29.5.11

Percintaan & Perpisahan

pasangan suami isteri yang sah2 HALAL boleh bercerai, apatah lagi setakat hubungan cinta yang sememangnya HARAM kan?

bercinta:
love is cinta. cintalah yang diutamakan. cintalah segala-galanya. kerana cinta, manusia boleh jadi gila. iye tak? kalau tak gila kerana cinta, mesti takde kes bunuh diri... terjun bangunan... minum racun... bakar diri... kan? bukan semua gila, yang tak gila tu jadi buta. tak nampak apa yang orang lain nampak. buta mata takpe. masalahnya kalau dah terlalu cinta, boleh buta hati.

orang bercinta, kita pun nak bercinta. boleh, siapa kata tak boleh. tapi perlu waspada. lelaki sekarang MAJORITINYA tak boleh percaya sangat. hehe (sowie ye bie)

dalam cinta, paling penting kejujuran dan kepercayaan. kalau ada dua elemen tu dalam diri masing2, insya-Allah selamat. jangan lupa untuk berdoa moga dipertemukan jodoh anda dengan si dia jugak.

berpisah:
perpisahan bukanlah jalan terbaik kerana rindu adalah satu rasa yang paling menyakitkan. yup! kalau yang pernah merasa kecewa tahulah macam mana sakitnya tu.

orang kata, kita jangan ambil hak orang kalau taknak hak kita diambil orang. tapi sekarang ni, kita baik pun, ada yang jahat. saya sangat2 setuju dengan komen seseorang kat fb: "kt ni org perempuan.jgn jd jahat.jgn jd permpas.cantik tu merangkumi semua.bkn muka ja." terbaik kan ayat ni?

ini lagi satu kalau kecewa: "kuatkan ati..xprlu b'sdih tuk org yg sdg b'bahagia.." yes. kalau si dia tinggalkan kita kerana dia ada orang lain, buat apa kita nak bersedih sedangkan dia berbahagia dengan pengganti kita, kan? take your time, ambil masa untuk melupakan. bukan sepanjang masa duk memikirkan. beri peluang pada hati untuk menikmati rasa bahagia sekali lagi bersama orang yang tahu menghargai diri kita.

kesimpulan:

kita merancang, tapi kita ada Dia yang maha mengetahui segalanya. jangan salahkan takdir andai terjadi perpisahan dalam perhubungan, kerana Dia jua berikan kita kekuatan untuk tempuh segala dugaan yang mendatang. sesungguhnya Allah tidak menguji seseorang hamba di luar kemampuannya.

p/s: selagi boleh, cubalah pertahankan. tapi, andai ini hakikatnya... saya cuma mampu berdoa moga dia kuat hadapi semua ni. sayang sangat kalau perhubungan selama 7 tahun hancur macam tu je:-(

1 comment:

idanirha said...

suka sgt entry ni..' kita merancang, tapi kita ada Dia yang maha mengetahui segalanya '