tahu semua reader. hihihiii sedikit riak di situ :)

last: thanks ye encik 9! susah payah teman kita pi amik hadiah. katanya, buku 'jangan bersedih' tu anggaplah hadiah dari dia. puiiii buley gitu?

nite guys. love you more...

16.3.13

3 Cerita

mata masih taknak pejam. jari pulak gatal nak menaip. hurm... nak berhikayat la sikit malam ni. layan~

CERITA 1: hari ni hari paling terkejut! bukan sebab PI Bala meninggal tapi sebab cik tikus yang nyaris-nyaris memusnahkan sebahagian novel-novel kesayangan saya. mujur mama kemas barang pagi tadi dan tengok keadaan kotak ni. kalau tak, nangis tak berlagu la saya.
tikus yang kelaparan sampai kotak pun mau makan


mujur novel selamat. sihat walafiat. so, kena beli plastic box la lepas ni. bukan tak beli, dah ada dah 3. saiz besar 1, saiz kecik 2 tapi masih tak cukup. dul novel-novel tersusun cantik dalam rak buku tapi bila makin banyak, bilik pun sempit jadi kita simpan dalam kotak cantik-cantik. letak kat dapur. tak sangka tikus kat rumah kita ni kebulur sangat.

CERITA 2: semalam blackout dari pukul 11.00pm sampai 6.30am. masa tu tengah syok chat ngan ustazah bun kat fesbuk. tetiba zassss! gelap gelita. makan kami bertemankan cahaya lilin semalaman. haaa tengok ni:
romantik gitu weiii

saya ngan mama tidur kat ruang tamu. sebab dalam bilik banyak nyamuk dan panas. seronok jugak ek camni. pastu bila bangun pagi, terfikir camne la zaman dulu hidup dengan pelita. takde lampu, takde elektrik. susahnya hidup diorang. maka, bersyukurlah dengan kehidupan kita sekarang.

CERITA 3: petang tadi pi tengok kapal terbang ngan aisyah kecik, mama dan bebe. kebetulan masa tu Dato' Najib berangkat pulang setelah lawatan sehari di kelate ni. so budak kecik ni boleh la tengok banyak sikitlah kapal terbang. sian dia. banyak kali dah call tanya bila mama tok, bebe dan kaklong nak datang rumah dia. so, pi ambil bawak jalan-jalan.
budak tak dengar kata. hehe

ok dah. tiga cerita sahaja untuk malam ni. simpan cerita lain untuk entry lain pulak. sebenarnya ada cerita gembira. hurm... mungkin tak lama lagi saya share. kena tunggu masa yang sesuai dulu. doakan yang terbaik untuk saya ye readers tercinta semua. me loves you :)

1.3.13

1/3/13

jumaat, 1.3.13. nice day and nice date :)

takde apa yang special dengan tarikh ni. hari jumaat. tidur dan bangun lambat. seperti biasa, jumaat adalah hari untuk cuci kain baju yang dah seminggu bersemadi dalam bakul. dah kerja kan, busy lah memanjang. HAHA *busy lah sangat!

hari ni hari mengamuk. geram kat someone dan lepas geram melalui sms. haaa... boleh la nak kenal siapa siti aishah yang sebenar. jangan ingat kita diam selama ni, kita tak tahu apa-apa. kita diam, kita tengok, kita nilai, kita fikir. bila nampak dah melampau dan nak pijak kepala, baru kita bersuara. dan bila sekali saya bersuara, boleh tengok la macam mana jadinya. haru jugak kau kan!

hari ni jugak hari tak sihat. nak sihat macam mana kalau hati tak pernah tenang? dalam masa 3 hari, dua kali pergi klinik. alhamdulillah, semoga sakit ini tidak berterusan dan sembuh cepat. muak dah makan ubat antibiotik yang besar dan pahit tu. huwaaaa!!

'Dia Tak Tanya' dah habis baca. sepatutnya jumaat dan sabtu nak baca novel baru order dari Jemari Seni. tapi nasib tak berapa baik, masa posmen datang takde orang kat rumah. sedihnya!! esok kena pi amik sendiri kat pejabat pos.

nak jugak buat review novel ni. sebab lain dari yang lain. tapi kena tunggu mood datang dulu. sekarang mood menghilang. sabar ek :)

baru perasan, lama dah saya tak review novel kat blog ni ya? hurm... ok lah. setakat ni sahaja.

update: KELATE 1-1 PERAK. mujur seri. heheh