29.8.10

Kurangkan face-book Banyakkan read-book

mid term oh mid term!!!!!
kenapa mesti semua subjek exam sebelum balik bercuti??? kenapa banyak yang nak kena baca??? kenapa??? uhuk2.. lambatnya nak habis study. selagi tak grad, memang macam ni lah.

31hb adik saya dah balik. suruh dia bawak balik my lappy jugak. hurrmmmm...lepas ni, no laptop. no berukbeng. no facebook. hehehe takpe2. boleh study betul2 n fokus paling penting! (konon fokuslah) dah tak ada gangguan dari alam maya lagi lepas ni. hihihiii.. entah betul ke tidak saya nih. selalunya, laptop tak ada, cc masih ada:)

tapi kali ni, saya nak cuba kurangkan ber-FACEBOOKING ni. sebab dah mula bosan. sampai tak tahu nak post apa. asyik copy paste je dari memana blog yang saya singgah. kenapa jadi begini cikcah? sebab cikcah dah tak suka balas komen. hahahahaa..jangan tak percaya! sungguh ni. nak taip komen pun dah malas sekarang. memang tahap kritikal penyakit saya kali ni. balas untuk tertentu, tu pun kalau rasa berminat nak layan. pastu: "DUK RALIK MAPUH BUNIK". pantang kakbun post pape, sibuk nak komen pasangan pengantin baru tu. lalalalalala~

nak share something yang saya jumpa masa jenjalan kat blog orang:
"saat bercinta, jangan percaya pasangan anda 100%. letakkan sedikit rasa curiga. andai kata kita terluka suatu hari nanti, luka itu tidaklah sedalam mana...."
tapi kalau dah terlebih percaya macam mana? hurmm... kalau dah percaya sangat dia, kita hanya mampu berdoa semoga dia jujur dan ikhlas dengan kita. kan?

that's all untuk sesi merepek kali ni. jumpa lagi di lain post~

28.8.10

Bila Saya Meminta

dia kata
kalau saya nak apa-apa
saya boleh minta semasa bercinta

hari ini
saya nak minta dengan dia
semoga dia boleh tunaikan permintaan saya
kepada dia:

saya nak minta
awak setia pada saya
supaya saya tidak terluka

saya nak minta
awak jujur dengan saya
untuk saya letakkan kepercayaan saya

saya nak minta
awak sayang pada saya
sebab sayang awak buat saya rasa bahagia

saya nak minta
awak jangan tinggalkan saya
kerana saya tak nak rasa kecewa
janganlah awak pergi jauh dari saya
kerana sunyi dan sepi yang saya rasa

awak,
ini kisah kita
biar orang tak suka
biar apa mereka kata
yang penting kita bahagia
cara kita berdua mungkin berbeza
tapi kita berkongsi rasa hati yang sama
incah194

tidak mengapa kalau miskin,
kerana yang dicari hanyalah kaya ilmu...
tidak mengapa kalau tidak berdarjat,
kerana yang dicari hanyalah tinggi imannya...
tidak mengapa kalau tidak sehensem zamani saya,
kerana yang dicari hanyalah hati yang jujur dan ikhlas...lalala~


kenapa mata ni tak mau pejam lepas bersahur tadi??? bosan. tak tahu nak buat apa. so, cakap sorang-sorang kat blog la...

27.8.10

Jenjalan Lagi

penat! pusing KL lagi minggu ni. going out with my sister. nasib baik dia balik awal. so, barang-barang semua leh kirim kat dia. hurmm, pergi mana? SOGO lah. mana lagi kan kalau nak shopping. beli baju untuk adik paang and ecah kecik. jenuh nak buat pilihan. huh~
beli nasi kukus lagi untuk berbuka puasa:)

hari ni, my love balik kampung. pagi tadi je dengar suara dia. sampai sekarang, dia tak call. bila saya call, tak boleh cakap jugak sebab coverage tak elok sangat. so, sabar je lah.

~bie, ayang rindulove ayang sedih gaknangih kenapa bie tak dapat scholarship jpa tu? sob2. bie kata takde rezeki. ayang kata bie tersalah isi. tak kisah la mana-mana pun. yang pasti, ayang tetap nak sedih jugak~

to bunik (bun+nik): selamat ber-in a relationship!

