6.1.11

Perempuan Baik Dapat Lelaki Jahat

ini kisah benar. fakta. bukan auta. tiada yang benar melainkan benar2 belaka. salah seorang dari beberapa sahabat terpilih yang melalui kisah cinta yang pelik dan unik. hehehee moga boleh dijadikan pengajaran kepada pembaca. ringkasnya, sahabat saya ni, diberi nama si A.

bermulalah kisah...
si A agak bernasib baik sebab dapat tahu sendiri yang bf dia tu kaki perempuan. macam mana tahu? dia minta password fb, tapi kalau dah bf kaki pompuan mestilah tak kasi. untungnya, si A ni bijak meneka password. bila dah dapat masuk, semua dia tahu. baru seminggu lepas saya bercakap ngan sahabat saya, kak bun tentang si lelaki ni. si bun siap cakap jangan percaya sangat. (pergh, nasihat orang pandai. dia percaya 80% xpe kat bf). ok, teruskan bercerita. mengikut kata si A, panjang ceritanya tapi berlaku dalam masa yang singkat. dipendekkan cerita, si A berchatting ngan bf dia sampai 4am. pastu dia call. tapi dia dah perasan yang cara bf dia bercakap macam dah taknak kat dia. mungkin sebab lelaki tu taknak datang rumah dia bila cuti nanti, so baiklah minta putus awal2. alasan lelaki tu minta putus: sebab dia menipu si A (pengakuan jujur seorang lelaki). tipu tentang usia dan dia pernah cakap dia tak sempurna fizikal. itu alasan dia minta putus. auww!! si A ni plak, punyelah sedih sebab tengok muka, punyalah baik. seriuslah. memang budak lelaki ni muka baik. tapi muka je lah baik, perangai haram cam setan. kata si A kat ym "sumo tino dio nk blako..." (semua pompuan dia nak) hurm... ye jugak. mana boleh semua. setakat 4 cukup lah. dah. itulah cara si lelaki minta putus dengan si A.putuscinte

jahat ke lelaki tu?
kalau tanya saya, mestilah saya cakap jahat. sebab dah buat sahabat saya berduka lara. lelaki camni spesies cam gambar di atas tu. setan! tak kisah lah. yang penting, perlu bersyukur dapat tahu awal2 sebelum perhubungan tu pergi lebih jauh, kan? tapi ada jugak baiknya kot tindakan lelaki ni. sebab dia berani berterus-terang alasan nak putus walaupun hampeh alasannya tak kukuh langsung. sekurang-kurangnya dia tak tinggalkan kita macam bodoh je tanpa sebarang kata. gentleman apa lelaki camtu? hihihiii

sketsa pendek dr si A(klik utk besarkan)

bagus si A ni. tak yah susah2 nak feeling lebih2. takyah nak bazirkan air mata banyak2. ym ngan si A semalam tak nampak macam orang baru kena tinggal. hahahaa.. memang sengal. hurm, bercintalah dengan orang yang sayangkan kita. kita yang bercinta, kita boleh nampak sejauh mana rasa sayang yang ada dalam diri pasangan. yang penting, jangan biarkan rasa cinta itu menguasai diri. bila kita bercinta, perlu bersiap sedia sama ada akan ditinggalkan atau kita yang meninggalkan demi menjaga hati sendiri. lebih baik kita tak ada jodoh dari sekarang daripada ada jodoh di kemudian hari tapi jodoh tak panjang.

p/s kepada si A: kau untung A, sebab kau masih belum sampai tahap menghabiskan wang untuk orang macam tu. mujur masa bercinta kau tak ikut kata hati sangat. kau ada otak, nasib baik kau guna untuk berfikir. hahahaaaa (weh! aku tak sempat nak wat kisah si B. tunggu la ek? aku takde idea nak mulakan macam mana lah.)

4 comments:

idanirha said...

wah3..nama aku pon disebut di sini...hehehe..tp kepercayaan aku unt si dia tggal sejarah yg xkan berulang (:

puteri_kebayan said...

@idanirha skang mu caye kat sape 80%? msti aku kan? tu la, dulu aku cakap...xse caye.dah jd gini, bru ingat blako...

idanirha said...

yela2..aku cayo ko mu..

AkMaL said...

smoga aku jd mgsa trakhir...hahaha..
siye ko pompuan len..huhuhu