26.2.11

Oit. Kau Tahu Tak?

kau tahu tak?
laptop aku punya bateri dah lama rosak.
aku tahu kau tak tahu.

kau tahu tak?
kalau laptop aku tak pasang bateri maknanya aku guna benda ni.
aku tahu kau tak tahu.

kau tahu tak?
kalau aku guna benda ni, maknanya suis kena on.
aku tahu kau tak tahu.

kau tahu tak?
kalau kau off kan, laptop aku automatik jadi hitam screen.
aku tahu kau tak tahu.

kau tahu tak?
kalau dah screen jadi hitam, maknanya laptop aku pun turut off.
aku tahu kau tak tahu.

kau tahu tak?
aku ngah syiok online masa tu?
aku tahu kau tak tahu.

ni aku nak bagitahu apa yang kau perlu tahu.

lain kali, tengok leklok. dah kalau buat salah, mintak maaf sekali sudah la. aku dah ok. yang kau beria-ria nak minta maaf banyak sangat ni apa kes? ingat ni hari raya ke nak bermaaf-maafan? kang tak pasal2 aku dah tunjuk muka 11sen. bongok! tak suka lah.

benci. benci. benci. tolonglah paham!!!

25.2.11

Gol Penyeri

celah mana tajuk post kali ni. penyeri apekehal? dop pasal2 kedah seri ngan kelantan malam ni. takpe2. yang penting takde sape kalah, takde sape menang.

-jom layan gol penyeri dari Norsharul -

ok bucuk. tau dah. tak dapat novel. k. bye-bye. i love u~

24.2.11

Review- Tanpamu Aku Rindu

ini novel air mata. baca tak sampai separuh, dah terasa dalam mata ada air. kalau nak cari novel yang banyak pengajaran, boleh la baca novel ni. serius sedih. kisah seorang anak yang buat perangai, sehingga emaknya selalu menitiskan air mata. novel ni lebih kepada tema kekeluargaan, pengorbanan, dan kasih sayang sesama insan. bukan kisah cinta semata-mata

ini kisah zuyyin. zuyyin ni nama perempuan tau. mula2 baca, saya ingatkan zuyyin ni lelaki. hehehe. sangat tersentuh bila zuyyin tak ada di hari pengkebumian ibunya. bercuti tak ingat dunia ngan kengkawan. pastu konon nak buat mak ayah risaukan dia sampai off hp. sekali dia yang menyesal tak sudah.

kesimpulan: hargailah orang tua anda selagi mereka ada. bahagiakan mereka supaya kita tidak menyesal bila mereka dah tiada di dunia. dan, pilihlah kawan yang sebenar-benar kawan. sentiasa ada di saat kita suka mahupun duka.

ni ayat yang saya suka dalam novel ni:
  • aku sudah berjanji akan membahagiakannya, tapi kenapa bahagia yang aku janjikan bagai tercicir di jalanan?
  • kenapa niat baik selalu disalah ertikan?
  • kalaulah zuyyin tahu dia menitiskan air mata bila zuyyin mengatakan mahu pergi beberapa hari lalu, mungkin gadis itu tidak akan tergamak mengutarakan pertanyaan seperti itu. malu! ya, memang memalukan bila air matanya gugur hanya disebabkan seorang perempuan. tapi, seorang perempuan itu bukan perempuan biasa, sebaliknya perempuan yang telah mencuri hatinya, perempuan yang sudah diukir di hatinya
~ni novel kedua yang berjaya membuatkan mataku banjir. novel pertama "lily buat najah". thanks ya bie~

23.2.11

Berbaloi-baloi

wah. bestlah hari ni. berbaloi jalan cepat2 lepas habis kelas sebab takut tak sempat. skali sampai ofis 4.55pm. lagi 5 minit nak tutup. selamat.. dapat juga akhirnya...

ada pos laju dan pos ekspres

ni yang ada dalam pos laju
ishk! ada ke patut kasi jugak plastik yang selayaknya masuk tong sampah? siap ngan resit lagi, sebagai bukti dia beli awal sebelum naik KL. tak tipu ek b? elelee.. ayang caye lah.