22.8.10

Jenjalan Seharian

semalam shopping ala kadar untuk sambut raya. ceewah!! ayat xley blaa... tapi memang ala kadar pun. sungguh! beli kain tudung je sehelai. pilih punya pilih nak jugak warna hitam. bun bantah. "tak gak, hitam sokmo." kata kak bun. hurm.. tukar warna. amik warna kelabu. buat2 perasan baju raya ada sikit2 warna kelabu. kalau takde pun, buat2 la ada. sebab tudung dah beli ok. dah balik, suruh encik nain teka, beli tudung warna apa. dia pun jawab hitam. alahaii...
apapun, hitam itu menawankenyit

pastu beli something yang sama ngan bun. hehehe comel! nanti raya ni nak pakai bersama:) beli kad raya jugak untuk mak, mama n si dia. esok atau lusa boleh la pos.

lepak sambil mengumpat kat depan sogo. duduk je. tengok orang lalu lalang. tengok kenderaan yang hensem2 lalu depan mata. skali bun cakap, "n** minat keta camni la.." (n ni bukan nain ok, tapi bf bun namanya NIK). pastu apa lagi. seperti biasa, gelak sungguh2!! gelakgulinggelakgulinghahahahaa bun, anak nak ramai. patutlah kena minat kereta besar. kang kalau kereta kecik, xkan nak tinggal anak separuh kat rumah kalau nak keluar. hehehe rileks bun jangan marah. kalau marah nanti perut buncit, tak lawa lah nak pakai kebaya comel tu. hihihihii. sila kawal nafsu amarah:)

saya suka tengok seseorang yang selekeh dan serabai sedang melukis di situ. dari mata kasar, dia tak sempurna. pakaiannya tak kemas. rambutnya panjang. tapi saya suka dan hargai apa yang dilakukannya. orang seni berjiwa halus. orang seni selalunya lebih tahu cara menghargai apa yang dimiliki. apa yang dia rasa, diluahkan di atas sehelai kertas. sama ada lukisan atau tulisan. ayatnya berbunga-bunga. kata-katanya indah di pendengaran. untung sape yang jadi girlfriend seseorang itu...hihihii

sambil lepak, kitaorang bercakap pasal kecantikan dan cinta. gedik kan? ni semua sebab tengok pasangan yang lalu lalang. ada yang perempuan cantik, tetapi lelaki tak hensem. bila lelaki dah cukup hensem, perempuan pula biasa je. macam tak sepadan. bun+tak pun mula la buat ayat untuk menyedapkan hati sendiri.

bun: "perempuan cantik biasanya dapat lelaki yang tak hensem tau"
tak: "ouh. patutlah nain aku tak hensem. dia gemuk. nik camne?"
bun: "nik tak hensem pun. nik pendek!"
tak: "ouh..tak sangka kita berdua cantik kan bun?"
bun: "ha ah.."
peace peace! giler perasan! tapi inilah kebenaran.

cantikkah kami? hahahaa..love
tak adalah cantik mana. cuma comel je. manis pun ada jugak.

nak balik mahallah, sempat beli nasi kukus kat masjid india. best! tapi sambal makcik tu pedas sangat la!! kata makcik tu, ayam kampung. tapi rasa cam bukan ayam kampung. tak kisahlah. dah lapar seharian berpuasa kan, bedal je sampai habis.

hari ni, adik pulak buat hal. call pepagi buta cakap nak balik awal. aduii apa lah! ingat senang ke nak cari tiket. tapi memang senang pun. ada je tiket tambahan. RM 59.00. haiyyyaaaa!! oh dugaan apa ini? tak apalah. seharusnya bersyukur sebab masih ada lagi tiket untuk balik raya. kalau ikut je idea asal saya untuk naik bas luar, tak payah nak gedik2 naik bas um kan senang. haihh, benda dah settle. tak perlu membebel panjang lagi cikcah. harap maklum.

okai. dah. nak mengarang essay eap plak ni.
caiyok ecah!! selamat menaip untuk diri sendiri~

21.8.10

Bertemu dan Berpisah

Sahabatku...
Siapalah kita
Tidak mampu mengatur pertemuan
Tapi Allah takdirkan jua kita berjumpa
Di sini bumi makmur
Fikrah dan jiwa kita subur
Dengan persahabatan yang luhur

Sahabatku...
Siapalah kita
Tidak berupaya menahan perpisahan
Tapi Allah takdirkan jua kita berjauhan
Kerana apabila hati telah bertaut
pada ukhuwwah-Nya
Walaupun jauh di mata
Tetap teguh abadi di jiwa

Insya-Allah...
Apabila ditanya siapa kita
Kita adalah insan yang redha
Dengan pertemuan dan perpisahan
Yang diatur oleh Allah...

Sumber: Majalah Anis
ihikhik saya rindu mereka ihikhik
mereka sentiasa ada untuk saya.
mereka penguat semangat saya.
mereka tempat saya mengadu.
mereka tak pernah lupa,
bahawa saya sahabat mereka.
mereka selamanya di hati saya...

kalaulah masa boleh dihentikan, saya cuma nak tahun 2005 seumur hidup saya. saya ada segalanya masa tu. my life is full with happiness. tapi mustahil kan? hurm....
"Hadiah yang bernilai dalam persahabatan adalah keinginan untuk berkongsi cerita dan emosi."
[corat coret selepas bersahur, cikcah]

19.8.10

Cintaku

-kisah kita-
dalam suka ada duka
dalam bahagia ada duka
yang indah hanya di mata
selebihnya hati yang merasa

ada ketikanya rasa bahagia
sampai tak ingat dunia
kadang kala rasa kecewa
sampai terdetik untuk melepaskannya

ada apa dalam cinta?
ada cabaran dan dugaan
ada cemburu dan curiga
ada manis dan pahit
ada ketawa dan air mata
apa yang pasti kini
selagi rasa cinta ada di hati
kita sama-sama pertahankan hubungan ini
semoga berakhir dengan satu ikatan yang suci
amin....

