31.12.10

2010 - Tinggal Kenangan

kenangan pahit dan manis yang telah dilalui sepanjang tahun 2010. hurm.. banyak nak taip kat sini. kenangan yang tetap akan terpahat di ingatan selamanya.

sakit + jadi suri rumah
mama tiba-tiba sakit masa nak pergi hantar adik saya kat stesen bas untuk ke UM. saya pun naik bas malam tu. hantar adik. dah sampai pagi, malam tu naik bas pulak balik kelantan. nasib baik tak duduk UM lama2. dah balik, tengok mama makin teruk. kaknini suruh bawak mama pergi klinik balqis. saya masuk jugak dalam bilik doktor. doktor cakap, tulang belakang mama bengkok. that's why mama tak boleh duduk lama2. kena baring. pastu doktor tu amik tangan saya, letak kat belakang mama, suruh rasa tulang yang bengkok tu. memang. kena suntik 2 jarum weh. pergh.. dah la atas tulang. sakit kot. saya yang memandang ni pun rasa tak sanggup. paling takley blah, tipu adik. cakap mama dah sihat. dalam keadaan mama macam tu, banyak yang belajar. masa tu lah, saya memasak dan mama makan masakan saya. yeay!! saya masak telur goreng pun, mama kata sedap. masa mama sakitlah saya praktis jadi suri rumah. semua kerja saya buat dan saya jugak pandai masak tomyam masa tu. hehehe. 1st time, memang menjadi. kali kedua, tomyam menjadi sangat cair. hampeh!!!

gigi saya pun dah 2 batang hilang sepanjang tahun 2010. ishk!! sakit hati tau. degil betul encik gigi ni semua. tumbuh merata-rata. dah la yang elok2 bertampal, boleh pulak gigi ni patah. haiyaa. nak kata saya makan batu, mengarut! saya manusia normal. makan nasi. dah tu, sakit gigi lain, doktor cabut gigi lain. tak kisah lah. sebab bila doktor cabut gigi tu, gigi yang saya sakit selama ni dah tak sakit. ajaib, kan? patutlah dia boleh jadi doktor. bijak2..

keluarga
tahun ni saya dapat ayah baru. tak tau nak citer macam mana, sebab tak kenal sangat. sejak mak kahwin, saya tak balik lagi ke rumah mak kat kemaman. asyik balik kelantan je memanjang. cuma yang saya harapkan, semoga keluarga ayah baru saya menerima adik-adik saya sepertimana saya terima adik farham dalam hidup saya. sampai sekarang, saya tetap anggap dia salah sorang adik saya walaupun berlainan ibu dan bapa.

raya 2010, family bakal adik ipar datang berkenalan. kitaorang tempah roti jala. pastu tolong mama masak kari ayam. sedap sangat. serius cakap, selama saya makan kari yang mama masak, kari yang ni paling sedap. pastu, menu bihun goreng putih memang dari saya 100%. hidangan istimewa untuk bakal keluarga adik. then, raya haji, kitaorang pulak pergi rumah dia sebab ayah dia nak kenal ngan bakal menantu. dapat daging banyak. hehehe. saya paling ingat kek batik. sumpah sedap! saya buat kek batik, tapi tak jadi macam tu. erk..nak mintak resepi tapi segan. semoga Allah tetapkan jodoh adik saya dengan pilihan hatinya. amin...

mereka dan sesuatu
dari kiri [fir,kakchik,ecah]. semua teddy bear kecik tu saya yang beli sebab murah. 3 = rm20. ecah yang pilih dulu. budak2 ni semua memang takleh pakai. tak bijak memilih. kalau ikut saya, saya nak kasi yang koko pada dikfir. ntah macam mana kakchik plak pilih yang koko. uish, tak pasal2 dikfir dapat kaler pink. dikfir plak tak kata apa2. terima je. hurm, kira orait lah tu. budak2 ni semua masih buta warna. masih tak layak nak masuk driving class. tak kisah kaler apa pun, janji ada sorang satu. yang ecah punya ada nama tau. namanya "minoh". nak tidur, ecah mesti pastikan minoh ni ada bersama dia.

anak
tahun ni jugak saya dapat anak. aduiii. tak faham betul dengan adik bongsu saya ni. kecoh je yang dia tu anak kak long. pehal? mungkin berkat tangan saya ni kot yang sentuh dia dulu sebelum orang lain masa dia lahir. ye lah, mak lahirkan dia kat klinik desa je. Allahuakbar. betapa besarnya kuasa-Mu ya Rabbi. insaf bila saya lihat keadaan mak saya selepas melahirkan adik firdaus. masa saya basuh kain yang terkena darah, air mata saya keluar jugak. sejak dari itu, saya tanamkan dalam diri. walau siapapun dia, dia tetap ibu yang melahirkan saya. hanya nama dia seorang yang saya bawa sampai akhirat. so, hargailah seorang ibu selagi kita diberi peluang untuk menatap wajahnya. kisah anak saya boleh baca di post http://puterikebayan.blogspot.com/2010/12/ini-anak-saya.html


buah hati
ehem. gatal sikit bab ni. tahun 2010 akhirnya saya temui cinta saya setelah sekian lama mencari. perghhh.. ayat takleh blah. cintaku di facebook. cinta kilat pun ye jugak. 6mac-saya kasi no phone pada dia setelah 3 kali dia meminta. kesian. 4april- kali pertama dia call sebab saya tak online ym. kenapa? sebab tengok ABP. 17april- 1st meeting kitaorang. 19apr-declare as a couple. 25april-first date. lambat dating sebab orang tu busy ngan final exam. hahahaa.. gataii~! belajar tak habis lagi dah sibuk nak berpasangan. paling best sejak ada boyfriend, selalu dapat novel. tetiba terfikir "kenapa la kita tak couple dari dulu?tahun 2000?" sebabnya, saya dan dia satu sekolah sejak tahun 2000-2003. pastu saya pindah sekolah masa form 4 (2004). then, jumpa balik kat facebook tahun 2010. jumpa kat friendster tahun 2008 tapi orang tu sibuk ngan awek lama dia. ahakss;)

kawan-kawan
for the 1st time saya terasa hati sangat2 dengan sahabat baik saya sendiri setelah kami kenal 4 tahun. semuanya kerana seorang lelaki. bukan berebut pakwe tau. ni sebab dia tak nampak apa yang saya lihat dan saya rasa kepercayaan dia pada saya hilang. tapi sekarang alhamdulillah, dia dah tak buta. saat dia sedih dan terluka, dia mencari saya. ingatkan dia dah lupa yang dia masih ada saya sebagai sahabat. pesanan saya: "jangan terlalu percaya orang yang baru kita kenal tak sampai 4 bulan dan abaikan semua nasihat orang yang dah kita kenal selama 4 tahun." orang kata, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. yang memandang awal2 dah nak tolong, tapi si pemikul sendiri tak rela berkongsi beban di bahu. bila dah terhantuk, bila dah jatuh, bila dah sakit... baru nak ingat orang sekeliling, baru nak sedih, baru nak menyesal. semuanya dah tak guna sebab jarum jam berpusing ke kanan.

selain tu, pasal group project. ada yang makan hati, hehehe. tak kisah lah. benda dah lepas. merajuk dengan group member sendiri, tapi time present ok. yang penting markah pun ok;) kitaorang punya group, tetap present pada tarikh dan masa yang ditetapkan. tak seperti group lain yang tak datang sebab tak siap. hurm, tapi dah bermaaf-maafan. biasalah tu. nobody's perfect! rasanya ini kali ke-2 sepanjang saya di uia ada masalah ngan group member. bukan masalah apa, bukan gaduh besar. tapi biasalah, bila project 50% maka masing2 mesti nak yang terbaik tapi tak mampu. dugaan sebagai seorang pelajar. semua orang rasanya pernah alami situasi macam ni.

pesta buku
pesta buku tahun ni sangat2 meriah. ramai penulis leh saya jumpa. buku pun banyak yang saya beli. tak tahu nak gambarkan perasaan saya waktu macam mana. rasa nak beli 1 pwtc tu lah. akhirnya, bawak balik uia 13 buah novel. adik saya, orang lain kecoh nak beli buku dia pulak sibuk nak suruh kartunis lukis gambar dia. pastu beli baju. kak bun kita cuma bawak balik 1 je novel. dah la depa berdua ni berpakat sorok novel saya . novel NB plak tu. tapi bila dah banyak sangat kat tangan, memang tak perasan kalau 1 novel takde. maklumat tambahan, masih ada lagi novel yang saya beli masa kat pesta buku tapi tak habis baca lagi. tak sempat. harap2 saya masih berpeluang pergi pesta buku 2011 nanti. baca cerita kat pesta buku di sini http://puterikebayan.blogspot.com/2010/03/pbakl-210310.html