ini yang ada dalam pos ekspres
ni namanya penanda buku. comey kan? takde orang kasi. saya beli sendiri. yang kuning tu untuk bie saya, yang merah tu untuk buah hati no 2: my sis. (upah sb slalu jd mgsa luahan perasaan tiap kali gado2 ngan a.lom)

-jarak dan waktu tak mungkin jadi pemisah-
nak guna dulu la penanda ni. dah habis baca novel ni baru nak pos kat bie

sepatutnya novel ni dah lama ada kat tangan. memang kategori WAJIB BELI kalau novel aleya aneesa. nak tau kenapa novel ni lambat? sebabnya: ari tu dah nak beli, tapi si bucuk ni tetiba bajet tau semua. "eh ayang, ayang dah beli la novel ni. ayang dah ada dah..kan ari tu dah beli? bie rasa ayang dah ada novel ni..." aik? garu kepala. saya dah ada novel ni ek? tapi tak ingat. so, pilih novel Lafazkan Kalimah Cintamu dari Siti Rosmizah. dah balik umah, cari novel ni. pehal? memanglah takde novel ni kat rumah!!! sebab tak beli lagi. memandai je dia cakap dia rasa dah ada. eeeee~!! memanglah ada. ada yang nak ketuk kepala cubit pipi tuh.

bucuk mengada. nak suruh orang pos kad untuk dia. bwek!!! malas. malas. malas. malas. dan malas. nak kad, meh la amik kat sini. wakakaaa~

Impikan Mentari + Dia & Dia

Pernahkah anda mengalami rasa sedih seperti Izzati? Saat hati dilambung rasa bahagia melalui hari-hari indah, tiba-tiba Izzati ‘dihidangkan’ dengan babak bakal suaminya bermukah dengan adiknya sendiri?

Tunang yang amat dicintai dan mengakui amat mencintainya, telah membelah hatinya... nipis-nipis; berdarah parah, tidak mungkin sembuh. Lalu bagaimana kalau anda sendiri mengalami keadaan itu. Sedalam manakah luka anda? Masih percayakah anda pada insan bernama lelaki?

Izzati juga seperti anda, hilang keyakinan diri untuk jatuh cinta dan bercinta lagi.

Namun hatinya yang beku, cair jua dengan gigihnya Ikhman mengetuk hatinya. Hatinya yang berbunga kembali mekar di jenjang pelamin bersama Ikhman. Namun takdir rupa-rupanya masih mahu mengujinya. Ketika bunga-bunga bahagia kembali mewangi, dia disahkan menghidap sakit di ambang maut. Kuatkah dia untuk bergelut melawan sel-sel darah putih yang rakus menelan darah merahnya dan berjuang untuk terus hidup bahagia bersama suami tersayang?

SHAHZY HANA menulis tentang luka, cinta dan kuatnya hati seorang perempuan. Mampukah anda jadi setabah Izzati yang tak pernah jemu-jemu untuk Impikan Mentari?
_______________________________

“Dia hadir dalam hidupku untuk menyembuhkan rawan yang bersarang di dada. Sedangkan dia yang pernah hidup dalam hatiku ini terpaksa mengusung dukanya sendirian. Kejamkah aku pada dia andainya aku tidak mampu mencintai dia sepertimana aku mencintai dia yang seorang lagi?”

Cinta dan kasih yang saling menagih; yang mana satu pilihan Arissa?

Mahupun Irfan biarpun Fazril; dia dan dia sering sahaja membuat hati gadisnya keliru. Telah pun Arissa cuba melarikan hatinya ini jauh-jauh, dayanya entah hilang di mana? Apa yang tidak kena dengan hatinya yang sekeping ini?

Dia memang lelaki penyayang. Namun selembut mana pun dia cuba mengubati hati Arissa yang luka, mana mungkin Arissa melupakan cinta pertamanya. Apatah lagi pada saat Arissa hampir menggapai bahagia, ujian pula datang bertimpa-timpa!

