15.4.11

Jom Masak: Bihun Goreng Putih

gambar cilok dari mr. google

jom masak bihun putih versi puteri kebayan. sedap tau. tak cayer? cuba dulu ek:)

ni untuk 1 bungkus bihun je ye.

bahan wajib: bihun (rendam la dulu) + minyak masak + sayur campur

bahan 1:
  • ayam (potong kecik),
  • bawang putih (tumbuk sikit2 je)
  • air + garam + gula
mula2 tumis bawang. tahu kan? panaskan minyak, masukkan bawang putih tu. pastu masukkan ayam. agak2 ayam separuh masak, masukkan air 2 setengah cawan. tutup api bila dah mendidih:)

(kalau nak masukkan hidupan laut seperti udang dan sotong, buat camni jugak. tapi mesti berasingan dengan ayam)

bahan 2:
  • telur: 4/5 biji
telur ni, nak goreng. mula2 pecahkan telur dalam mangkuk. pastu masukkan garam secukup rasa, kemudian kacau lah telur2 itu. panaskan sedikit minyak, masukkan telur tu. kacau ye puan-puan, kasi hancur. jangan sampai hangit tau.

bahan 3
  • selabu bawang putih
  • 4-5 biji lada hijau
blender bawang dengan lada ni ye... masukkan air sikit

okey, dah pasal bahan2...

cara memasak:
  1. panaskan bahan wajib: minyak.
  2. masukkan bahan 3
  3. masukkan ayam dan setengah cawan air tumisan ayam (bahan 1). boleh juga masukkan hidupan laut, tapi jangan guna air rebusan tu. tapis dulu mereka ye.
  4. agak2 seminit, masukkan bahan wajib iaitu bihun. kalau langkau step ni, tak jadi la bihun goreng putih puan2 semua.
  5. rasa dulu, kalau tawar: tambahlah garam, gula, dan aji naik no moto.
  6. masukkan bahan wajib seterusnya iaitu sayur campur. boleh juga masukkan tumbuhan lain seperti kubis, sawi. ikut selera puan2 semua ya.
  7. masukkan bahan 2
  8. okey. dah siap. selamat menjamu perut.
hidangkan pada suami tercinta. konpem suami sayang kalau puan2 masak dengan penuh kasih sayang. hehehe.

u no wat? ni lah yang saya masak pepagi raya tau. special untuk bakal suami my bucuk. sekali "terpedas" la pulak. aiyorkkk. tapi takpe, dia cakap sedap. (masa bercinta biasalah, pedas boleh jadi sedap. dah kahwin tak tau lah. arap2 macam ni jugak)

raya ke-2 pun sama. tak pedas dah. hidangan untuk bakal mertua adik saya. pergh. terbaik kan? sape kata saya tak pandai masak? hah? elehh... see the hand la weiii~

bila saya pandai masak 15 jenis makanan, saya akan kahwin. hihihihi(gatal)

*pepagi buta merapu*

1 comment:

Anonymous said...

entry nie wat nad jadi lapar....uhuhu..