volunteer kat Zoo Negara
ini charity programme mahalah halimah. nice sangat~!saya, cikzuzu dan natrah kena cuci kandang beruang. bila balik kampus, dekat sebulan saya takleh makan ikan masak masam manis waktu lunch sebab tahi beruang macam kuah masam manis. penat, busuk. tapi pengalaman ni sangat bermakna. kalau orang lain tengok kat luar je, kita leh masuk dalam kandang terus. dah siap semua kerja, saya dan natrah pusing satu zoo untuk bergambar. cikzuzu, awal2 lagi dah give up. tunggu kat surau. penat. cian, budak manja ni. dengar suara singa, harimau. tengok gajah berak. opss~! hurm, makan aiskrim mahal. bila balik mahalah, satu je kat dalam kepala saya. "saya nak bawa adik2 saya melawat zoo negara bila saya dah kerja nanti." baca kat sini http://puterikebayan.blogspot.com/2010/05/jenjalan-tengok-haiwan_22.html

--> masuk aquaria klcc. mahal nak mampuih! takde lah besar sangat tempat ni. mungkin harga tiket masuk masa tu mahal sebab saya pergi masa ada pc fair. tak kisah lah. yang sedihnya, tak bawa kamera. lupa nak minta ngan adik. kamera sendiri dah rosak. setakat gambar guna handphone. ape kelas kan?

lain-lain yang saya ingat:

--> belajar main bowling. sekarang, dah mahir sikit2. hehehe

--> ada blog baru iaitu incah194.blogspot.com tertubuhnya blog ni sebab adik cakap.."blog pompuan xhabis2 citer sal boypren" ekeke. betul gak. so, wat blog lain supaya readers tak rasa meluat. nak jugak bagitahu. gedik~!

--> masuk panggung wayang. ni Mr. Nain yang ajar. dah 4 tahun saya kat KL memang saya tak masuk panggung. skali dia datang, terus layan Lagenda Budak Setan. kemudian, saya ajar kakbun plak. sambil2 nak temankan dia release tension. memang sah2 hilang tension masa kat dalam panggung tu. layan hantu kak limah balik rumah sampai sakit perut duk gelak. huh~!

--> join 100penulis. maknanya ada blog lain untuk saya membebel selain blog ni. seronok. belajar untuk berdisiplin semasa berblog. banyak benda baru yang saya tahu dari situ.

okai. dah. ni semua kenangan 2010. esok dah 1 Jan 2011. tak perlu pandang belakang, terus melangkah ke depan. angkut semua azam yang tak tercapai tahun 2010 ke tahun 2011. hehehe

kepada semua pembaca blog ni, selamat menyambut tahun baru. semoga tahun 2011 membawa seribu rahmat dan keberkatan dalam hidup kita semua. insya-Allah. amin....

29.12.10

Nak Cekik Nain!

kenapa? setiap kali nak wat suprise kat si dia, tak menjadi je. ishk. tension betul. susah2 pi pejabat pos semalam, nak suruh dia terima 'benda tu' hari ni. sekali dia plak gatal pi shopping. bila encik posmen datang, takde sape kat rumah. nak tak nak, kena pi amik sendiri kat pejabat pos. ishk~! menyampah lah. geram tau tak? nak cekik je rasa.

bukan ke awak demam encik muhamed nain? duk diam2 kat umah takleh ke? baru nak sembuh sikit, dah gatal nak kuar pi beli baju la, seluar la. kalau tak pergi hari ni tak boleh ke? tak habislah baju kat kbmall tu kalau awak pergi esok.
eee...nak ketuk kepala tu!!

huwargh!!!!!!!!! bencilah macam ni. nak tumbuk bleh? dush. dush!!~

28.12.10

Dialog Sengal A+B

A: B, A nak cincin la. emas putih.

B: hah? jangan nak mengada.

A: alaa, bukan mahal pun. A dah tengok ari tu, lebih kurang rm169 je. B kan banyak duit. B sayang A tak? kan dah cakap, kalau citer kontrak cinta, suami dia sayang isteri. so, dia ikut je kata isteri.

B: hurm. terpengaruh la ni

A: hehehe.. boleh la. kira cam cincin merisik la ni. kan orang kelantan tak kasi cincin masa merisik, kira kita ni cam tunang senyap2. macam ceramah ustaz terengganu tu. B takyah bimbang, kalau dapat cincin tu, A pakai je selalu. (misi memujuk berterusan)

pujuk punya pujuk, ayat punya ayat diluahkan. akhirnya....

B: nanti ptptn masuk la ek sayang...

yiihaaaa~!!! misi berjaya!!!

amaran kepada pembaca: jangan salah guna duit ptptn seperti si B. sekian, terima kasih.

Air Mata: Suka Sayang Cinta

sometimes it's nice... to make a girl cry

perempuan. selalu menangis kan? malam semalam dengar radio best104 tentang bagaimana reaksi orang yang suka, sayang dan cintakan kita apabila kita menangis di hadapannya. tapi macam ada yang tak kena je semua ni. jom baca.

bila kita menangis di hadapan orang yang:

1- sukakan kita
"dah la, jangan menangis..."

2- sayangkan kita
~dia akan turut sama menangis bersama

3- cintakan kita
~biarkan kita menangis di bahunya sambil berkata..
"kita akan selesaikan bersama"

-->saya pun tengah bersedih. mahu dia yang dulu. dia yang melayan rajuk saya, dia yang mendengar celoteh saya, dia yang selalu ada untuk saya mengadu. sekarang dia sakit. saya mahu dia cepat sembuh supaya dia boleh melayan saya seperti biasa. saya rindu semua tu:-(

25.12.10

Kepada Awak

awak
andai suatu hari nanti
awak berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan

saya harap awak tak lupakan saya
kerana saya yang sentiasa ada memberi sokongan
untuk awak bangun setiap kali awak jatuh

andai suatu hari nanti
awak mewah dan hidup penuh gaya

saya harap awak tak tinggalkan saya
kerana saya yang sentiasa ada di sisi
ketika awak dalam kesusahan

andai suatu hari nanti
awak akan pergi jauh
doa saya sentiasa mengiringi awak
dalam setiap tindakan dan keputusan yang awak buat

hanya satu
yang awak perlu tahu
walau siapa pun awak
walau di mana pun awak
saya tetap menyayangi awak
saya sentiasa merindui awak

dulu, kini dan selamanya
percayalah. hanya awak di hati saya...

~to my beloved one, muhamed nain~

23.12.10

Luahan Hati

Pertama kali ku dengar suaramu
Sayunya hatiku merindui dirimu
Walaupun belum kita bersua muka
Namun aku tetap jatuh cinta

Pertama kali ku bertemu denganmu
Hatiku terpaut melihat senyumanmu
Aku mengharap engkau menerimaku
Kerna aku bersedia menyintaimu

Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikalau kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu

Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti

Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih

~kristal. suka lirik ni. best;)

22.12.10

UIA ni Memang~!

uia memang macam ni. haish~! menyusahkan betul. main2 plak dah ngan student. kan dah berdebar sakan. fyp oh fyp. macam2 hal. tengok ni:

saya sepatutnya ngan sir messikh azeddin. tetiba dapat tahu tukar lecturer dekat2 kul 4 tadi. pi lah department. nak pastikan betul ke kami ni ngan lecturer lain. pi ngan natrah n mila. syefah pulak, ngan ayat kat fb camni.. "cah! cek confirmation slip, kalau ngan lect lain, u better go see mesikh asap." uitt, berdebar. tapi bila dah syefah cakap.."mesikh sape cepat die dapat. haha" ok, rilek ecah. confirm dapat punya sebab masa pi jumpa sir last sem, sir cakap saya dan mila 2nd group. ni mesti masalah teknikal je ni. (ayat penyedap hati)

pi la department. memang pun! salah uia. kat student punya system, section 12 tu ngan madam. tapi department punye, section 11 n 12 ngan sir messikh. kan menyusahkan pelajar namanya tu?

dah la eop sem ni tak dapat. konon nak bukak section baru untuk student, dah bukak 2 section pun kul 3.30. pehal? dah ada kelas masa tu lah. so, nak tak nak... amik short sem lah. ape susah. sayang nak tinggal uia la katakan;)

takpe lah. tak kisah mana2. habis awal pun, konvo tetap 2012. so, duk diam2. tak payah kecoh2. hehehe..

pesanan penaja: bun, tengok jadual aku sem ni. bahagia kan??? hahahaaa~!