Antara memori dan harapan, yang mana satu jadi pilihan? Antara dikasihi dan mencintai, yang mana satu harus dicari?

Nukilan pertama BUNICK FIRDAUS ini cuba menyelami bilau hati seorang wanita pada dia yang mahu berkongsi hati dengannya. Bukankah ‘keliru’ itu maknanya hati sudah tersentuh? Biarlah Dia & Dia menjelaskan semuanya!

21.2.11

Perlu Ke Menjahit Bantal Bucuk Sebelum Tidur??

tengok ni hah
macam bongok! kalau koyak mesti kena jahit.

jahit? oh yeah!! terbaik lah. pegang jarum malam2 buta. masa ni tak pikir dah pantang larang. kat dalam kepala, cuma nak bantal ni sempurna. dah tergolek atas katil, bila dah keluar sebahagian isi dari dalam sarung tu... baru nak sedar.

"lor..bantal aku koyak ke? bila lagi koyak ni eh?" -tapi takde sape jawab pun. sendiri tanya, sendiri jawab. "lama sangat dah aku tak manja2 ngan kau. sibuk ber-FYP. bila masuk bilik, asal ada bantal terus tidur. bila bangun, tak sempat nak peluk2 kau. kena bersiap cepat2 dan turun makan, pastu lepak kat ofis halimah ngadap FYP lagi. malam ni baru ada masa nak manja2 ngan katil, ngan tilam, ngan bantal, ngan selimut. kesian kau, dah berapa hari kau cacat ni ek..."

huh! sabor je lah. dah la tangan jenis tak ada seni. jahitan dah macam ular kena palu. bengkang-bengkok tunggang-langgang semua. tapi takpe. bukan nak masuk pertandingan menjahit pun kan? tujuan utama jahit ni: supaya tak nampak dan tak bertaburan isi kat dalam tu. heh.

inilah hasilnya kawan-kawan
kira ok lah ni, kan?

saya tak reti sangat menjahit. tapi saya pandai sangat memasak. erk, nak pikat hati suami bukan nak kena pandai jahit baju ke, design baju ke, asalkan pandai basuh baju guna mesin basuh dan iron baju je, kan? toink2. gediks suda~

pesanan kepada bakal suami: u kalau nak kawen ngan i, u kena terima bantal comel i ni. kalau u tak nak terima dia, i tak nak kawen ngan u tau. tapi kalau u tetap taknak kawen ngan i sebab bantal comel i ni, u lah manusia paling rugi. sebab i pasti dah takde pompuan kat dunia ni sayang u sama macam i sayang u tau. banyak sangat hehee
(bakpe la aku gedik pelik malam ni?).

ni lah kesan sampingan bila hari ni cakap tepon tak sampai sejam ngan si bucuk saya tu:-( dia sakit. suara dah ala2 ramli sarip. pastu dia nak kena study sebab esok ada test. get well soon and good luck cayang.

dah. habis sesi merepek merapu kali ni. mau tidur. nite readers. love u all~

19.2.11

O Yeay!! Kelantan Terus Maju

4 point je untuk kali:
  • debor pelik aku tengok bola malam nih~
  • mujur bola t team g kot atah! timo kasih ko puok dio.
  • oyeay!!! KELATE menang penalti. yeeehaaaaa!!!!!!!
  • sape2 ada boypren KAKI BOLA yg over fanatik pada red warrior, baik xpayah kol boypren anda malam ni. sebabnya anda hanya akan mendengar dia bercakap pasal bola jer!!!
okeh. menang penalti 6-5. terbaik lah. congrats to my bucuk punye team. kelantan pun team pilihan saya gak tau.

dah 10 bulan dah saya ngan si dia. tapi malam ni dia cakap tak romantik! banyak cakap pasal bola. norsharul berdebar masa ambil penalti la, pasal pengadil la, norsharul saja nak kasi t-team main penalti la, apex main tak bersemangat la... semua pasal bola. buwekkk!!!!

wa akhirul kalam: kelantan mara ke pusingan seterusnya. titik.

