31.3.11

Awak, Maafkan Saya

awak,

saya tak nak awak susah
tapi saya selalu menyusahkan awak

saya tak suka awak mengada-ngada
tapi saya selalu mengada-ngada bila bersama awak

awak tak pernah meminta apa-apa dari saya
tapi saya selalu meminta setiap kali kita jumpa

awak,
saya sayang awak

untuk kali ni
hanya satu pinta saya
saya minta awak maafkan saya
kerana saya lah awak jadi macam ni

walaupun awak cakap
semua ni bukan salah saya
tapi saya tahu semuanya kerana saya
awak cakap begitu supaya saya tak rasa bersalah
terima kasih awak, kerana tak pernah salahkan saya

awak, saya sedih. kenapa awak sayang saya banyak sangat?
awak, saya takut. mungkinkah impian kita jadi kenyataan?

awak,
apa yang saya tahu sekarang
saya tak boleh kehilangan awak
kerana saya perlukan awak lebih dari segalanya...

29.3.11

Ungkapan Kata Bernafas Cinta

Di keheningan malam yang panjang
Mataku matamu bertentangan
Terjalin semangat yang membuka rahsia di jiwa

Dengan getaran rasa kau bisikan
Ungkapan katamu bernafas cinta
Indahnya debaran saat pertama bersua

Tak pernah kuharapkan kau bersumpah setia
Demi kerana alam dan malam telah menjadi saksi kita
Ikrar cinta abadi yang bersemi
Lena dibuai angin malam ini

Kita berdua bertemu rindu bersaksi purnama
Kita bersama saling bercinta sehati dan sejiwa
Kita bersama saling berdoa berkekalan akhirnya

lagu: feeza

bie, i miss 26/3/2011 so much;)

28.3.11

Quartet

Buah tangan SAIDATUL SAFFAA kali ini dengan lembut mahu membawa anda mencari cinta yang hakiki. Mencintai diri untuk mencintai Allah.

Ini kisah sekeping hati yang dicalit empat rona indah
sayangnya dia terlupa yang pelangi itu jalurannya tujuh;
dan salju pula jadi cair dipanah mentari
lalu berguguran dihembus bayu luruh.

Ini kisah sekeping hati yang berkali-kali diuji,
takkan bercahaya pelangi sebelum hujan,
takkan bersinar indah bintang-bintang
tanpa gelap malam.

Mak mahukan menantu seperti Sami Yusuf. Kalau bawa surah panjang dalam solat pun tidak mengapa kerana suaranya sedap. Misa pula lebih tertarik dengan bayangan Yusuf, pun punya suara yang merdu apabila bertakbir. Malangnya ‘Yusuf’ menolak cinta ‘Zulaikha’ walaupun jarinya terluka.

Tapi Misa, jari yang terluka boleh diubat dengan minyak gamat, luka di hati nak ubat dengan apa?

Ini perjalanan Misa mencari cinta. Empat lelaki seperti empat musim juga. Akhirnya Misa pasrah. Untuk mencari cinta antara Adam dan Hawa, dia harus mencintai dirinya sendiri. Dia harus mencintai Allah.

nak baca bab awal novel ni? --> klik sini
blog penulis --> sini

novel ni masuk list WAJIB beli masa pbakl nanti. sebabnya: novel pertama dari beliau memang puas hati beb. kalau nak baca review novel pertama beliau iaitu kemilau mutiara raudhah, sila lah KLIK SINI. kalau belum baca, novel ni sangat bagus. ada pengajaran + unsur islamik. gaya penulisan, mantap. kalau tak percaya, beli. kemudian, baca lah;)

26.3.11

Aku Bukan Pilihanmu

Jutaan hari berlalu sudah
Tak ku sedari begini jadinya
Kisah yang indah berlalu sudah
Cintaku musnah hancur berderai

Betapa dukanya hatiku
Bila cintaku tak ke mana
Hatiku kau guris luka
Ku tabahkan jua hatiku ini

Cintamu yang lalu
Masih ku terasa
Akan diri ini sama bagai dulu
Kenangan bersamamu
Masih ku terasa
Apakan daya aku bukan pilihanmu

Derita yang ku tanggung ini
Jiwaku terus meronta
Tak tertahan pedih hatiku
Hanya doa ku kirimkan untukmu

Lirik Lagu Aku Bukan Pilihanmu - Isma

semalam dengar lagu ni dari drama "CINTA SEORANG ISTERI" tv2. jalan cerita, best. lagu pun best. elok sangatlah ni. sambil melayan sakit hati bila on9 fesbuk pepagi hari. adoiiii. rasa cam nak cekik nain orang!

dah tahu itu yang saya tak suka, tapi itu jugak yang awak buat. ngop ngep!

24.3.11

TM and Dating

hari ni, pergi TM Kota Bharu. hehe. best. semua pekerja kat situ baik2, ramah2, mesra2, dan sewaktu dengannya. tetiba rasa dah tak sabar nak praktikal kat situ. kalau boleh, nak kerja sana terus.

awal pagi dah keluar rumah. kul 11 gitu. awal ker? hurm, tapi suruh bebe hantar depan mcD je. pi cc dulu, print surat n resume semua. dah siap semua, dengan penuh anggun dan bergaya jalan kaki pi TM. huh. berpeluh. tanya kaunter kat mana CSM? skali abang guard cakap, bangunan belakang. kena keluar, pastu masuk pagar lain.

aiyooo. cari bangunan pun dah 15 minit. tanya orang tu, cakap naik level 2 bangunan ni. bila sampai, bangunan ni salah. kena g bangunan tu plak. capek bangat. bila dah betul, orang yang dicari tu pulak takde. huh. tunggu pukul 2.

pi lepak kat cc sementara tunggu 'orang tu' habis kelas. sambil buat2 merajuk sebab orang tu lambat. suruh ponteng kelas, tapi orang tu kata "TAK NAK". alaaa, bukan suruh hisap rokok pun. suruh ponteng kelas pun dia tak nak jugak. takpe lah. nak buat macam mana. dia lebih sayangkan kelas dia dari saya. sedihnya:-(

bila orang tu sampai, ada hati suruh saya turun jumpa dia. weh! kan merajuk. mana leh turun. awak kena naik la. pujuk saya ni hah. wakakakaaa. padan muka. last2 dia naik jugak tempat saya lepak tu. bwek! yeay! balik-balik, makan kat mcD jugak.

hurm. dah la. malas citer panjang2 sebab takde gambar ngan orang tu. jumpa di lain post ya. sabtu ni plak. hehehehe babai. peace! gedik!

Happy Birthday Bun

ini 'post yang dischedulekan'. aku taip semua ni pada hari isnin = 21.3.2011. sebabnya: 24hb aku dah kat kelantan. aku tak bawa balik laptop ye bun. bawa balik BERUKBENGOM je. tapi tak tau lah online ke tak kat rumah. sebab banyak benda lain yang harus diutamakan.

apepun, ni special post untuk mu. hahahaaa..

selamat meniti usia tua, bun. aku harap mu tetap anggap aku sebaya walaupun hakikatnya aku jauh lebih muda dari mu. jangan dipandang pada perbezaan usia antara kita bun. kerana dalam persahabatan, yang penting ialah keikhlasan. bun, anggaplah aku sebaya walaupun aku muda dan mu lebih berusia. aku xkisah (ingat ayat ni bun? yang aku post banyak2 kat chat fb tu). heh. bukti aku taip post ni lama dah. tunggu masa nak publish jer. see? how special you are!

hopefully dila da kasi hadiah yang tak seberapa tu dari aku. hehe. aku wakilkan dia untuk sampaikan pada mu. almaklumlah, hari ni kan aku kat umah. wakakaka.

p/s: jangan bersedih kerana cinta. cinta bukanlah segala-galanya. kau hilang cinta, tapi kau masih ada saudara dan kawan-kawan sekarang. dulu kau tahu, kau dipermainkan. kau tahu, kau kena tipu sebab 2.10.10 kau post pasal menipu dan ditipu kat blog kau. siap ngan hadith lagi. tapi kau sendiri tak nak hentikan semua ni. kau boleh cakap bahagia dulu, kau boleh tipu semua orang. orang boleh tipu kau. tapi kau tak boleh tipu diri sendiri. bahagiakah kau?

