24.3.11

Happy Birthday Bun

ini 'post yang dischedulekan'. aku taip semua ni pada hari isnin = 21.3.2011. sebabnya: 24hb aku dah kat kelantan. aku tak bawa balik laptop ye bun. bawa balik BERUKBENGOM je. tapi tak tau lah online ke tak kat rumah. sebab banyak benda lain yang harus diutamakan.

apepun, ni special post untuk mu. hahahaaa..

selamat meniti usia tua, bun. aku harap mu tetap anggap aku sebaya walaupun hakikatnya aku jauh lebih muda dari mu. jangan dipandang pada perbezaan usia antara kita bun. kerana dalam persahabatan, yang penting ialah keikhlasan. bun, anggaplah aku sebaya walaupun aku muda dan mu lebih berusia. aku xkisah (ingat ayat ni bun? yang aku post banyak2 kat chat fb tu). heh. bukti aku taip post ni lama dah. tunggu masa nak publish jer. see? how special you are!

hopefully dila da kasi hadiah yang tak seberapa tu dari aku. hehe. aku wakilkan dia untuk sampaikan pada mu. almaklumlah, hari ni kan aku kat umah. wakakaka.

p/s: jangan bersedih kerana cinta. cinta bukanlah segala-galanya. kau hilang cinta, tapi kau masih ada saudara dan kawan-kawan sekarang. dulu kau tahu, kau dipermainkan. kau tahu, kau kena tipu sebab 2.10.10 kau post pasal menipu dan ditipu kat blog kau. siap ngan hadith lagi. tapi kau sendiri tak nak hentikan semua ni. kau boleh cakap bahagia dulu, kau boleh tipu semua orang. orang boleh tipu kau. tapi kau tak boleh tipu diri sendiri. bahagiakah kau?

bila ditinggalkan, sakit. nak melupakan, payah. senang je nak kenal lelaki ni. kalau dia nak, dia puja, dia sanjung, dia puji. tapi kalau dia tak nak, tak semestinya dia cakap. kalau dia menjauh, kita kena faham2 yang dia dah tak nak kat kita. that's all. so simple.

tapi kan, aku suka kenangan kau ni. jangan terlalu pemurah lain kali ye sahabat! derma kat aku takpe. sebab aku anak yatim. dapat jugak pahala kat kau. hahahaa.. sumpah bukan gelak kat kau sebab akhirnya kau dapat balik hak kau. syabas bun! yeay! hidup bun! (mu layak ganti dr.azizah bun. mu layak jadi wakil pkr)

moga buku tu memberi semangat baru pada mu. muakss!

ni (kek special) aku google untuk kau
mu jangan makan tau. tengok jer kek ni.

1 comment:

idanirha said...

wei tak..dr azizah mung ! hahahahaha
pape pon,thanks unt entry ni..dan thanks unt hadiah tu..aku suka sgt..xsabar nk baca..:)

kek yg wrna biru tu xlawa langsung !
geli ada laaa...hahaha..ngok !