2.11.12

Novel Disember Alaf 21

Tajuk: Bila Kupetik Gitar 
Penulis: Fahmi Faiz
Harga: RM10.00
Halaman: 120
ISBN: 978-983-124-828-7

Demi mencari jiwa dan inspirasi, seorang ahli muzik muda membuat keputusan drastik untuk berhenti kerja dan menjelajah ke Tanah Besar Asia Tenggara yang merangkumi negara Thailand, Kemboja, Vietnam dan Laos seorang diri. 

Berbekalkan wang tunai sebanyak RM500 sahaja dan beberapa kelengkapan pengembaraan yang asas, Fahmi Faiz nekad untuk menghabiskan misi kembaranya hingga ke garisan penamat meskipun ramai yang mengatakan bahawa misi tersebut mustahil kerana persediaan yang kurang rapi serta sumber kewangan yang begitu terhad. 

Dalam memastikan pengembaraannya berjalan lancar, Fahmi terpaksa mencari jalan untuk mencari wang saku di negara asing serta senti asa memilih alternatif yang paling murah meskipun dihimpit kesusahan dan keti dakselesaan. Namun dalam segala kesulitan yang dihadapi, sentiasa ada kemanisan dalam setiap pengalaman yang dilalui.

Tajuk: Amir Minah Macho
Penulis: Ummu Wafa
Harga: RM19.90
Halaman: 480
ISBN: 978-983-124-825-6

SUATU hari, kereta katak Ariel rosak di tengah jalan. Seorang mekanik datang untuk membantu. Mekanik ni nampak lain daripada yang lain. Bersarung tangan, berkulit cantik dan bertopi baseball. Tiba-tiba Ariel rasa suka pada mekanik ni. Eh, takkan aku boleh suka kaum sejenis pulak?! Mula-mula bertentang mata dengan tuan punya kereta katak ni…

Amir terpegun. Handsome gila! Aduh, boleh angau aku dibuatnya. Alamak, macam mana nak cakap dengan dia ni? Alah… terpaksalah dia berlakon jadi orang bisu.

Sejak itu, Ariel sering berkunjung ke bengkel kereta tempat Amir bekerja. Niatnya ikhlas… dia ingin bersahabat dengan Amir. Dia dapat rasakan Amir ni seorang yang pelik, tapi baik hati. Namun, Amir mula rasa bersalah. Sampai bila dia harus berlagak seperti orang bisu? Sudahlah bahasa isyaratnya main taram saja. Dia cuba nak jauhkan diri, tapi Ariel pula makin hampir. Eeii… mamat ni tak faham ke buat-buat tak faham? Mana boleh mekanik selalu berada di samping CEO? Nanti dipandang serong pula. Ah, lantaklah… ada aku kisah?


Tajuk: Sayang Awak, Sayang...
Penulis: Murni Aqila
Harga: RM26.00
Halaman: 704
ISBN: 978-983-124-826-3 


SUATU tragedi yang menyayat hati terjadi menyebabkan Junaira dan Haziq yatim piatu, lalu tinggal di rumah Datin Ros yang sangat baik. Tetapi Nazif... menyampah sangat dengan mereka berdua. Asyik menjeling sahaja. Suka cari pasal pulak tu! Bagi Junaira, kalau nak lawan api, mestilah dengan air. Sebelum anak Datin Ros itu ‘kenakan’ dia, dia mesti ‘kenakan’ Nazif balik.

Bila Nazif cuba menyakitkan hati Junaira, hatinya sendiri yang sakit. Junaira suka berloyar buruk. Juga suka buat lawak yang entah apa-apa. Tetapi kadang-kadang dia berasa lucu juga. Namun, amanah Datin Ros yang mahu dia mengahwini Junaira, bagai satu malapetaka baginya. “Aku tak faham kenapa aku disuruh kahwin dengan kau. Sebab aku sayangkan mummy, aku terpaksa terima jugak. Hati aku ni sakit setiap kali pandang muka kau tu, sakit sangat. Semuanya disebabkan kau tu...”

Walaupun Junaira tahu kesudahan hubungannya dengan Nazif, cinta untuk lelaki itu kekal tersemat dalam jiwa. Sehinggalah akhirnya, dia tahu kenapa Nazif membencinya.

Tajuk: Asam Pedas Untuk Dia
Penulis: Nureen Mirza
Harga: RM21.00
Halaman: 528
ISBN: 978-983-124-827-0

AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.

Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!

Beli buku dan majalah secara online di http://mall.karangkraf.com/ :)

p/s: kat dalam kepala nak beli Asam Pedas Untuk Dia & Sayang Awak, Sayang...

2 comments:

therosputih said...

singgah sini...

nak ajak join giveaway saya
http://therosputih.blogspot.com/2012/10/special-giveaway-by-therosputih.html

Anonymous said...

Assalamualaikum saudari,

Saya Fahmi, penulis travelog Bila kupetik gitar. Saya ucapkan terima kasih atas kesudian saudari untuk memuatkan naskah penulisan saya di blog saudari. Terima kasih ye.

Fahmi Faiz,
Bila kupetik gitar
(fb)fahmi.faiz85