bila ditinggalkan, sakit. nak melupakan, payah. senang je nak kenal lelaki ni. kalau dia nak, dia puja, dia sanjung, dia puji. tapi kalau dia tak nak, tak semestinya dia cakap. kalau dia menjauh, kita kena faham2 yang dia dah tak nak kat kita. that's all. so simple.

tapi kan, aku suka kenangan kau ni. jangan terlalu pemurah lain kali ye sahabat! derma kat aku takpe. sebab aku anak yatim. dapat jugak pahala kat kau. hahahaa.. sumpah bukan gelak kat kau sebab akhirnya kau dapat balik hak kau. syabas bun! yeay! hidup bun! (mu layak ganti dr.azizah bun. mu layak jadi wakil pkr)

moga buku tu memberi semangat baru pada mu. muakss!

ni (kek special) aku google untuk kau
mu jangan makan tau. tengok jer kek ni.

21.3.11

Nak Balik

balik kampung. lepas kentut tension. yeeehaaaaaaa. best!

sebenarnya, saya nak balik sebab
  • saya rindu mama saya
  • saya rindu saim baik saya iaitu bebe
  • saya rindu ecah kecik yang comel cam ecah senior
  • nak tengok rupa rumah yang dah macam "kapal pecoh"
di samping itu, cewah! saya juga nak
  • amik jeans hitam yang saya 'tertinggal' kat rumah! nak pakai gi PBAKL nanti
selain itu, ada hajat lain jugak. orang kata, sambil menyelam minum air. bagus gak tu. boleh hilangkan dahaga. hajat lain tu ialah
  • 'jumpa' bucuk saya. kesian kat dia sebab rindukan saya. haahaaa
okey dah. pesanan kepada penaja adik dan sahabat baik:

adik: jangan jeles ya. duk diam2 kat UM tu.

sahabat baik: giliran aku pulak balik ye bun. babai. nanti sampai umah, aku call. untuk besday mu, aku da siap taip dah "post special". tunggu 24hb tepat jam 12, otometik akan ada lah post tu kat blog comel aku ni. hepi besday shida. opsss!

19.3.11

Felda United vs Kelantan (Tiket)

malam ni suku akhir kedua antara felda united dan pasukan kelantan. oh yeah! nak kelantan menang wokey. takmau seri. taknak kalah. nak MENANG jer. faham?

apa2 pun, kita tunggu keputusan malam ni. jom kita layan gambar gelagat penyokong setia The Red Warriors beratur beli tiket sejak pagi tadi. sekarang tak pasti masih ada ke dah habis tiket untuk perlawanan malam ni.
bagus. beratur. ini yang kita nak.

tapi, jadi tak bagus bila macam ni:
sepatutnya tak perlu berebut. kalau beratur elok2 kan lagi cantik. senang. mudah & cepat.

eh-eh. macam kenal la yang dalam kotak kuning tu:
bila di-ZOOM kan
ouh. mat nain. memang kenal lah. hahahaa

nak tengok gambar lagi? like page Lensa MHMN kat facebook. semuanya ada di situ.

thanks banyak2 to markneh for this pic:)

untuk game malam ni: hopefully pengadil tak berat sebelah macam perlawanan pertama hari tu ye! kalau rasa tak mampu berlaku adil, tak payah jadi pengadil. duk umah diam2.

kepada mamat ni: credit pic to wawanfaiz.com
nak mintak kamu masukkan bola ke dalam gol lawan sebanyak 2 kali

Awak Mulakan, Saya Teruskan, Dan Kita Tamatkan

awak yang memulakan, saya akan meneruskan. nanti bila tiba masanya, kita sama2 tamatkan semua ni dengan satu ikatan ♥

sangat comey n sweet ayat ni bagi saya. tetiba terlintas masa taip post kat blog gedik milik kebayan. haihhh... tak tahu kenapa. tetiba malam ni saya rindu setahun yang lalu. tengok status fb saya pada 20 mac 2010.

