30.12.11

Selesai Sudah 1 Perkara

dah habis praktikal semalam. alhamdulillah. tapi final report tak siap lagi. presentation ntah ke mana. hurm. biarlah. taknak fikir lagi. nak duduk diam2. nak tenangkan fikiran.

maka dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa:
PC, TELEFON DAN PASSCARD INI BUKAN MILIK SAYA LAGI.

huhu. PC ni lah yang banyak berjasa walaupun masih dengan window-xp, dengan microsoft office 2000, dengan IE version 6. nasib baik budak computer science. bolehlah stakat nak upgrade version IE tu. wakakaka.

telefon hitam tu la yang saya guna untuk hubungi rakan-rakan tersayang andai ada masa terluang. call nat, mila, cikyin, atie, bun, cepah, rumah sendiri. pendek kata banyak guna phone office.

passcard tu lah saya bawak kalau bajet nak bebas keluar masuk main gate TM. tapi tak pakai pun. pegang kat tangan je. takyah nak skema sangatlah kan.

wokey. babai. lain kali cerita panjang k. nak tau? esok nak balik kemaman. hantar paang. sedihnya. takleh g tengok pelancaran jersi red warrior untuk musim depan. hurm..

26.12.11

Minggu Terakhir

ini minggu terakhir saya di CMU, Telekom Kota Bharu. rasa? -macam2 ada

ada rasa suka. ada rasa duka.

suka sebab boleh rileks. boleh baca novel yang tak sempat baca. boleh balut novel.
duka sebab akan berpisah dan akan jauh. jauh dari kawan-kawan universiti dan staff CMU yang saya sayang.

sayang?
ye. sayang. banyak kenangan bersama kalian yang tak mungkin saya lupa. sungguh.

dulu hati saya selalu menafikan kata-kata cikgu bm saya, Pn Rosnani. cikgu cakap "alam universiti lah yang paling indah." saya tak percaya sebab masa di uia, saya rasa zaman persekolahan especially SMK Zainab 2 adalah kenangan terindah buat saya. ini bukan bermakna SMU (A) Maktab Pengajian Islam tu takde kenangan. ada. kawan2 MPI lah sahabat sejati saya. saya tak lupa mereka.

sekarang, terbukti. alam universiti lah yang terindah. kalaulah adik2 yang baca ni tak masuk U lagi, berlajarlah bersungguh-sungguh dik. kita kutip pengalaman di universiti. kita tambah kawan di universiti. ingat pesan kak kebayan ni ye. heh.

sedihnya. lagi 3 hari di CMU.

p/s: JAM, SILA BERHENTI BERPUTAR.

21.12.11

19.12.11

Terima Kasih, Awak

terima kasih, awak
kerana menjaga hati saya

walau peluang di depan mata


terima kasih, awak

kerana tak melukai hati ini
dengan kesilapan sama berulang kali


terima kasih, awak

kerana buat saya rasa bahagia

hanya hati merasa indahnya cinta

hingga tak terungkap dengan kata-kata


terima kasih, awak
untuk dulu, kini dan selamanya

hanya awak di hati saya


forever love, ecah.

-selamat ulang bulan ke-20 encik 9-

18.12.11

Majlis As-Syura TM Kota Bharu

15 disember 2011 = khamis. TM kota bharu yang merangkap tempatku berpraktikal telah mengadakan majlis sambutan as-syura. kat kelantan ni kiranya macam majlis turun temurun la bila tiba bulan muharram. ok readers comel2 hensem2. jom layan gambar pulak

csm: hiris bawang

cmu: hancurkan daging yang berlemak tu.
p/s: abaikan gadis bertudung merah. sebab dia orang csm. hehe

cmu kena goreng bawang dari csm. with my beloved cmu staff kaksah, kaknurul n kakbib

kawah kami paling besar. ada je budak tudung merah ni ek. dah kamera dia, mestilah dia ada.

