12.12.11

Beli Novel Lagi

disebabkan saya dapat kad diskaun 20% sempena hari lahir saya dari syarikat muda osman, jadi saya pun google2 lah novel apa yang menarik sekarang. hasil pencarian saya jumpa 2 novel ni:
sinopsis: KLIK SINI

sinopsis: KLIK SINI

novel INGAT JANJI KITA memang saya dah nak beli tapi hajatnya nak tunggu PBAKL tahun depan. ishk. tak patut kan? jadi belilah dulu. lagipun dah lama tak beli novel. heh.

pastu novel AKHIRNYA AKU KAHWIN, idea kaksah. kakmin plak sebagai penyokong setia cakap novel dari penulis sama iaitu CINTA TIGA SUKU best. kakmin tu hantu novel CMU TM Kota Bharu tau. pastu saya jugak ambil kira pendapat si bun yang dah baca novel ni.

kesimpulannya, hari ni beli dua novel. yeay!! bertambah-tambahlah koleksi novel yang tak habis dibaca. takpelah. ni dikira sebagai hadiah untuk diri sendiri. kadang-kadang, kena puaskan hati sendiri jugak, kan?

p/s: sebenarnya kan, dah boleh start menabung untuk pesta buku tahun depan. euwww~!

No comments: