28.4.11

Al Kisah Di Pesta Buku

entry yang lalu, saya dah post pasal Novel Yang Dibeli Masa PBAKL pada 23/4/2011. sekarang, kita tengok gambar pulak.

dr. mahathir. kali ke-2 tengok dr.m secara live. masih tak berubah. tak makan dek usia. salah seorang tokoh yang paling saya kagumi.

1st time jumpa dhiya zafira. boleh tahan, peramah orangnya. saya beli novel Hati Bergetar Rindu. memang dalam list nak beli masa pbakl. kenapa beli? sebab novel dhiya zafira kategori "novel wajib beli". tak pernah tak beli. tak percaya? sugguh. tak tipu pun. saya paling suka novel beliau: Ku Damba Bahagia

norhayati berahim dan teta comey. jumpa "si atok" teta. heee. atuk muda hensem siot. paling tak sangka bila kak yati masih ingat saya. wah.. terharu beb. novel kak yati? yang tahun lepas pun tak sentuh lagi. "takpe tak baca pun, yang penting dah beli sebab takut habis". sangatlah istimewa bila kak yati kasi resepi 'pekasam novel'. terbaik beb!

mimie afinie. ni pun terharu sangat kan kak ezan? tak sangka kak mie cam lagi kita. siap nak panggil tu bila nampak kita turun escalator. *tetiba rasa popular sebab orang glamour kenal kita. hahahaaa. novel ni pun masih tak sempat baca lagi. takpe2. kalau tak sempat, dekat2 nak g uia saya kasi kat cik bun. nanti dia terus bawak pi uia. terbaiklah. bagus punya otak. tak nak beg berat, kasi kat my bibik iaitu bun.

with aleeya aneesa. beliau semakin kurus berbanding tahun lepas. tapi takde novel pun untuk pesta buku kali ni. tak lama lagi akan ada. tak payah risau. dan tak lama lagi, bie saya akan keje untuk isi masa cuti. yeay!!! "sayang, novel aleeya aneesa sutir." wakaka

ini siti rosmizah. saya dah puas hati sebab dah luahkan apa yang saya tak puas hati ngan novel beliau. harap2 novel kali ni tak mengecewakan. novel paling tebal saya beli. huh, entah bila la nak belek

di booth jemari seni. 'kureng memuaskan' berbanding booth tahun lepas. kedudukan penulis yang tak mesra pembaca. hehe tapi pondok untuk penulis tu tetap comel

perasmian novel Bisik-bisik Gelora dari fauziah ashari. saya jumpa beliau 1st time pijak kaki ke pwtc tahun 2008. masih kurus macam dulu. cuma sekarang, dia cam kelam kabut dan gelabah. ni gambar terakhir kamera sengalku. pastu bateri habis:-( korang tau tak, saya dah keluar pwtc, lepas makan ngan k.ezan kat the mall, sanggup masuk balik. sebab tak puas hati selagi tak beli novel ni dan Yang Mana Satu dari emma maizura. siap meredah hujan lagi tu.

sepanjang di pesta buku, inilah yang paling bermakna. kalau yang kenal saya dah lama, mungkin dah tahu, saya minat sangat2 karya aisya sofea. akhirnya, impian tahun lepas tercapai. yang bertudung ungu tu, emma maizura. novel beliau pun masuk kategori "novel wajib beli". paling best: Ada Cinta Di Hati.

kalaulah ada pesta buku antarabangsa kat kelantan, memang saya bawak semua novel yang saya ada untuk penulis tanda tangan. wah.. bestnya kan?

~skang ngah baca novel anis ayuni: cinta yang kurasa. tapi tak sampai pun separuh. kenapa la lambat sangat nak baca novel sekarang. mood nak belek novel memang takde. nak muntah tengok novel. ouh, penyakit apakah ini? mana semangat aku pergi? lalalala~

2 comments:

Ijah EmoTemo said...

tak sempat nk jmp dr m :(

ezannurhafiz said...

ecah..mmg betul..sungguh2 terharu kak mie ingat kite..n rasanya ada part best n tak best sepanjang PBAKL tahun ni kan...