"semua kawan saya kena jadi kawan awak. ape kes? perlu ke weh???"

masa ni saya dah perasan sesuatu yang tak kena. macam mana kawan2 yang saya list bestfriends kat fb jadi kawan dia jugak? aiyooo.. tak suka! sumpah! mula2 memang tak suka. rasa macam semua dia nak tahu. ouh. please. di mana privacy? ekeke.. gedik! mula2 je tak suka. lama2 bukan setakat suka, tapi siap ada sayang, cinta lagi tau. hahahaaa

mula2 memang tak suka, tapi lama2... tipu lah kalau kata tak suka.
kalau tak suka, takkan saya kasi nombor telefon?
kalau tak suka, takkan saya layan sms dari dia?
kalau tak suka, takkan saya setuju bila dia ajak jumpa?
nak tipu orang lain boleh. tapi tetap tak leh nak tipu diri sendiri. mulut cakap takde apa2, tapi hati dah merasa. so? mengaku je lah.

seorang perempuan takkan mudah memberikan nombor telefon kepada lelaki yang baru dikenali, atau lelaki yang memberi alasan nak menjadi kawan, melainkan lelaki itu telah berjaya mencuit dan menyentuh hati dan perasaannya walaupun sedikit.

sekejap je masa berlalu. lagi sebulan, cukuplah setahun. hurmm.. rindunya pada masa yang dah berlalu... rindu 2tahun 1 bulan akan datang jugak. heee. gedik lagi!
menaritido dulu..nite allmenari

17.3.11

Aiyoo

capek dong! begini rupanya jadi final year student. padahal amik 3 subject je sem ni. gaya penat macam amik 6 subject.

berkampung kat ofis kak limah tiap2 malam. adoiii. kalau tak fyp, buat crypto. kalau tak crypto, buat it islam. cepatlah habis sem ni. seksa dah ni. nak release tension: nak balik gi pesta buku lak ni.

busy bebenor sampai tajuk novel yang nak beli kat pbakl pun, tak sempat nak cari lagi. huh.

tarikh hantar report fyp = final exam cryptography!
okey. gali kubur sendiri awal2. nak matiiii~

14.3.11

Hari BunTak Sedunia

huh. baru sempat nak upload pasal ni bun. sowie ya... busy ber-cityville plak siang tadi. malam pulak berdiscussion. hehehee. discussion lah sangat. okey. serius dah. adalah dengan ini, kami mengisytiharkan 130311 sebagai hari BunTak sedunia. so, bagi meraikan hari BunTak sedunia ni, kami menggunakan gambar kami berdua sebagai profile picture di fesbuk masing-masing untuk tiga hari (mcm tajuk novel ahadiat akashah plak dah). tak percaya? hah. tengok ni.

bun dan tak. kalo nak berkenalan, silalah add ye.
kami berdua masih single mingle. kami tak kawen lagi

apa istimewanya hari Buntak ni? hurm, pada tarikh ni kami kembali seperti sediakala.
hehehe. korang baca petikan ym ni:

puteri_kebayan: bun...mu selesa ke kalau bf kt xselesa ngan sahabat baik kita?
idanirha_87: dok
idanirha_87: aku xselesa tak
idanirha_87: siyes aku oyak ko mu aku xselesa
idanirha_87: masa tu pon aku rasa xselesa tak
puteri_kebayan: kalo mu xselesa, so cara penyelesaian?
idanirha_87: aku clash.
puteri_kebayan: mu xperlu tggalkan bf atau shabat...mu bleh dpt 2-2...tp mu kena mta pjelasan dr 2-2 knapa mereka xleh jd kawan
puteri_kebayan: ak xsuka bila org suh wat pilihan antara sahabat n cinta
puteri_kebayan: knpa kt kna buat pilihan sdgkan kt bhak dpt 2-2
puteri_kebayan: kalo bf kt xleh ngam ngan shbt kt, msti ada smthing wrong...
puteri_kebayan: lain lah kalo bf kita tu ex sahabat kita. tu lain citer...
idanirha_87: tak..
idanirha_87: mu marah aku lagi ko?
puteri_kebayan: dok. aku xmaroh ore eh.kalu aku maroh aku syap tupah doh
puteri_kebayan: dok pon aku serang lama doh mu.
idanirha_87: huhu
idanirha_87: so, maaf ko aku dok ni ?

kesimpulannya, cari punca. bukan buat andaian sendiri sampai seorang sahabat kenyang makan hati. sama-sama makan hati sebenarnya. orait lah tu. makan hati boleh mengelakkan darah rendah. heh. ok. dah maaf dah. kan dah ok masa lunch tadi. kalau aku masih macam dulu, aku akan bataskan diri dari bercerita macam tadi. huh. lega. macam baru lepas bayar hutang juta2 tau sekarang! wakakaka. (kaya lah sgt aku nih)

apa yang pasti, biarkan yang telah berlaku itu berlalu. dan yang penting, kita sama-sama jadikannya panduan untuk kita menghadapi hari mendatang.

bun, kau tau tak. SINGLE itu indah!
"untuk apa berteman, jika tiada kejujuran. untuk apa bercinta, jika bertemankan air mata. untuk apa bersama, jika pengakhirannya kecewa..."

status tak: "ada ketikanya, kita tak mampu meluah rasa apabila berhadapan. namun demi sebuah persahabatan, segalanya perlu dileraikan...."
bun komen: aku like kata2 di atas..semoga persahabatan kita berkekalan :)
amin...[bun+tak]=friendship forever♥

to bun: eh. aku tension lah. rasa nak angkut semua barang pi bilik mu, pastu mu angkut semua barang mu, kita sama-sama angkut barang. aku nak ajak mu teman aku kuar dari uia ni. aku nak pindah u. nak masuk u lain. tapi kena ada mu. jom kita wat u kat tengah2 antara morak n padang bongor. tension giler babi. benci!!!!

12.3.11

Tsunami Di Jepun

"Antara sepuluh tanda kiamat ialah tiga kali gempa bumi; sekali di Timur, sekali di barat dan sekali di semenanjung Arab." - Hadis Riwayat Muslim

tak boleh tidur. saya takut. takut tsunami berlaku kat malaysia. tak nak semua ni berlaku kat malaysia. tengok yang kat jepun pun, dah mengucap panjang.

ya Allah, jauhkanlah negaraku dari segala musibah.

pagi tadi, bila tahu pasal tsunami, terus share link kat fb. selepas 2-3 jam, makin banyak orang post pasal ni. siap ada video lagi. masya Allah. teruk sangat. tak sanggup nak tengok. tetiba fikir: "kalau berlaku kat malaysia, selamatkah aku? andai aku mati, syurgakah tempatku?" sendiri jawab: tak. jauh lagi nak sampai syurga. sekurang-kurangnya bencana ini mengingatkan saya pada kematian, pada syurga, pada neraka. tanya pada diri, nilai dengan hati. rupanya syurga terlalu masih jauh untuk saya.

ya Allah, sesungguhnya aku manusia yang lalai. aku leka dengan permainan duniawi. ya Allah, limpahkan aku dengan hidayah-Mu supaya aku sentiasa berada dalam rahmat-Mu. amin.....

malaysia pun ada amaran berjaga-jaga. jauhkan diri dari pantai. sebentar tadi, tengok fb kak nini kat kelantan, cakap hujan lebat + ribut + guruh. mama pun cakap macam tu kat adik.

pagi tadi, lepas saya dapat tahu ancaman tsunami kat malaysia, orang yang saya call ialah mak. sebab apa? sebab saya takut mak saya pi jalan2 kat pantai bawak adik2. cukuplah saya kehilangan ayah, sekarang saya masih perlukan mak saya. pastu, saya call adik kat UM. dah tahu dia kat UM, nak call jugak. pastu tunggu si bucuk saya call(xleh call sb takut kacau program dia). bila dia call, saya cakap ada tsunami kat jepun. dia cakap jepun jauh. pastu mula lah dia sebut selat melaka, laut cina selatan. huh. bikin hati panas jerk! orang duk runsing kat dia sebab dia duk penang. pulau ok! pulau pinang. jangan kata tsunami 7.2 skala ritcher, 0.2 pun bleh hancus setakat pulau pinang tu. eee. mood: bimbang dan geram.

tengok gambar ni:
sekelip mata semua boleh hancur. takut kan?

KUALA LUMPUR: Wisma Putra meminta rakyat Malaysia mempunyai ahli keluarga di Jepun supaya menghubungi pihaknya bagi memeberikan maklumat mengenai kedudukan mereka di negara matahari terbit yang baru dilanda gempa bumi dan tsunami itu bagi memudahkan sebarang bantuan diberikan. Jurucakapnya berkata, orang ramai boleh menghubungi talian 03-8887 4570, 03-8887 2746, 03-8889 2830, 03-8887 4770, 03-8889 2380, 019278 4566 atau melayari www.kln.gov.my. sumber berita ni: SINI

banyak lagi gambar: kat sini

korang perasan tak bencara besar ni berlaku hari jumaat. mungkinkah petanda kiamat dah dekat? hurmm... apa2 pun, semoga malaysia dijauhkan dari bencana tsunami. amin....

11.3.11

Novel Emma Maizura: Yang Mana Satu

YANG mana satu ni? Ah, sukarnya hendak membuat pilihan. Seronok kalau dapat tahu siapa jodoh hidupnya. Indah masih ingat kata-kata Halid, namun... seriuskah Halid?

“Abang memang ada pasang angan-angan nak masukkan hidup Indah dalam hidup abang. Satukan jiwa Indah dalam jiwa abang.”

Ryian pula sering hadir ketika Indah dalam kegelapan. Taburan budi Ryian menyemarakkan perasaan cintanya. Janji lelaki itu sentiasa mekar membelai jiwanya.

“Abang nak jadi lelaki paling penting dalam hidup Indah. Abang nak jadi payung yang melindungi Indah daripada panas dan hujan.”

Ada apa dengan cinta jika antara dia dan Ryian adalah hubungan terlarang? Indah kecewa dan terluka. Dalam mencari cinta, Zarith pula datang membawa badai asmara yang menyakitkan jiwa. Indah benci dengan sikap Zarith yang mempersendakan maruah dirinya. Semakin dibenci lelaki itu, semakin dekat pula dengan dirinya. Panahan cinta yang mana akan melekat tepat di hati Indah? Cinta Halid, rindu Ryian atau benci Zarith yang menjadi pilihan? Yang pasti, hanya ada satu cinta!

to my bucuk: ni novel baru dari penulis Spanar Rindu Skru tau. erk, saja nak bagitau. kot2 la b nak beli untuk tambahkan koleksi novel yang sedia ada. heh.

10.3.11

Celcom: GPRS, 3G & Internet Setting

okeh. malam ni nak share benda ni je.
sape2 ada masalah "terlari setting" ke, "tertukar" phone lama kepada phone baru ke, guna cara ni je kalau nak set up balik gprs/ 3g/ intenet setting. so, bila dah siap semua ni, apa lagi? leh la antar mms kat pakwe sape2 yang korang rasa nak hantar.

ni untuk celcom je. lain-lain saya tak tahu. sebab saya pelanggan setia celcom;)

9.3.11

Menyampah!

-ini keadaan saya sekarang-

hah. padan muka aku!
pandai sangat cari pasal
berani buat, kena la berani tanggung
hey you, please understand this:
♥ i'm not a princess. but i'll be a queen to him ♥

it's hard to describe about my life,
but one thing that you should know...
"my life, my rules. so please keep your nose, out of my business"

my life is private and confidential.
i don't like to share anything with all.
seriously, i'm really need privacy now.

