2.12.11

Al-fatihah

my cousin: adik muhamad isma akif

al-fatihah. beliau telah kembali ke rahmatullah bertemu Penciptanya lebih kurang 2.30am tadi. di pagi hari jumaat yang mulia. sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali.

kalau sepanjang masa tengok dia. saya rasa lagi baik dia pergi. bukan benci. bukan bosan. tapi tak sanggup tengok dia menanggung derita. cukuplah deritanya 4 tahun. sejak lahir (30/10/2007) sampai sekarang asyik keluar masuk wad. semangatnya kuat meskipun ada leukimia, buah pinggang. hari ini, segalanya telah berkahir. perginya seorang hamba Allah yang masih belum mengenal erti hidup sepenuhnya.

sesungguhnya takdir Allah itu yang terbaik. kerana Dialah yang Maha Mengetahui segalanya.

No comments: