15.1.11

Pasangan Bercinta Banyak Menipu?

betul ke tajuk post kali ni? huk..huk... siyes weh. benar. sungguh. sengoti. pasangan bercinta banyak menipu. tapi tak semua pasangan menipu. faham tak? ulang sekali lagi, banyak menipu tapi tak semua pasangan macam tu, k.

contoh2 menipu masa bercinta:

1- cara makan: ni paling takleh blah. punye lah cover. kunyah 40kali kot sebelum telan. suap makanan dalam mulut pun sikit je. kalau makan burger, cubit roti kecik2. dah habis roti, makan daging plak. sayur satu2 masuk dalam mulut. perghhh!!! menyampah dowh kalau ada control macam ni. tadi saya lunch kat mcD, ada satu pasangan tu memang camni lah. yang peliknya, bila boyfriend tu pi basuh tangan... u know what? mulut tu bukak bukan main luas. separuh roti burger tu muat weh. eee.. sabor je lah kalau tengok ragam camni.

2- gaya berjalan: lengggang lenggok takyah cakaplah. slow je jalan. buka langkah kecik2. bukan apa, kang kalau jalan laju2 cepat plak sampai kan? heheheee. tapi bila jalan ngan kawan2, takyah cakaplah. ada longkang? langkah beb. ada tangga? setakat 2 3 anak tangga tu, lompat main-main je lah. yang penting perlu nampak "sopan" dan keperempuanan depan boyfriend k.

3- nada bercakap: bukan main lemah lembut. dengar tak dengar je suara. sengih2 tu mesti dah. sambil cakap, mulut tu senyum jer. motif: nak nampak manis even muka tu kelat semacam. nak marah pun leh lagi sabar, perkataan melampau + 18sx tak keluar. tapi kalau gaduh ngan adik-beradik, gaduh ngan member... bukan setakat perkataan melampau + 18sx je keluar dari mulut tu. habis segala jenis binatang pun disebut. sumpah seranah wajib! uish.

4- jadi penyayang: masa dating, kucing bergayut kat kaki pun takpe. jumpa teddy bear besar2 dipeluk. bajet sukalah tu. kalau ada budak langgar pun sengih. siap cubit manja lagi pipi budak kecik tu. kat dalam hati kita tak tahu. kalau yang tak biasa ngan budak, poyo buat2 suka baby. kalau dah suka baby tuh, cepat-cepatlah ajak pasangan kahwin. takyah nak tipu2 buat2 suka budak, pastu kalau dah ada anak? erk... kasi mak ayah kat kampung jaga. pehal?

cukuplah tu. 4 je. malas dah nak fikir yang lain. sekali lagi nak ulang: tak semua pasangan berperangai seperti di atas, tapi kebanyakan memang camtu. ingat ye. bukan semua. readers jangan nak emo2 plak kat post ni. saya taknak kena marah dengan post sendiri;)

p/s: thanks pada pasangan tadi. sebab tengok ragam dialah, saya ada idea nak taip semua ni...

-jujurlah pada pasangan agar masalah tak timbul di kemudian hari. jadi diri sendiri. kalau si dia ikhlas, dia akan terima walau macam mana diri kita yang sebenarnya-

2 comments:

IRAH HAJERAH AZMAN said...

hahaha.kan kan. motip sangat xD. aku rasa better lagi berkawan biasa biasa. Tak de bg hope kat masing-masing.macam tu je kite takkan jadi org laen

auntyaida said...

bese la..bl kawen br nmpk pangai sbenar..