8.3.11

Bila Kau Kata Kau Sayang

Bila kau kata kau sayang
Terus aku tersenyum
Dan lantas ku menjawab
Aku juga sayang padamu

Bila kau kata kau rindu
Aku pun rindukanmu
Dan lalu kujelaskan
Kita sudah saling
Oh jatuh cinta

Kau hadir saat aku memerlukan
Penawar duka lara
Setelah lama hidupku kesepian
Terbalut lah lukaku dengan harum cintamu
Terima kasih ku ucapkan

Senyumanmu sering ku terbayang
Terlepas rinduku bila dengar suaramu
Terasa bagaikan kau ada di sisi
Di mana saja ku berada

Aku pun berdoa pada Tuhan
Semoga cinta kita berpanjangan selamanya
Berkocak nafas di dada bila terpandangmu
Janganlah engkau pergi dariku
Bila kau kata kau rindu
Aku pun rindukanmu
Bila kau kata kau sayang
Aku juga sayang padamu

okey. lirik lagu ni best. mood: gedik!!

7.3.11

Antara Kau Dan Dia

kalau dulu, aku ada kau
tapi sekarang, aku ada dia

kau dan dia, sama-sama istimewa
kau dan dia, sama-sama buat aku bahagia

aku sayang kau dan dia
aku sayang kalian berdua
tapi rasa sayang aku berbeza

kau cuma kisah silam
kau tetap ada dalam lipatan kenangan
kau hanya muncul dalam ingatan saat aku sendirian

dia kehidupan yang akan datang
dia yang aku perlukan sekarang
dia sentiasa ada dalam hatiku walau berjauhan

antara kau dan dia
aku pilih dia. sebab?
loveaku hanya ada satu cinta, dan cinta itu telah aku serahkan padanyalove

saya rindu diadia tu bie sayanama bie saya mat nainkalau sape2 jumpa dia, pulangkan pada saya ye

4.3.11

Tak Suka!

oh demam
sila pergi jauh dari saya
tak suka! tak suka! tak suka!

tak suka sebab duk sensorang kat sini
kalau kat umah takpe;)
mesti dah suruh bucuk hantar nasi kak wok
hehehe..

~sakit2 pun gedik jugak~
hilang sakit sikit sebab kelate menang malam ni
congrats red warriors
cepat2 dapat jersi

3.3.11

Saman Ekor : Ketahui Hak Anda by Penasihat Undang2 KASE

1. Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

2. Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

3. Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

4. Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

5. Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

6. Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

7. Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

8. Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

9. Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah.

10. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara.

11. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

12. Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

13. Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A.

14. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan.

15. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

16. Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menghalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

sumber: http://www.facebook.com/note.php?note_id=185808764793721&id=303331692311&ref=mf

korang mesti tahu: saya takde saman ekor okai. alhamdulillah.

1.3.11

Trionovel Mac Alaf 21

Harga: RM21.00
Halaman: 528
Penulis: Iris Ixora
ISBN: 978-983-124-671-9

Sinopsis: ANDREA menjadi yatim piatu dek musibah yang tidak terduga. Dia diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga kaya. Dia terpaksa akur pada nasib yang menimpanya. Berbekalkan semangat yang kental, dia berjaya ke Dublin untuk mengejar cita-citanya sebagai doktor. Namun dalam mengejar cita-cita, dia dikejar oleh cinta yang tidak diundang. Ketika berada di persimpangan antara cita-cita dan cinta, dia terpaksa memilih cinta. Andi amat mencintainya. Tepatkah pilihannya itu sedangkan Ricky sentiasa menggamit memori lama?

Ricky nekad untuk menjejaki Andrea kerana amat merindui gadis itu. Namun usahanya sia-sia. Dia pulang dalam kehampaan. Malang sekali, kepulangannya menjadikan dia lelaki tempang dan menderita sakit mental. Kenapakah begitu berat hukuman yang diterimanya hanya kerana menyimpan cinta terhadap Andrea?

Yuli pula menyimpan perasaan benci dan cemburu terhadap Andrea semenjak gadis itu dipelihara oleh papanya. Dia menuntut Andrea ganti rugi segala perbelanjaan yang dikeluarkan bagi membiayai pengajiannya dan juga atas kematian papanya. Ganti rugi itu adalah anak perempuan dan suami Andrea.

Sanggupkah Andrea melepaskan suaminya,
Andi yang juga bekas kekasih Yuli dan anak mereka?
...........

