31.12.12

Berakhirnya 2012 Dan Azam 2013

berakhir sudah 2012. esok tahun baru 2013. umur jadi 26. ini bermakna, saya berjaya menjadi seorang penganggur terhormat selama setahun. syabas betey! syabas!! hahahaaa selamat tinggal 2012 yang penuh suka dan duka. 

azam 2013: 
1) nak kurangkan merapu di pesbuk! - mahu ganti masa online dengan mengaji quran. tak salah kan ada impian macam ni? moga jadi kenyataan. insya Allah. amin....

2) nak usaha cari kerja dengan bersungguh-sungguh! - wohaaa! lagi azam nak cari kerja tapi tercongok kat rumah tunggu kerja cari kita. pemalas! pemilih kerja! hahaaa

3) nak tutup aurat dengan sempurna! - selama ni memang dah tutup aurat. tapi macam bungkus aurat ketat-ketat. sebenarnya dah berubah dah sikit2 awal muharram hari tu. banyak kali keluar rumah dengan berbaju kurung. cuma tahun depan nak banyakkan lagi. doakan saya k. blink2 :)

4) nak tukar status! - mohon yang berkenaan mengerti. sebab umur 26 bagi lelaki mungkin masih muda tapi saya rasa saya dah tua. hahaaa

gatalnya entry ni. takpe. blog kita, ikut pandai kita la nak merapu apa pun. kita sendiri taip kan. korang baca je. nak komen, silakan. nak baca sahaja pun tak apa. aishah tak kisah :)
kenangan tercipta

26.12.12

Banjir

Tambatan Di Raja, Kelantan

23.12.12

Gelagat Adik Kesayangan

inilah aktiviti mereka bila balik rumah "tok" di kota bharu

akitiviti dalam rumah:
MEMAKSA budak ni menulis. kalau tak menulis takleh main badminton :)

bahagi masa antara membaca, buat latihan matematik dan mengadap laptop dengan game dora.


aktiviti di luar rumah:
tengok air kat tambatan di raja. 

main air. tak banjir lagi. air hujan je

12.12.12

Wordless Wednesday - 12.12.12

“I may not always be with you 
But when we're far apart
Remember you will be with me
Right inside my heart” 

11.12.12

Seperti Dulu

dua tahun berlalu
masih seperti dulu
tiada apa yang berbeza
yang berubah hanya masa

ya...
masa tak kekal di situ
hati dan perasaan mungkinkah masih sama?
berharap. berdoa. agar semuanya masih sama

kita merancang, tapi kita lupa
sebaik perancangan itu datangnya dari Allah

*malam ni ada "sesuatu" yang dia lupa sedangkan "sesuatu" itu adalah kebiasaan baginya. hurmm.... 

wah,ramai yang duk tunggu keputusan Temuduga Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41 ek? mungkin kerajaan nak kasi tau esok kot. sempena tarikh cantik 12.12.12. sabar ye semua. takyah nak berdebar sangat. hehehe

p/s: tahniah kepada sahabat baik saya kakbun sebab lulus temuduga j-qaf :)

9.12.12

Berdebarnya Hati

ya Allah
kuatkan semangatku
tabahkan hatiku
menghadapi apa yang sudah tertulis untukku
sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui
apa yang terbaik untukku... amin...

esok 10.12.12 keputusan temuduga spa. hadoi... berdebar beb! berdebar! debaran kali ni tak macam tunggu keputusan temuduga yang sebelum2 ni. tak tahu kenapa. tapi mungkin sebab ni kali pertama saya tunggu keputusan temuduga untuk jawatan dalam kerajaan kot. jadi aura dia lain.

tipulah kalau saya kata tak berharap. semua orang yang pergi interview dengan harapan dapat kerja. kan? tapi dalam berharap saya sedar persaingan saya banyak. apatah lagi jawatan saya mohon jauh lari dari bidang yang saya belajar masa di universiti. bahkan semasa temuduga ramai calon yang dah ada pengalaman kerja, pengalaman interview s.p.a. saya semuanya pertama kali. jadi, harapan tu taklah terlalu tinggi. 

kalau dapat, alhamdulillah. kalau tak dapat, saya percaya pada rezeki dari Allah. mungkin ada rezeki lain untuk saya. kawan2 yang banyak komen di entry TEMUDUGA PEGAWAI PERHUBUNGAN PERUSAHAAN, nanti share lah ye keputusan korang. awal2 saya nak ucapkan TAHNIAH kepada yang berjaya. sesungguhnya anda amat bertuah :) 

sebelum tu, nak minta korang jenguk jap blog ni terutamanya kepada bakal pengantin dari kota bharu, kelantan. blog ni dalam proses lagi tapi boleh je korang jenguk dulu. rajin2kan diri anda untuk klik blog ni ye. thanks ---> Pengantin JAYA Rusma

2.12.12

Novel Jan 2013 Alaf 21



Tajuk: Dia Tak Tanya!
Penulis: Aleya Aneesa
Harga: RM26.00
Halaman: 672
ISBN: 978-983-124-833-1

ISTILAH sahabat merangkap jiran antara Najid dan Najihah akhirnya tersimpul sebagai suami isteri. Sayangnya, mereka berkahwin atas dasar eksperimen. Kononnya dunia perkahwinan mereka boleh bahagia tanpa cinta! Berjaya, okey. Tak berjaya pun okey.

Orang lain hidup bahagia, tapi rumah tangga mereka huru-hara. Ada saja yang tidak kena. Masalah kecil dibesar-besarkan. Rajuk, marah dan prasangka membakar diri. Sudahnya, mereka tidur asing- asing; seorang ke timur dan seorang lagi ke barat. Najid dan Najihah lupa... dalam sesebuah perkahwinan, tidak ada istilah ‘try and error’. Mereka saling ego, hipokrit dan suka menuding jari. Ada isteri, tapi lagak macam bujang. Ada suami, tapi langkah macam hidup seorang!

“Maaf, sayang. Najid betul-betul minta maaf. Tapi percayalah, Najid sayang sangat kat Jiha.”


Tajuk: Aku Bercerita

Penulis: Ramlee Awang Murshid
Harga: RM25.00
Halaman: 624
ISBN: 978-983-124-836-2

SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writer’s block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat ‘seseorang’ menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya – mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.

Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?

RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...

*mesti beli ni. dua-dua dari my fav novelis...