18.2.11

Kelantan Atau T-Team?

nak pasukan mana menang malam ni? huwaaaaa. dalam dilema. nak sokong kelantan ke terengganu?

kelantan: tanah tempatku membesar dan belajar segalanya

terengganu: tanah tumpahnya darahku dan mula melihat dunia

kelantan ke t-team?

okaih. nak sorak je mana2 yang masuk gol. sebab 2-2 pasukan saya. takde pilih kasih di sini.

kalau tengok team kelantan main kan, saya fokus kat dia ni:

dia xtinggi. pastu macam gemuk sikit. ala2 my bucuk gitu bila tengok dia atas padang

ini yang penyokong selalu sebut 3 abdul. tak tahu kenapa. tak patut tau! saya minat gak farhan ngan indra tu;)

ini plak apek. kalau xkenal memang korang buta bola lah.

dah. mau fokus. jom tengok bola kawan2. majulah sukan untuk malaysia~

p/s: alaaa... kelantan pakai merah malam ni. cepatlah dapat jersi yg dah tempah tu weh! nak tengok bucuk pakai. aiyoooo~

17.2.11

Novel Baru Dhiya Zafira


BAKAL TERBIT MAC INI - HATI BERGETAR RINDU...NANTIKAN DI PASARAN

Hidup itu adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka janganlah ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yang sia-sia. Tetaplah tegar meski yang lain berguguran. Tetaplah tersenyum meskipun perjuangan ini terasa pahit dan berliku.Kerana DIA tidak akan mensia-siakan perjuangan kita.

Ari ~ Bersamamu aku memahami makna bahagia. Tetapi mengenalimu juga membawa aku ke lembah derita. Sesungguhnya tiada insan yang mahu dikhianati. Lebih-lebih lagi oleh insan yang paling dipercayai.

Sid ~ Segala jerih perih yang kita lalui, semoga ada senyum di esok hari…percayalah...kita semua hanya mahu bahagia. Percayalah bahawa...kebenaran hanya mampu dilihat oleh mata hati Dan Ari, yakinlah bahawa...ALLAH sudah memilih yang terbaik buat kita.

Ini kisah mereka yang mencari kebahagiaan. Kisah mereka yang terbeban dengan dosa silam. Kisah mereka yang mencari keampunan. Kisah mereka yang mahu mencari jalan pulang. Kisah mereka yang harus mengerti dan memahami apa ertinya makna sebuah perjuangan.

ni novel terbaru dari beliau selepas Jauh Kau Pergi

16.2.11

Bestkan?

best kan?
kalau kita ada masalah
ada orang yang sedia mendengar apa yang kita alami.
-sekurang-kurangnya kita tahu yang kita tak keseorangan-

best kan?
kalau kita menangis
ada orang yang sudi menyapu air mata di pipi.
-sekurang-kurangnnya kita tahu ada yang sayangkan kita-

paling best
kalau kita boleh pinjam bahu dia
untuk kita bersandar saat kita benar-benar lemah.
-sekurang-kurangnya kita boleh ambil sedikit semangat dari dia-

aku tak mampu membenci sekalipun aku disakiti. aku tak minta dilepaskan, cukuplah sekadar memberikan aku sedikit ruang. berikan aku waktu untuk menyambungnya kembali setelah aku bersedia, supaya aku mampu menjadi seperti yang kau mahukan

.aku masih ada Dia Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Mendengar segalah rintihan dari hamba-Nya.

15.2.11

Biodata Kekasih Kita

- Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
- Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenalisebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Ka'abah)
- Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
- Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
- Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
- Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hambaperempuan bapa Rasulullah SAW)
- Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
- Peristiwa pembelahan dada
Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua
malaikat untuk mengeluarkan bahagian
syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
- Ibunya Aminah
binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa'
(sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
- Baginda dipelihara oleh Ummu
Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
- Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
- Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12tahun).
- Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusanperniagaan.
- Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masaitu.