yang baju purple tu supervisor saya. yang baju hijau tu, sekampung ngan saya abe ji. yang baju merah tu suami saya kakbib. baju putih tu pulak, orang tmpoint.


meriah yang tak berapa nak meriah. tapi tetap indah walaupun hari hujan.

bab pecah telur memang terror saya ni. pakar bebenor wei. jangan jeles.

okey. selama berpraktikal, 15 disember 2011 adalah hari paling lambat saya sampai rumah. tunggu syura ni lah. eh, berbaloi tau. mama dan mami kata sedap. ouh well, tengoklah pulak resepi dan kerjasama siapa kan? haha *berlagak di sini

p/s: pening fikir pasal presentation and final report!

15.12.11

Saya Mahu Novel Ombak Rindu dari Eyriqazz.Com


ada give away novel ombak rindu cover baru dari eyriqazz.com lah. perghh.. kalau bertuah dapatlah novel ombak rindu yang baru ni. yang ada, dah lama. hurm, barang free kan. apa salah cuba nasib. tak kena bayar pun. untung sabut timbul, untuk saya orang tak tahu. heheh

oklah. untuk melengkapkan syarat-syarat dari empunya blog. sila baca ni~

Entri kegemaran saya di Eyriqazz.Com adalah Novel Ombak Rindu Bagaikan Pisang Goreng Panas (http://www.eyriqazz.com/2011/12/novel-ombak-rindu-bagaikan-pisang.html) kerana dari entry ni lah saya tahu akan ada give-away novel ombak rindu dengan cover baru. jadi, dengan segera jadi follower dan join :-)

sekian, terima kasih

14.12.11

Jom Hilangkan Parut

tangan saya yang comey-lotey ni dah tak berapa nak comel sekarang. sebab kena minyak panas. panas ke? panaslah sangat, kan. kalau tak, takkan sampai ada parut hitam ala-ala bontot kuali ni. see?
tangan kiri. harap maklum

nanti bakal kakak ipar atau bakal makcik ipar atau bakal maksu ipar atau siapa je bakal yang mewakili encik 9, erk.... nak sarung cincin tak cantik lah kalau ada parut! grrrr. menci! menci! ----> gedik gitu (nyampah!)

walaupun kes kena minyak panas ni dah lama. sabtu = 10 disember 2011. sekarang baru sibuk nak cari ubat hilangkan parut. sebab? sekarang kesan tu makin hitam. awal-awal dulu tak nampak sangat. ingatkan takde lah teruk mana. so buat-buat cool lah. takmau manja-manja. dah besar dah. nak kahwin dah pun. hehe

so, dengan rajinnya saya ke kian farmasi ditemani oleh encik 9. eh. mestilah dia ikut. kan nak cari ubat untuk kepentingan keluarga dia jugak. supaya tak sakit mata bila sarung cincin nanti. hahaha pehal aku ni gedik semacam untuk entry kali ni?

dah. korang, kalau kena minyak panas boleh cuba ubat ni. saya tak tahu lah berkesan ke tak. baru nak cuba. belum cuba belum tahu. harap-harap terbaik la ubat ni.

thailand mari lor

weh. saya je kecoh ada parut apa semua. encik 9 kena ekzos motor lagi banyak. takde pun beli-beli ubat. guna minyak gamat je. haha tapi kan, ada parut. lol~!

p/s: bukan tak pandai masak, tapi... dah nasib nak kena minyak panas. takdir! faham?