21.12.10

Ini Anak Saya

9 Oktober 2007
-baju tu penting-

bila dah botak

-sekarang-
-dah boleh bercakap-

-bila dia demam-

-kalau dia mengamuk-

-dia jugak suka memanjat-

eksyen je lebih. sekolah? malas!

ini anak saya. tak percaya? ouh percayalah. kalau tanya, "abang ni anak saper?" automatic dia jawab, "anak kaklong..." kalau degil2, mak cakap "anak kaklong baik. tak nakal." terus dia jawab "abang duk diam dah ni..." uish. ni anak saya dunia akhirat. anak saya yang hensem. yang cute. yang comel. yang manja. dan yang SUKA GIGIT KAKLONGNYA DAN TINGGALKAN KESAN GIGI~!

20.12.10

Bila Merajuk

sepatutnya
bila seorang merajuk,
seorang lagi kena pujuk.
bukan ikut sama merajuk.
kalau dah dua-dua merajuk,
nak suruh siapa jadi tukang pujuk?

adoyai...
cinta oh cinta
ada pahit ada manis
ada masin ada masam

ada kalanya, bahagia tak ingat dunia
dan ada pula ketikanya, merana sampai mengalir air mata

ok. rajuk dah habis.
lepas bersedih, kita bergembira.
kadang-kadang mata kena kasi service.
supaya tak kabur. nak kasi jelas penglihatan.

19.12.10

Cinta Zaman Sekarang

bila bercinta
kau mesti kena bijak
bercinta perlu pakai otak
supaya kau tak kena pijak

nak ada pasangan sangat mudah
nak jaga perhubungan tu yang susah

ada ketikanya
dugaan mendatang
walaupun kau tak undang

kalau kau tak bijak
kalau kau tak pakai otak
kasih. sayang. cinta. entah ke mana
pengakhirannya kau sendiri yang merana

nak jugak bercinta
boleh. siapa kata tak boleh
tapi kena ingat cinta zaman sekarang perlu guna otak

~tetiba aku tertaip ayat2 di atas selepas aku baca post "tamatkanlah please" dari blog si bolok a.k.a suraya najihah.

Novel Sekarang Hampeh - Part 1

disebabkan rasa "TAK PUAS HATI" ngan novel2 sekarang, maka tertaiplah post ni. hurm... kenapa tak puas hati? untuk post part 1, saya kasi satu alasan je dulu. sebabnya:

-jalan cerita sama-
okaih. novel kat pasaran sekarang especially dari novelis2 baru, jalan cerita mereka lebih kurang ngan novel2 yang telah lama kat pasaran. balik2 tema lebih kurang: kahwin paksa. dari benci jadi sayang , gaduh2 pastu jatuh cinta.

perghhh!!! sumpah bosan weh citer camni.

kalau bab kena kahwin paksa: sebabnya, keluarga perempuan tu dah banyak terhutang budi ngan keluarga pihak lelaki. tak pun, sebab kena ganti kononnya pengantin asal lari dekat2 nak kahwin. menyampah dah baca novel macam ni. ishk...

kalau bab benci jadi sayang: konon dah kenal lama, ada something wat hero dan heroin ni gaduh. selalu gaduh dari zaman kecik2 terbawa2 hingga ke alam dewasa. punyalah benci tapi bila dah jumpa balik, kenal pastu timbul rasa sayang. hurmm...

kalau bab bergaduh tapi jatuh cinta: awalnya masing2 ego. masing2 nak menang, masing2 takmau kalah. dari awal hingga separuh buku duk baca, tak habis2 gaduh. sabar je lah. nak jadikan cerita, bila dah selalu gaduh tetiba sorang senyap ke, mengalah ke, mulalah rindu. adoyaiii.

titik. tunggu part 2 plak ye... bye~!

p/s: ini suara hati seorang peminat novel melayu. aku minat. aku beli. aku baca. dan aku ada hak nak luahkan apa yang aku rasa 'perlu'.