Harga: RM19.90
Halaman: 496
Penulis: Elin Nadia
ISBN: 978-983-124-617-7

Sinopsis: Amy atau Nur Amelia Sherina bagaikan layang-layang yang terputus tali apabila ayahnya dibunuh dan rumahnya dibakar. Ibunya yang terpisah sejak kecil pula tidak ditemui. Mujur ada sahabat yang baik hati. Hani dan abangnya, Arif mengajak Amy tinggal bersama di rumah keluarga mereka.

Namun ibu Hani, Datin Mastura tidak boleh menerima ke¬ha¬diran Amy. Amy menjadi kuli tidak bergaji di rumah itu. Malah, dia dicemuh adik-beradik Hani dan Arif yang lain. Arif yang sepatutnya berkahwin dengan Shafiza melamar Amy sebagai isteri apabila Shafiza membatalkan perkahwinan mereka.
Amy menerima Arif kerana lelaki itu bersungguh-sungguh mahu melindunginya daripada berterusan dibuli.

Perkahwinan yang dibina sentiasa dipukul ombak. Datin Mastura dan Shafiza tidak puas-puas mahu melihat Arif dan Amy menderita dan berpisah. Amy yang sarat mengandung keguguran akibat perbuatan ibu mertua sendiri. Air mata sentiasa menemaninya sepanjang masa. Entah bila deritanya akan berakhir.
Doanya moga ada sinar kasih yang mencelah walau sedikit. Dia benar-benar ingin menikmati erti bahagia.
..............

lagi satu novel dari Dhiya Zafira. tajuk Hati Bergetar Rindu. baca sinopsis: klik---> SINI

~novel ni pun nak masuk list utk PBAKL 2011.

Menunggu Hujan

Kata dia, “Tak boleh ke panggil Lis? Sedap apa nama tu.”

Jawabnya pula, “Tak boleh. Tak suka. Macam ‘list’ barang apabila awak panggil saya Lis.”

Jawab dia kembali, “Saya panggil awak ‘dear’ atau sayang boleh tak?”

Dia tak mahu layan. Hatinya sudah ada irama yang sedang bergetar. Mana boleh ditunjukkan di hadapannya. Rahsia hati mesti di simpan diam-diam.

Itu cerita silamnya. Cerita sekarang sudah berbeza.

Jauh merentasi benua, masalah tidak juga selesai. Lama dia menyepi, rindu itu tidak juga padam. Diam dia tidak memanggil namanya, rasa itu tetap terpahat di situ. Semua itu tidak pernah pergi jauh darinya

Dunia bagaikan terhenti berputar apabila dua jiwa yang terpisah bertemu kembali dalam satu rasa yang sama. Rupanya... rasa yang dia cuba nafikan itu masih ada dan tidak pernah padam. Dia sudah letih untuk berlari.

Satu hari si dia datang padanya dan kata si dia pada saat itu, berilah rasa itu kepadanya biar semua kesakitan hilang. Bolehkah begitu?

* * *

ADILEAH menulis lagi. Cerita Menunggu Hujan menyerlahkan lagi kematangan ADILEAH dalam mengatur rasa seorang wanita. Bacalah untuk faham hati perempuan bukan dibina daripada pualam.

-----------------------------------------------------------

ISBN: 978-967-5118-56-2

Harga: RM19.00 (Sem. M'sia)/RM22.00 (Sabah/Sarawak)

Pesanan online mulai 14 Mac 2011 ---> www.jemariseni.com


ini novel baru dari penulis Pada Angin Aku Berpesan(PAAB). novel PAAB best sangat! saya dah jatuh hati ngan novel pertama beliau, maka dengan ini... novel Adileah dah jadi novel kategori WAJIB beli. orait. cover ni pun cantik beb. perlu masuk dalam list untuk PBAKL 2011. heh

Adileah. sayer. Nor Azzahra
(nak jugak tunjuk gambar!)

baca kisah PBALK 2010 kat sini---> KLIK-KLIK dan KLIK-KLIK

tambahan: oh no! jersi TRW masih tak dapat lagi. serius hampa! bwek~