~selamat ulang bulan ke-4~

18.8.10

Exam oh Exam

semua subject untuk sem ni, mid-term sebelum cuti untuk berhari raya.

cyberlaw & ethics: 20 Ogos
requirement engineering: 26 Ogos
computer architecture & assembly language: 30 Ogos
network & sys administration: 1 September
it security: 1 September
english for academic purpose: 3 September

dengan ini, saya Cikcah Kebayan mengisytiharkan bahawa...
sambutan hari merdeka hanya di meja study!
harap maklum. sekian...

17.8.10

Kristal Kristal

Someone!
Someone tu siapa?
Someone to love... is DR Luv...

Kasih Iris Arshad!
Nama itu terlalu istimewa; buat dia nanar suatu waktu dulu! Lalu nota-nota perak dia titipkan buat memecah 'rasa' si gadis. Momen indah itu selayaknya tercipta dengan kelainan yang abadi. Biarpun si gadis tidak mampu untuk dimiliki.

Silapnya dia terlalu bergantung pada naluri. Silapnya dia membiarkan gadisnya terus meneka dalam kesamaran. Masihkah ada sisa waktu untuk mereka?

Aduhai hati,
Murahkah cintanya selama ini, miskinkah sayangnya pada dia. Atau dia sudah lelah menunggu? Lalu, akhirnya dia harus bagaimana?

DR Luv...
Suka itu tak semestinya cinta. Sayang itu tak semestinyakasih. Kepastian adalah tunggak segala penantian. Aku sedia menunggumu sehingga terbuka kata. Kalau cinta, lafazkanlah.

Kristal. Kristal.
masih bergaung dalam hiba
saat mencari suatu petanda untuk bahagia
Kenapa dia harus suka dalam duka?

* * *
MISDHIAZ membongkar cinta daripada sanggar hatinya. MISDHIAZ membiarkan Kasih Iris mencorakkan dan mewarnakan Kristal Kristal mengikut gerak hati seorang perempuan yang ditinggalkan.

10.8.10

Ramadhan Datang Lagi

alhamdulillah...

tahun ni masih berpeluang untuk mengecap nikmat berpuasa walaupun berjauhan dari keluarga tersayang dan insan tercinta. opss!

nak kata happy, tak jugak. tapi kira seronok la:) sebab hari ke-3 puasa, saya boleh berbuka puasa kat rumah. yeay!!! balik kelate~

lambatnya masa berlalu. huwaaaa. jam, cepatlah berputar! saya dah tak sabar nak balik ni...
kepada kawan-kawan semua:
-selamat menjalani ibadah puasa-

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan: Rabbani

Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan
Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan

Ramadhan menjelma lagi
Menghimpun Rahmat dan Maghfirah
Bertambah keberkatannya dengan amal ibadah
Diri tunduk keinsafan dan rasa berdosa

Bulan kemuliaan yang dikurniakan ini
Usah biarkan berkatnya berlalu sia-sia saja
Ia hadir bagai air bah membasuhi daki dunia

Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka
Seperti ketibaan orang yang kita cinta
Dengan ucapan Ahlan Wa Sahlan Marhaban Ya Ramadhan
Hati gembira pintu terbuka
Rahmat Allah Yang maha Besar

Ditaburi mutiara hikmah Al-Quran
Lantas dibelenggu nafsu dan syaitan
Didatangkan pula Lailatul Qadar
Pengorbanan yang dibuat balasannya syurga

~LIKE this song:)

8.8.10

Saya, Dia

saya mahukan dia
menemani saya setiap masa

saya perlukan dia
untuk buat saya rasa bahagia

saya inginkan dia
menjadi teman hidup saya

saya sayangkan dia
dulu, kini dan selamanya

saya cintakan dia
kerana dia ialah Muhamed Nain:)

terlebih sayang la plak bila dapat novel:)
hehehe..
ni nak jual pantun pada si dia

terima kasih daun keladi
susah2 je awak beli
kalau minggu depan nak jumpa saya lagi
saya nak novel "sayang sepenuh hati"

p/s: i love u..... thanks for everything.