18.12.10

Bila Rindu

bila rindu...
nak jumpa.
nak tengok muka.
nak dengar suara.

tapi...
jarak kita jauh.

soal pada hati,
tanya kenapa merindu?
jawapan yang pasti...
kerana aku cinta padamu
love jiwaku berkurap di malam hari love

...dan Cinta pun tersenyum

novel karya nora ismail a.k.a rose harissa;) dah banyak novel dari penulis ni saya baca. setakat ni, saya rasa Cinta Mekar di Hati dan Tuhan Lebih Tahu the best. tapi bila baca komen pembaca yang dah khatam novel ni, dari blog rose harissa.. rasanya novel ni pun boleh jadi the best jugak.

korang leh baca komen dari Azrin di SINI

dan seperti biasa... hurm..

"bie, kalau bie kasi novel ni.. ayang sayang bie banyak2 lagi..."

Mari Belajar

hari ni, nak start dah jenguk2 buku untuk fyp tu. boleh ke nak kena habiskan satu buku seminggu? hurm, sir cakap..."u just should know the basic before we proceed. our project depends on your understanding..." hurm, hentam jelah.

belek. tengok macam kira2. math+calculus. pastu baca. tak perlu wat latihan. paling kurang, kena tahu, subtopic tu relate ngan subject apa. rasa cam budak engine la pulak. sir, nak tukar topic bleh? huk..huk...

ni intro sikit2. selebihnya kena ngadap buku.

quantum computing

The subject of quantum computing brings together ideas from classical information theory, computer science, and quantum physics. This review aims to summarize not just quantum computing, but the whole subject of quantum information theory. Information can be identified as the most general thing which must propagate from a cause to an effect. It therefore has a fundamentally important role in the science of physics. However, the mathematical treatment of information, especially information processing, is quite recent, dating from the mid-20th century. This has meant that the full significance of information as a basic concept in physics is only now being discovered. This is especially true in quantum mechanics.

The theory of quantum information and computing puts this significance on a firm footing, and has led to some profound and exciting new insights into the natural world. Among these are the use of quantum states to permit the secure transmission of classical information (quantum cryptography), the use of quantum entanglement to permit reliable transmission of quantum states (teleportation), the possibility of preserving quantum coherence in the presence of irreversible noise processes (quantum error correction), and the use of controlled quantum evolution for efficient computation (quantum computation). The common theme of all these insights is the use of quantum entanglement as a computational resource.

It turns out that information theory and quantum mechanics fit together very well. In order to explain their relationship, this review begins with an introduction to classical information theory and computer science, including Shannon's theorem, error correcting codes, Turing machines and computational complexity. The principles of quantum mechanics are then outlined, and the Einstein, Podolsky and Rosen (EPR) experiment described. The EPR-Bell correlations, and quantum entanglement in general, form the essential new ingredient which distinguishes quantum from classical information theory and, arguably, quantum from classical physics.

17.12.10

Kenapa?

kenapa ptptn lambat masuk? perlu duit, mau beli bahan bacaan.
kenapa fyp saya susah? QUANTUM COMPUTING. huwaa~!!
kenapa hari jumaat pun my bie pergi kilang? sejak bila jadi bos ni.
kenapa bosan ni? bosan. bosan. bosan.

ada novel pun, macam takde. hampeh! siyes cakap, novel sekarang tak berkualiti. kualiti??? hurm, semalam pegi kelas Sys Quality Assurance. quality= fulfill+meet user's requirement. so, kalau novel tu tak berkualiti = pembaca tak puas hati

adoi.. wahai penulis, sedarlah. tanpa pembaca, kalian tidak ke mana. boleh tak buat cerita lain dari yang lain? hurm.. nanti next post, bila saya free dan ada mood nak menaip...

saya buat satu entry bertajuk: novel sekarang hampeh! kat situ nak mengamuk habis-habisan kenapa tak puas hati ngan novel yang ada kat pasaran sekarang. tunggu~!

16.12.10

PBAKL 2011

sepatutnya nak melalut, tapi jumpa plak pasal PBAKL 2011. yes~!! so carilah important date untuk sem ni. hurmm..