USIA 20 TAHUN
- Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada
ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari danberperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
- Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah..

USIA 25TAHUN
- Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan
Khadijahbinti Khuwailid Al-Asadiyah.
- Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
- Baginda SAW bersama-sama Abu Talib
dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
- Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
- Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
- Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan pendudukMekah.
- Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan
berhubung perletakanbatu tersebut.

USIA 40 TAHUN
- Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasulakhir zaman.

USIA 53 TAHUN
- Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina AbuBakar Al-Siddiq.
- Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
- Kewafatan Rasulullah
SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
- Khadijah Binti Khuwailid
- Saudah Binti Zam'ah
- 'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
- Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
- Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
- Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
- Zainab Binti Jahsy
- Maimunah Binti Harith
- Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
- Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin
Zurarah al-Tamimi (anak kepada SaidatinaKhadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

SAUDARA SUSUAN

1.. Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul 'Uzza
3.. Syaima' binti Harith bin Abdul 'Uzza
4. 'Aisyah binti Harith bin abdul 'Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK
KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-'Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya 'Abdul 'Uzza)
8.. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.. 'Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-'Awwam) *** *** Sempat masuk Islam.
## Ulama' berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

Salam Maulidur Rasul kepada semua.

14.2.11

Erti Cinta

-contest lagi-

nak tau lanjut pasal contest ni: KLIK SINI

ini tweetnya:
ayat cilok:-
Important thing to note : contest ni bukan sempena Hari Kekasih a.k.a Valentine's Day. Qarl saja pilih theme 'Cinta' tu sbb hadiah2 tu related sgt dgn cinta. Talking about Valentine's Day, as Muslims kita ditegah dari celebrate ye peeps. Dalam khutbah Jumaat kat Masjid Jeram td pun ckp psl isu ni. So, lets remind ourselves and others. InshaAllah.

paham leklok ye. xde kaitan ngan valentine. titik.

Ku Pujuk Hati

bukan sekadar satu ungkapan
akan ku buktikan keikhlasan
bersamamu hingga ke akhirnya
bahgia digambar selamanya
moga segala impian indah yang terlaksana

mewangi mekar indah di taman
tidak siapa selain aku
melafazkan kata-kata rindu
istimewa dariku untukmu
dan tersimpan kan terpendam di tiap sudut hatiku

manis senyuman lahirkan rindu
agungnya kasihmu
meronta jiwa ku ingin selalu
mendakap cintamu

hadirlah kekasih
usah biarkan merintih
biar disaksikan diperhatikan oleh
semesta alam yang dicipta-Nya..

ku pujuk hati supaya mengerti
bersabar menanti, meniti pelangi
berdua kita mengiring warnanya
satu per satu ku kutip
warna merah hingga jingga
lambang setianya cintaku.....

lagu: zamani
love .::i love u, bie::.love

12.2.11

Adik Tersayang VS Boyfriend Tercinta


kisah 1:-bersama adik tersayang di masjid jamek-
saya singgah kat kedai jual novel 2nd hand. tapi novel2 masih baru. adik terus jalan. dia masuk kedai jual beg. so, pilih sendiri nak novel ape. dah keluar, simpan novel dalam beg. hajatnya taknak gitau adik yang saya beli novel. kot lah dia tak ingat nak tanya. tapi dia tanya jugak.
adik: beli x novel tadi?
aku: ouh. beli. murah je pun. rm10.
adik: aku rasa nak sewa la satu kedai kat sini, nak jual novel2 mu. mesti laku.
aku: ????
(senget ke apa adik aku ni? nak jual novel aku?)

kisah 2:-perbualan telefon dengan yang tercinta-
aku: cuba teka ayang beli apa tadi?
dia: baju?
aku: salah
dia: seluar?
aku: salah
dia: bla...bla...bla...
aku: salah....salah...salah
dia: malas dah. cakaplah beli apa.
aku: beli novel la. 2nd hand punye. baru jugak la. murah je. rm10
dia: ouh. ada jual novel 2nd hand ek?
aku: ada la. tapi semalam lagi banyak...
dia: boleh la jual novel ayang. mesti laku. jual 100 novel, dah boleh rm1000. kalau biar novel camtu, lama2 rosak. rugi je.
aku: ????
(senget ke apa pakwe aku ni? nak jual novel aku jugak?)

-------------------------------------------------------------------

*garu kepala bukan sebab kutu dah beranak pinak. tapi berfikir*
-dah nak dekat setahun perhubungan saya dan si dia. baru sekarang, saya tersedar akan satu persamaan yang dimiliki oleh si dia dan adik saya.

kesimpulannya:
fikir !~mereka berdua ngopngep sebab nak jual novel2 saya~! siul

ini hakikat sebenar. tiada yang benar melainkan benar belaka.

my sis: jeles sebab kakaknya sanggup sediakan peruntukan istimewa untuk novel setiap bulan sedangkan nak belanja dia sebulan sekali pun susah! heh.

my boypren: jeles sebab si buah hati kalau dah ngadap novel, sunyi sepi lah henset beliau kerana tiada sebarang call atau sms untuknya! heh.
gilecelebrategelakguling

Apabila Rakyat Berkuasa

kebangkitan rakyat mesir

mungkin masa ni doa mereka dimakbulkan Allah.

dan hasilnya hari ini:
babai pakcik hosni mubarak~


korang bleh tgk video PENGUMUMAN HOSNI MUBARAK BERUNDUR:
klik sini(fb) atau sini(blog)

dengan pengumuman ini,

Moga tertebus kepedihan yang ditanggung oleh rakyat yang diseksa.
Moga terubat tahanan-tahanan pendapat (prisoners of opinion) di penjara Mesir.
Moga sembuh al-Azhar daripada campur tangan regim.
Moga terbuka jalan pulang Sheikh Yusuf al-Qaradhawi ke bumi Kinanah.
Moga terawat kerinduan Sheikh Kamal Helbawi yang lama berkelana di bumi Eropah.
Moga sirna kepungan derita umat di Gaza dan Palestin.
Moga bermakna 12 Februari 2011 pada mengenang terbunuhnya pengasas al-Ikhwan al-Muslimin, Hassan al-Banna pada 12 Februari 1949.
(ayat di atas dipinjam dari: sini)

Segalanya, ameen untuk semua itu! aminnn... terima kasih ya Allah kerana memakbulkan doa hamba2-Mu selama ini. sesungguhnya kau Maha Mendengar dan Maha Mengasihani....

saya pernah tengok video luahan perasaan seorang anak muda mesir, menurut beliau: sepatutnya protes ini dilakukan lama dulu, iaitu di zaman ayahnya. namun, ketika itu tiada siapa yang bangkit menentang. dan sekarang, dia turut serta dalam protes ni kerana dia taknak anak2nya terus hidup dalam kepimpinan yang tidak telus ini.

malaysia bila lagi? oh no! malaysia tak kan jadi macam ni. sebab? nak tau?

sebabnya:
majoriti penduduk malaysia kaum melayu. melayu pengecut! islam hanya pada nama. melayu di malaysia mudah dibeli. melayu malaysia cepat kelabu mata kalau tengok duit. inilah beza antara melayu dan arab walaupun menganut agama yang sama iaitu ISLAM.


kata PM yang kita sendiri pilih: “Ini contoh 'kalau kita tidak berubah, kita akan rebah'" sumber: sini.

okeh. memang terbaik ayat PM. jadi, sila berubah sebelum kerajaan sekarang direbahkan pada PRU ke-13 akan datang.

sekian, terima kasih rakyat mesir. saya bangga dengan kalian:)

11.2.11

Thanks to Cik Siti Suhaila

ini post penghargaan. kepada cik siti suhaila, si gadis empunya blog cintairmata.blogspot.com/. terima kasih daun keladi, lain kali wat la contest dengan hadiah yang banyak lagi. 28jan hari tu, saya dah join contest Sayangilah Ibubapa Anda. menang? mestilah tak menang pun! saguhati jerk.