2.8.10

Trionovel + Bonus Bulan Ogos (Alaf21)

Harga: RM15.00
Halaman: 368
Penulis: Qursiah Hanum
ISBN: 978-983-124-525-5

Sinopsis: RASA kesal dan kecewa menghantui benak Siti Nurzihan. Antara kasih dan rindu silih berganti. Dia sayangkan sekolah itu tetapi tidak sekata dengan peneraju atasannya. Dirinya ibarat pemain catur yang hilang tumpuan. Percaturan harus diteruskan meskipun terpaksa mengorbankan satu atau dua bidak yang berada di barisan hadapan.

Mereka jadikannya seperti kambing hitam. Dia benarbenar dikhianati. Dia amat yakin bahawa mereka melakukan itu semua kerana mahunya keluar dari situ. Kalaupun mereka masih mahukan khidmatnya, mereka tidak patut memalukannya di hadapan khalayak secara terang-terangan dan terancang. Maruah dirinya di injak-injak!

Siti Nurzihan menelan segala kedukaan yang ter pendam di lubuk jiwanya sekian lama. Dia mula bangkit untuk memulakan harinya walaupun bukan di tempat lama. Malah, isi hatinya diluahkan melalui pena. Bukankah itu adalah realiti? Realiti kasih yang biar orang tahu bahawa dia punya perasaan dan impian.

Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Herna Diana
ISBN: 978-983-124-582-8

Sinopsis: ‘SKETSA Perang’ di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran.

Iman – gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang.

Arie – pertemuannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda.

Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.

Harga: RM18.00
Halaman: 480
Penulis: Shanika Latisha
ISBN: 978-983-124-583-5

Sinopsis: NUR DYBA dan Shah Idham merupakan teman rapat di universiti. Takdir menemukan mereka dengan sepasang bayi kembar merapatkan lagi hubungan yang sedia terjalin. Menjaga si kembar secara bergilir-gilir telah memutikkan rasa cinta tanpa disedari. Masing-masing menyimpan perasaan, tetapi tidak berani untuk berterus terang. Belum sempat hubungan itu bertukar status, konflik mula melanda diri.

Hanya kerana satu rahsia yang terpaksa disingkap, Dyba kehilangan dua insan yang amat disayangi. Ketakutan menyebabkan dia membawa diri. Sementelah, dia juga memendam rasa akibat kecewa dengan sikap Shah yang tidak berani meluahkan kata cinta. Bertahun-tahun Shah nanar dengan perpisahan itu. Namun, kepulangan Dyba mengubah segala-galanya. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku, menyukarkan cinta mereka untuk bersatu. “Kita bagaikan mentari dan bulan... berjauhan, tetapi saling memerlukan.”

BONUS!! yeay, aleya aneesatepuktangan
Harga: RM19.90
Halaman: 528
Penulis: Aleya Aneesa
ISBN: 978-983-124-581-1

Sinopsis: ASALNYA, dia anak polos yang selalu menceriakan hari-hari mama dan ayahnya. Menjadi penyeri di mata dan penyejuk di hati mereka. Bahkan, dia anak yang tidak pernah menghampakan kerana sejak kecil memang terasuh sifatnya. Namun sekelip mata semuanya berubah. Anak yang satu itu semakin kurang ajar dan suka mencabar kesabaran orang lain. Tidak lagi menjadi penenang setiap kali kelelahan. Sebaliknya hanya membuatkan setiap yang ada di sisinya kewalahan. Lantas demi menyedarkan, Zuyyin harus dihukum! Malangnya, hukuman demi hukuman yang diberi hanya membuatkan dia kian tegar. Dia semakin seronok melihat air mata orang lain tumpah kerananya. Istilah kesal langsung sirna dari kamus hidupnya.

Bila dugaan ALLAH benar-benar didatangkan padanya dalam keadaan tak terduga, dia rebah dipukul rasa bersalah. Lalu di tengah-tengah jiwanya yang rapuh, Yazzer yang selama ini menjadi musuh tradisi bangkit menghulur tangan. Bagi lelaki itu, saat pembalasan sudah tiba. Dan luka, bukankah luka juga penawarnya? Langkah Zuyyin teragak, namun dia tidak punya pilihan lain selain pilihan yang satu itu kerana dia bukan siapa-siapa lagi.

1.8.10

Friend

A Best Friend..

A friend that really cares, all my secrets i can share
There when i need a hand, there to understand
When i cry, she will be by
If i am away, she will call me day by day

If i need her at all, she'll be there to stand tall
Anything i say will be heard, she will listen word by word
As she looks in my eyes, the sparkle she realize
She is the one that cares, and the one that's there

That's a best friend
Cause you'll always be in my heart

"Make new friends,
but keep the old.
One is sliver,
and the other gold"

A good friend is like a computer. I 'ENTER' your life, 'SAVE' you in my heart, 'FORMAT' your problems, 'SHIFT' you to opportunities and never 'DELETE' you from my memory!