19.4.11

Selamat Ulang Tahun, Sayang

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

--> kepada yang berkenaan,

terima kasih kerana menjadi bie saya. saya love awak tau. banyak2. heeee. awak, dah setahun kita bersama. macam-macam perasaan yang rasa rasa selama setahun ni. ada bahagia, suka, gembira, riang... ada marah, sakit hati, sedih, cemburu.

awak, perjalanan cinta kita masih jauh. jadi saya harap kita tabah dalam menghadapi dugaan yang mendatang. dan sama-samalah kita berdoa supaya perhubungan kita berakhir seperti yang kita impikan selama ini.

awak, 1st anniversary awak ngah sakit. huhu. sedih saya bila awak minta izin nak tidur awal. tapi saya terpaksa cakap "ya" sebab esok awak ada presentation. tapi, awak tahu tak? saya bahagia sangat bila sms saya pada pukul 12, awak balas. selalunya, kalau awak tidur... jangan kata sms, saya call pun awak susah nak jawab. thanks awak.

awak, saya sayang sepenuh hati kat awak. walau siapa pun awak, biar apa orang kata... yang penting saya bahagia bersama awak. cinta saya hanya untuk awak. peace~

.::SeLaMaT uLaNg TaHuN PeRtAmA::.
forever, ecah nain

1 comment:

mykhalis said...

amboiii..segan nak komen ehh..