Tarikh : 22 April - 01 Mei 2011
Masa : 10 pagi - 10 malam
Tempat : PWTC, Kuala Lumpur

final exam period: 31 Mac - 16 April
inter sem vacation: 17 April - 9 Mei

yang bestnya: 1st anniversary kat kelate;)
yang tak bestnya: PBAKL masa cuti sem

tak tau nak kata apa. nak pergi tapi tak pasti boleh ke tak. dah inform kat bucuk tarikh ni, tahun depan nak g ngan dia. tapi... kalau dia sibuk ngan exam masa tu camne? hurm.. harap2 my sis kat UM tak cuti lagi lah. boleh saya menumpang kat kolej 9 untuk sehari;)

pesanan kepada pengunjung pesta buku: wat list awal2 nak beli novel ape and penerbit supaya senang nak cari booth nanti...

doakan saya boleh pergi PBAKL 2011 nanti... insya-Allah

15.12.10

Demi Sekeping Hati

bila keadaan memaksa,
aku terpaksa
demi menjaga sekeping hati,
aku rela

segalanya...
hanya untuk dia
insan yang aku cinta

demi menjaga satu perhubungan
ada kalanya kita perlu melepaskan
sesuatu yang kita miliki sekian lama
untuk kebahagiaan hari esok besamanya

bukan salahku
dan bukan silapmu
semuanya kerana dia
yang hanya muncul seketika

cepat atau lambat
lama atau sekejap
bila sampai waktunya
semuanya akan seperti sediakala

tinggalkan yang lama
untuk sesuatu yang baru...

thanks for everything
forever love, ecah~

Wanita Dan Kesian

“One thing tentang wanita yang cukup senang untuk lelaki dapatkan adalah rasa belas kasihan!”

1-Bila lelaki bercerita pada anda wanita, yang dia terseksa, jiwa merana kerana kekasihnya yang tidak menghormatinya langsung dan diperbodoh-bodohkan, hati anda berkata apa?

“Kesiannn…”

2-Apabila lelaki berkata, please lah jangan lah you buat diam macam ni, I tak tahan sangat, I rasa kehilangan you, I’m lonely sangat2.. Apa anda kata?

“Kesiannn…”

3-Apabila lelaki bercerita betapa susahnya mendapat kerja, hidup melarat seperti peminta sedekah, rasa seperti mahu mati…Hati anda longlai dan mulai berkata…

“Kesiannn…”

4-Apabila lelaki berkata, dia asal dari kampung, MC Donald, KFC…tak pernah masuk, tv pun black and white. Jadi, dia bukan setaraf dengan anda. Anda jauh lebih hebat darinya….anda pun terasa? Memang…

“Kesiannn…”

5-Kononnya duit habis kena beri kat isteri yang boros, now hidup susah…kena queen control! Katanya, “apalah nasib I ni, terhina rasanya dengan isteri sendiri” - anda yang single ni pun mulai rasa merasai keperitan hidup si lelaki yang sudah berkahwin tu. Saban hari, kisah sedih yang sama diceritakan… Hati anda mulai cair… Kata anda,

“Kesiannnnnn!”

KASIHAN WANITA! Bulat-bulat KENA TIPU, KENA KELENTONG!

huwaaa... nombor 1 2, pernah dengar dia cakap. arghhhh...dia tipu. hihihiii;) nasib baik 2 je. sengal dah saya ni. pepagi hari dah sibuk jenguk blog orang. bila jumpa benda camni, mula lah nak fikir macam2.

saya suka baca blog brother love. kadang2 post dari dia sebijik kena atas kepala.

~~This is men’s DIRTY TRICKS! Wanita harus peka dengan tipu helah lelaki ini. Dan ada berbagai-bagai cara lagi. Ini baru sedikit tetapi yang ini pun sudah cukup untuk membuat kaum wanita lemah lutut, dan sanggup putus keluarga, hilang kawan, bergadai dan berhabis harta dan wang ringgit…all because “kesiannnn”~~
p/s: bucuk, malas dah nak kesian2 lepas ni. hahahaajelir
"Kalau cinta itu prasangka, segala curiga hanya menambah beban yang menyesakkan dada!"

14.12.10

Shopping Berhemah

2nd day dah kalut pi shopping. idea cikzuzu. cikcah ikut je;) lagipun banyak barang keperluan nak beli. ptptn tak masuk lagi. so, beli yang penting2 je dulu. cayalah. hari ni membeli sambil berfikir. fikir banyak kali sebelum amik. masuk mph. tapi tak beli novel. percayalah! kalau tak percaya, cikzuzu n cikyin jadi saksi.

nak cari novel Masihkah Cinta tapi takde lagi kot, skali jumpa novel yang agak best. tajuk: Jet Jonah. baca tajuk pun saya dah sengih sorang2. takpelah. sabar ecah. duit masuk nanti macam2 boleh beli.

