26.12.11

Minggu Terakhir

ini minggu terakhir saya di CMU, Telekom Kota Bharu. rasa? -macam2 ada

ada rasa suka. ada rasa duka.

suka sebab boleh rileks. boleh baca novel yang tak sempat baca. boleh balut novel.
duka sebab akan berpisah dan akan jauh. jauh dari kawan-kawan universiti dan staff CMU yang saya sayang.

sayang?
ye. sayang. banyak kenangan bersama kalian yang tak mungkin saya lupa. sungguh.

dulu hati saya selalu menafikan kata-kata cikgu bm saya, Pn Rosnani. cikgu cakap "alam universiti lah yang paling indah." saya tak percaya sebab masa di uia, saya rasa zaman persekolahan especially SMK Zainab 2 adalah kenangan terindah buat saya. ini bukan bermakna SMU (A) Maktab Pengajian Islam tu takde kenangan. ada. kawan2 MPI lah sahabat sejati saya. saya tak lupa mereka.

sekarang, terbukti. alam universiti lah yang terindah. kalaulah adik2 yang baca ni tak masuk U lagi, berlajarlah bersungguh-sungguh dik. kita kutip pengalaman di universiti. kita tambah kawan di universiti. ingat pesan kak kebayan ni ye. heh.

sedihnya. lagi 3 hari di CMU.

p/s: JAM, SILA BERHENTI BERPUTAR.

No comments: