26.6.11

Pesta Buku Selangor

ini hasilnya
p/s: nanti saya upload citer pasal ni selepas mendapat keizinan dari pihak berkenaan

21.6.11

Cara Pujuk Pakwe Makwe Yang Merajuk!

LAGU: SENYUM

cute girls: kalau pakwe korang merajuk dan muka dia dah macam jeruk basi, nyanyi part ni:
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

gentleman: kalau mulut awek korang dah sama panjang ngan muncung itik, nyanyi part ni:
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

selamat mencuba! saya kalau dengar lagu senyum, asal part ni je saya terus tergelak... tapi saya tak jamin makwe korang gelak jugak. kalau tips ni tak menjadi, jangan salahkan saya. heheh kitaorang punye relationship senang je. nak merajuk, boleh. tapi dengan syarat: kalau dah ketawa @ gelak, rajuk dikira terbatal serta-merta. merajuk BUKAN bergaduh, ok. bye.
senyum senyum senyum senyum senyum
nak balik kampung, mestilah senyum!
p/s: duk jauh-jauh, tak perlu nak gaduh-gaduh. buang masa je semua tu.

19.6.11

Novel Baru: Bening Merah Jingga

Penulis: Nazurah Aishah
ISBN: 978-967-5118-63-0
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: Diskaun 20% - mulai 27 Jun 2011

Andai benar cinta, cintailah dia dengan hatimu yang tulus
Jika tidak janganlah biarkan dia menantimu dengan sia-sia!

Benarkah Ellina dilahirkan tanpa ayah?

Gadis itu menghadapi pelbagai dugaan dalam hidupnya. Setiap detik nafas cintanya didatangi pelbagai cabaran hanya kerana status dirinya. Ehsanlah sentiasa menyokong dan membelanya tiap kali Ellina dihina dan dicerca.

Jadi dengan siapakah Elly akan bahagia kalau bukan dengan Ehsan, mama?

Tetapi... bagaimana mereka dapat bersama jika ayah Ehsan bukan setakat membencinya, malah memusuhinya terus-menerus. Apakah masih ada ruang dalam hatinya untuk lelaki lain? Wajarkah diberi sedikit hatinya yang sudah terluka itu pada Hannan Fakhri untuk dirawat sampai sembuh atau berikan sahaja pada Shahrul yang sudah berjanji mahu susah senang bersama?

* * * *

Ini kisah Ellina Azura Abdullah; NAZURAH AISHAH telah mencanai hatinya menjadi wanita kental yang istimewa dalam Bening Merah Jingga.

*nak g beli kat pesta buku selangor. harap2 jadi kenyataan;)

17.6.11

Gambaran Hari Kiamat

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.

Gambaran Hari Kiamat:

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: facebook

16.6.11

Nora Elena VS Kasih Yang Suci. Mana Best?

ini luahan dari peminat novel dan drama. post ni takde kaitan ngan luahan @ citarasa @ pendapat dari sape2. ni dari apa yang terlintas di hati, saya taip.

bagi saya, jalan cerita dari novel lagi "meninggalkan kesan" berbanding drama. novel Kasih Yang Suci ni dah lama. zaman saya sekolah lagi. tapi saya tetap ingat 95% dari jalan ceritanya. ini bermakna, novel ni bagus. selalunya macam ni: kalau novel tu best, jalan cerita saya ingat. erk, tapi kalau novel aisya sofea, semua saya ingat wokey!

dua minggu terakhir drama nora elena, jalan ceritanya makin cepat. macam dah tak sabar nak habis. rasanya kalau totally dari novel, 50 episod tak cukup beb! tapi, memang dah namanya "adaptasi dari novel" jadi macam ni la.

ada part "sweet" dari drama yang takde dalam novel. saya suka sangat bila seth bacakan buku ibu mengandung untuk elena. comel,kan? nak macam ni jugak nanti. hehe

kalau nak cakap part novel yang takde dalam drama, memang banyaklah. tengok drama ni, paling saya tunggu saat seth bawa elena jumpa family dia. tapi takde. bagi saya, part tu "sweet". sebab elena terpaksa berlakon nak baik-baik je ngan seth. pastu nak tengok nenek a.k.a po-po yang kaki kecik tu. hehe. comel! nak tau, baca novel.

dari segi pemilihan pelakon, hurm... yvonne memang menjadi. mantap! elena macam ada pelat sikit.tak sesuai sangat. aaron, tak sepenuhnya macam watak seth yang dalam novel. eid ok jugak. amir pun ok. malik dan adila paling best! kelakar + sempoi. [ini pendapat saya, ikut saya la nak kata apa...kan?]

apapun, hari ni dah last episod. tengok jugak sampai habis. memang episod hari ni 90% tak sama macam ending novel walaupun happy ending.

pesanan berat sebelah dari saya:

kepada perempuan2 kat luar sana yang giler nak mati minat seth, tak payah berangan nak dapatkan lelaki macam tu. semua tu lakonan semata-mata. aku berani jamin, si aaron tak layan wife dia camtu kat rumah.

kepada lelaki2 plak, bersabarlah kalau isteri anda "buat perangai" masa pregnant. biasalah tu. pembawakan budak. ingat pesan ayah elena pada seth. kena banyak bersabar. ok?

kesimpulannya:
saya dah tak perlu tercongok lagi depan tv dari pukul 7-8pm setiap isnin-khamis.

markah:
novel 4 bintang, drama 3 bintang.