masa mula2 tengok keputusan, tak jangka pulak ada hadiah saguhati. setahu saya, hanya ada 3 hadiah. skali tengok, ada suprise! hehehee. okai, jom tengok pemenang: klik sini

klik sini plak kalau nak tengok pemenang ngan hadiah

::saya punya::
TAHNIAH kepada diri sendiri dan pemenang2 lain.

p/s: cikyin and my sis, kamu berdua saingan saya. tahniah jugak sebab join. menang tak menang lain citer;)

TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY

cuba nasib pulak. kot2 la bertuah;)

-tengok ni-
cantik. menarik. tertarik.
4 pemenang(pemilihan secara random ya) bertuah akan memenangi:
1 passport sleeve, 1 coin Purse & RM30 Tote boutique voucher
(setiap pemenang)

kalau berminat nak cuba, jom klik: TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY

10.2.11

Dimakan Bersama Budu

post kali ni, mari kita berkenalan dengan ulam-ulaman. korang kenal tak semua ni? semua ni adalah sejenis tumbuhan hijau yang paling enak kalau dimakan bersama ba+wau+dal+wau =BUDU.

pucuk paku: kali pertama makan, masa saya balik rumah atuk. kat sana, pucuk paku ni berlambak di tepi jalan. tak payah beli. pi kutip je.

kangkung: saya selalu makan mentah je. sedap weh! nasi panas2, kangkung, budu, ayam goreng. oh, nikmatnya~

jantung hati pisang: nak makan, mama pi kait belakang rumah. saya suka bahagian ekor yang tajam tu. hehehee

kubis: sayur kegemaran saya ni. selalu jugak buat ulam. boleh dikatakan, kubis ni jarang sangat terputus bekalan kat rumah. selalu ada dalam peti sejuk~

pegaga: mula belajar makan dengan mama. tengok dia makan macam sedap, bila saya cuba.. boleh la kot. rasa cam berangin sikit. tak best sangat.

kacang botol: dulu pokok ni ada kat tepi tangki air. tumbuh menjalar. kalo tumbuh tinggi, orang pendek tak sampai nak kutip. heh!


timun: kalau dah takde tumbuhan lain, timun pilihan terakhir nak makan ngan budu. my sis suka sangat makan timun cicah budu.

sekarang, kita berkenalan dengan encik budu pulak. saya dah pernah post pasal budu ni, special untuk my roomate, cik juju. baca di sini ye ---> klik-klik

budu dulu kala

budu masa kini

makanlah budu untuk tumbesaran

~saya budak kampung. saya suka makan budu. sebenarnya kan, motif utama post ni: saya nak bagitahu yang saya dah pandai masak nasi goreng kampung yang ada kangkung ngan ikan bilis tu. tu je yang point utama. sekian, terima kasih.

7.2.11

Resipi Berkasih

Benarkah cinta membawa bahagia
Ceriakan hidup insan
Benarkah katamu hidupkan derita
Jika tiada rasa sayang
Tiada kekasih

Cinta yang sejati
Membawa cahaya menyinari hidup kita
Jujur dan setia
Tanamkan di jiwa tanda bahagia

Dah lama ku tanam kasih
Mengapa orang tak setia
Sabarlah sabarlah sayang
Pasti kan bersemi jua

Dugaan pasti kan mendatang
Walaupun bukan diundang
Hilanglah nikmatnya bercinta
Itu mainan bercinta

Rayu merayu pujuk memujuk
Aku tak tahu aku jemu
Bukan ku mahu gagal bercinta
Tidak ku mahu hidup melara

Saling percaya saling mengerti
Hindarilah cemburu buta
Usah prasangka hilangkan rajuk
Moga tercapai saat bahagia

Akan ku cuba hidup bahagia
Akan ku tempuh lumrahnya bercinta
Akan ku cuba hidup bahagia
Akan ku tempuh lumrahnya bercinta

"kepercayaan akan hilang apabila tiada lagi kejujuran dalam perhubungan..."