London, 2007

“Tak ada apa pelan!”
“Whoaaa whoaaa, kau dah suruh aku bangun pagi-pagi, datang ke sini! Terang fasal tu dan terus balik? Mana aci!”
“Habis tu?”
“Kita pergi jalan-jalan!” usul Jet.
“Ke mana?”
“Ahah! Biar Kapten Jet jadi pemandu pelancong anda hari ini ya?”
Jonah tertawa mendengar nada suara Jet yang dibuat ala-ala suara Captain Planet pula. Kartun kegemaran mereka berdua waktu kecil dahulu!

Ya, biarlah Kapten Jet yang mengemudikan hati itu ke hati ini!

II

1 Syawal, 1428

Cantiknya Jonah berbaju kurung warna merah jambu, cair hati Jet: macam manalah tak jatuh hati. Rupanya, hati Ikhwan yang dipautnya.
“Izzat, dengar tak apa emak cakap ni? Senyap saja kamu?”
“Tak dengar. Maaf, Izzat penat sangat rasanya.”
“Hmm... berehatlah. Tak pergi ke mana-mana ke hari ini?”
“Rumah Kak Melati tadi.”
“Ohhhh, jumpalah Jannah sekali? Sihat dia?”

Sihatlah emak! Orang lain bahagia bercinta, anak emak yang merana sekarang ini!

* * *

IKA MADERA penulis dari Kota Singa ini menggunakan bahasa Melayu Nusantara yang unik. Caranya bercerita membuat senyum melekat di bibir. Jet Jonah – sebuah kisah cinta kasih sayang yang manis berlatarkan masyarakat Melayu di Kota London.

13.12.10

1st Day Last Sem

buku ni punye pasal. pepagi hari dah masuk library uia tau, cayalah. semangat fyp berkobar2. hahahaaa.. semangat la sangat, disebabkan buku ni ada 1 je kat library, nak tak nak kena pergi pinjam cepat2 sebelum orang lain dapat.

cikcah ada denda kat library? petanda apakah? hahahaa... mengom~! tak tau pun. tetiba nak pinjam buku ni, kuar "USER BLOCKED". sengal. pi kat meja, sengih2 cakap... "sis, lupa password". ingatkan lupa password sebab dah lama sangat tak pinjam buku. skali sis tu amik tengok, "ada denda ni sis. RM4.20." perghhh...rasa nak lari je. sumpah malu!

dah la cari buku ni pun sesat. kod QA pi cari kat level 3. sah2 la tak jumpa. last2 call mila kat sabah, tanya buku ni kat level berapa. kan ke senget tu? hurmm.. awal sem dah bermacam dugaan mendatang. sabar je laaa.

tapi, alhamdulillah. buku ada. dah pegi fotostat. rabu ni boleh amik. nak pegi add eop, tapi cikzuzu cakap tak dapat. maybe buat partition macam eap last sem kot. tak kisah lah. kalau tak dapat, amik short sem. tapi kalau amik short sem, tak best la. cuti tak lama...

malas nak fikir. nak balik! pleaseeee~!

bie: rindu ayang? kalo rindu, sponsor tiket balik untuk tahun baru ni
my sis: nak aku teman ke, mu mai UM 3hb? sponsor tiket KB-KL ye;)

12.12.10

Cuti-cuti Suka-suki

17 Nov
bowling kbmall with my kesayangan

20 Nov
pizza ngan my kesayangan+my sis

26 Nov
cheng ho expo with him;)

29 Nov
my bucuk datang umah

4 Dis
radix+giant ngan dia dan my sis jugak

6 Dis
beli kolam baru + tmn tengku anis

8 Dis
tmn tengku anis. tengok rusa+mandi+jogging
9 Dis
airport: sambut kepulangan haji+hajah dari mekah

10 Dis
pi umah ecah

11 Dis
-airport-
layan je lah. kakchik n dikfir dah balik. semua tinggal kenangan~

malam ni, balik uia dah:)