p/s: bila novel didramakan, saya sebagai peminat setia novel melayu akan cakap: "baca novel lagi best".

link untuk korang download nora elena full episode: KLIK SINI

15.6.11

Oh Supervisorku

Salam,
Dear All,

Please be informed, your Kulliyyah Supervisor for the Industrial Attachment is Assoc. Prof. Dr. Ahmed Abbas Mohamad Hassan (Dr. Mabrouk).

haih...apa ni? supervisor untuk praktikal foreigner? oh please. dr mabrouk? tak kenal. tapi dari sumber2 yang boleh dipercayai, beliau seorang yang sempoi. ok la tu kot. sempoi = ok ke? hurm.. apa2 je lah.

tapi kan, setelah 4 tahun di UIA.. lecturer foreigner lagi "pemurah" dari segi pemarkahan berbanding lecturer melayu. especially sir messikh. my beloved lecturer for final year project (fyp). memang tak banyak masalah buat fyp dengan beliau. result pun ok. alhamdulillah.

kan best kalau dapat sir messikh lagi? hurm.. takpelah. dah bukan jodoh saya dengan beliau untuk praktikal sem depan. ingat lagi ayat ni.. "mila, kesian ko ek? kena balik belajar baca peta lepas ni. turn right, turn left, round about..hahaha" last sem pernah gelakkan mila. sekali saya yang kena balik tengok peta. hahahaa..

kat dalam kepala sekarang.
"sir, from airport... u go straight...straight...straight...straight until u find traffic light that u cannot go straight. then u see kamdar on ur left side. u wait there until i come to pick u up, k..."

~memang pening la kalau dapat student cam aku~

*yang Allah, permudahkanlah urusanku esok. moga semuanya seperti dirancang;)

13.6.11

Awak, Saya & Kenangan

awak, saya...kita
masing2 ada masa silam
ada kisah lalu yang telah jadi sejarah

walau kita tak pernah mengenang
kadang2 ia hadir dalam lipatan kenangan
sekadar muncul agar ia tak terus dilupakan
sekalipun semuanya telah lama berlalu

selagi kisah silam
tak mengganggu kebahagiaan akan datang
biarlah...
jangan terus dibuang kenangan

untuk kehidupan yang akan datang
kita perlu pertahankan apa yang kita ada sekarang
bukan terus memandang kenangan yang jauh kita tinggalkan

walau siapa kita pada masa lalu
terimalah diri kita seadanya pada hari ini
kerana tanpa masa lalu
kita takkan berdiri untuk hari ini

kenangan...
walau pahit untuk dikenang
untuk dibuang terasa sayang

awak dukung saya, jangan undur ke belakang... nanti jatuh sebab tak nampak jalan. jangan pusing ke belakang... kerana yang ada hanya kenangan. terus melangkah ke hadapan, di sana nanti... kita akan temui kebahagiaan:)

11.6.11

Terengganu - Kelantan

okey, kelantan kalah 2-1.
terima kenyataan seadanya.
walau tak puas hati, penat 1 opis duk bersorak untuk kelantan... skali kalah.
takpelah. takde rezeki. cuba lagi musim depan.

TAHNIAH terengganu, negeri kelahiranku....

apepun, the red warriors tetap di hati;)

p/s: hadiah hari agung dari kelantan...

10.6.11

Review: Hati Bergetar Rindu

novel terbaik~! tak tahu nak review macam mana. ini novel ke 5 dhiya zafira, dan bagi saya inilah karya terbaik dari beliau. memang terbaik, sebab tak tahu nak komen apa. tak jumpa apa2 yang tak puas hati dalam novel ni. boleh dikatakan, bila saya pegang novel ni sepanjang malam... saya rasa macam pegang novel ramlee awang musyid versi perempuan.

kalau anda pembaca setia karya dhiya zafira macam saya, rindu anda pada watak2 ciptaan beliau dari novel sebelum ni mungkin terubat kerana mereka semua turut diselitkan dalam novel ni. paling suka bila taufik dan alia bawa sarah pi mekah jugak. dah besar budak tu. dulu masa baca novel pertama beliau, umur sarah 4/5 tahun (xingat sgt sb dah lama). sekarang dah 11 tahun. hehehe nak tahu pasal watak lain, kena beli dan baca lah ye. saya cakap pasal taufik dan alia sebab saya rasa novel dhiya zafira yang pertama the best, tapi nampaknya selepas baca HBR, tempat KDB dah jatuh no 2.

sid:
"ari, jangan putus asa. jangan sesekali putus asa . berusaha dan berjuanglah untuk terus kekal hidup. jangan mengalah. tetapi kalau awak sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa. awak tak keseorangan, ari. kalaupun semua orang yang awak sayang, mengecewakan awak... tapi awak kena ingat satu perkara. awak masih ada TUHAN. awak boleh bergantung harap kepada ALLAH. ALLAH sentiasa ada di sisi kita, sampai bila-bila. kalau awak ingat pada DIA, awak akan rasa lega. awak akan tenang. ari...ingatlah... awak masih ada TUHAN... ingat...awak ada saya.."-pg103

ari:
"balik malaysia nanti, ari nak duduk rumah aje. ari tak nak kerja. ari nak jaga makan pakai abang. nak jaga rumah tangga kita. nak didik anak-anak kita. ari nak jadi isteri dan ibu yang paling baik. ari ada abang." -pg248

baca sinopsis: klik sini