12.12.11

Beli Novel Lagi

disebabkan saya dapat kad diskaun 20% sempena hari lahir saya dari syarikat muda osman, jadi saya pun google2 lah novel apa yang menarik sekarang. hasil pencarian saya jumpa 2 novel ni:
sinopsis: KLIK SINI

sinopsis: KLIK SINI

novel INGAT JANJI KITA memang saya dah nak beli tapi hajatnya nak tunggu PBAKL tahun depan. ishk. tak patut kan? jadi belilah dulu. lagipun dah lama tak beli novel. heh.

pastu novel AKHIRNYA AKU KAHWIN, idea kaksah. kakmin plak sebagai penyokong setia cakap novel dari penulis sama iaitu CINTA TIGA SUKU best. kakmin tu hantu novel CMU TM Kota Bharu tau. pastu saya jugak ambil kira pendapat si bun yang dah baca novel ni.

kesimpulannya, hari ni beli dua novel. yeay!! bertambah-tambahlah koleksi novel yang tak habis dibaca. takpelah. ni dikira sebagai hadiah untuk diri sendiri. kadang-kadang, kena puaskan hati sendiri jugak, kan?

p/s: sebenarnya kan, dah boleh start menabung untuk pesta buku tahun depan. euwww~!

7.12.11

Lunch Date

selera kampung
sayur putih. ayam goreng. ikan keli goreng. kacang botol. timun. budu.

6.12.11

Menyayangimu

Bukan kerana paras dan rupa
Menyayangimu sepenuh hati
Bukan kerana emas permata
Cintaku tulus suci

Bumi yang mana tak ditimpa hujan
Lautan yang mana tak bergelora
Begitu juga dengan kasih kita
Penuh ranjau berduri

Berjanjilah oh kekasih
Hanya aku bertahta dihatimu
Buangkanlah kesangsian
Hulurkanlah seribu kasih sayang

Usah diungkit sejarah dulu
Luka yang pahit biarkan berlalu
Selagi nyawa dikandung badan
Engkau tetap kusayang...

lagu menyayangimu. penyanyi saleem.

kepada awak,
janganlah melampau dalam bergurau.
jangan pergi. jangan tinggalkan saya sendiri.
kerana saya masih perlukan awak hingga saat ini.
untuk selama-lamanya, hanya awak di hati. -i love u, bie-

3.12.11

Nikah Gantung

Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditangguhkan dulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
  • Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
  • Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
  • Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.

Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.

sumber: SINI

p/s: weh. rasa nak nikah gantung la. hahaha

2.12.11

Al-fatihah

my cousin: adik muhamad isma akif

al-fatihah. beliau telah kembali ke rahmatullah bertemu Penciptanya lebih kurang 2.30am tadi. di pagi hari jumaat yang mulia. sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali.

kalau sepanjang masa tengok dia. saya rasa lagi baik dia pergi. bukan benci. bukan bosan. tapi tak sanggup tengok dia menanggung derita. cukuplah deritanya 4 tahun. sejak lahir (30/10/2007) sampai sekarang asyik keluar masuk wad. semangatnya kuat meskipun ada leukimia, buah pinggang. hari ini, segalanya telah berkahir. perginya seorang hamba Allah yang masih belum mengenal erti hidup sepenuhnya.

sesungguhnya takdir Allah itu yang terbaik. kerana Dialah yang Maha Mengetahui segalanya.

1.12.11

Meniti Hari

Merebahkan diri di rimba sepi
Cuba ku lenyapkan keresahan fikiran
Gerhana hariku merantai kalbu
Terlena dan buntu dalam lautan rindu

Terpenjara ku di dalam sendirian
Semakin lama aku merasakan
Begitu membosankan

Oh alangkah damainya
Andai kau tiba
Di saat segalanya
Merah dan membara
Betapa hatiku luka berdarah
Mengharungi pentas hari yang sunyi

Daku bagaikan terjaring dalam sangkar
Meniti hati tanpamu di sisi asingnya ku rasai

Bagini lamunan asmara
Sehari bagaikan setahun lamanya
Terpisah di saat rindu yang membara
Kau jauh dari mata

Peritnya diri ku tak dapat diluah
Bagaikan ku meniti bara yang merah
Tersiksa gelisah mengharap menanti
Hadirlah menerangi kembali

Being with you is completely different.
I can't get enough of seeing you.
When we part, I miss you already.
You're the only one who makes me feel this way, Mr 9

p/s: Sometimes I keep my feelings to myself because its hard for someone else to understand.