23.6.10

Tag Dari Cikyin

1. Adakah anda rasa anda hot?
-suam2 kuku je. tak hot:D

2. Upload wallpaper yang anda guna sekarang.

3. Cerita pasal wallpaper tersebut.
-kaklong, kakchik, kakngah (anak2 perempuan Puan Maini)

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
-lama dah 2007

5. Lagu paling latest anda dengar.
-noktah cinta tapi tak latest

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
-online fb, balas komen

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
-kaklong, tak, skang ada yang panggil ayang

8. Tag lagi lapan orang.
-bun
-cikzuzu
-k.ezan
-bolok
-eza
-?
-?
-?
9. Siapakah orang no. 1 kepada anda?
-my ex-roomate + my best fwen

10. Katakan sesuatu kepada orang no.5
-eza, jawab tag ni

11. No. 3 ada hubungan dengan sapa?
-hubungan ngan boypren dia la

12. Bagaimana pula dengan no.4?
-si bolok kurus kering tapi comey

13. Pesanan kepada orang no.6
-......

14. Kata2 cinta untuk orang no. 2.
-sayang.. i love u:)

15. Adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
-......

16. Berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang mengetag anda.
-cikyin pandai masak
-suka buat cupcakes
-teliti + cermat
-my roomate ialah besfwen dia
-cikyin manja sebab duk ngan nenek dia

22.6.10

Siti Aishah & Muhamed Nain

selepas kali ke-3 dapat request relationship. kali ni dah approve la. macam dulu-dulu jugak, bila dia mintak phone no, kali ke-3 baru kasi. mintak nak amik gambar, kali ke-3 baru dapat. masa kat mcD n KFC, saya tak kasi. siap tutup muka lagi. kali ke-3 jumpa kat mid valley, baru boleh bergambar. hahahahaaa saja nak jual mahal. baru lah si dia tahu menghargai:) boleh ke camtu ek? hurmmm

kami dah JANJI tak nak remove. gaduh ke, merajuk ke, mengamuk ke, selagi tak bercerai, memang tak remove. kami tak nak publisiti murahan macam orang lain. hehehe:D kan sayang kan?

satu pengakuan berani mati dari cikcah. cayalah!

19.6.10

Bulan ke-2

we have been together for two months.
ecah❤nain

tiada air mata, yang ada rasa bahagia. tak macam bulan pertama. biasalah tu, dalam proses nak kenal hati budi, ada masa suka ada masa duka. apa yang pasti, saya gembira sangat untuk bulan ke-2 ni. siap nak buat suprise lagi kat si dia. skali tak menjadi. haiiiihhhhh!!! geram sangat!

semalam menghabiskan masa seharian bersama sebelum saya dan dia balik Klate. hihiihiii. naik bas malam, kul 10.30am da kuar UIA kot. dating punye pasal. we spent da whole day at KLCC. lepak2 tengok budak2 mandi + layan movie Lagenda Budak Setan. akhirnya..
pecah rekod! ecah masuk panggung~ best gak la layan citer tu. suka part yang kasyah still boleh terima kisah lampau ayu. "cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. kisah silam tak perlu diungkit jika kamu benar mencintainya setulus hati..."

[to my sayang: saya pon ada diari tentang kita gak. tapi xcomel macam diari ayu la.]

hari ni, dia tak sihat. get well soon my dear. saya taknak awak sakit. nanti saya sedih, saya akan fikir "unik". saya tahu awak penat. saya pun penat. awak kena rajin2 makan ubat biar cepat sembuh, k.

(:selamat ulang bulan ke-2, sayang:)
Siti Aishah sayang Muhamed Nain
ya Allah, semoga dia jodoh aku. amin...

17.6.10

End Of Sem 3

yippi. MERDEKA sudah!!
balik umah,
rileks,
tenangkan fikiran,
rehatkan minda,
exercise otak.
bangun + makan + online + tido
nak kuar jenjalan, dah tak bebas macam dulu. my driver dah keje. so, duk rumah je la. praktis jadi suri rumah. ehem ehem:)

sekian, terima kasih~

16.6.10

Novel- Seikat Kembang Merah

Lalu siapakah harus dipilih kalau di sana cantik di sini menawan?

Ketika aku melangkah keluar, ada yang tertinggal di sini; angan-angan, harapan dan seluruh hati. Sebagai gantinya aku membawa bersama wajahnya, dan rindu padanya – Nur Tahani gadis bertudung labuh.

Aku memang telah jatuh cinta pada dia. ‘Bidadari’, versi dunia atau akhirat seperti dia hanya layak digandingkan dengan orang beriman.

Bagaimana mungkin perempuan cantik, berprofil tinggi dan terlahir dalam gedung Gucci seperti Nina mahukan aku? Dia hanya layak bersanding dengan lelaki kategori ‘arreviste-hooray henry’. Sedangkan aku hanya lelaki terbuang. Kelas kambing! Paria! Dalit!

Benarkah, kalaulah cantik itu pintu kepada cinta, setiap lelaki kena bertapa dalam gua dan jalan pejam mata?

Lalu aku melambung dadu terakhir. Kalau aku kalah sekalipun, aku sudah tiada apa-apa lagi untuk rugi. Sama ada aku lambung atau tidak dadu itu, aku tetap merana; merindukannya separuh mati dan mencintainya seumur hidup.

* * * *

Terimalah Seikat Kembang Merah daripada IMAEN; yang tetap menulis novel action-romantic, tetapi kali ini nadanya berbeza.

ISBN: 978-967-5118-41-8
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Harga pembelian melalui pos/pesanan online: RM18.00 (mulai 20 Jun 2010)

(ada kat pesta buku islam kelantan 18-22 Jun- Balai Islam)

sumber: Jemari Seni

7.6.10

i ❤ u

terima kasih kerana masih sudi terima saya
terima kasih kerana masih percayakan saya
terima kasih kerana masih sayangkan saya
terima kasih kerana masih setia bersama saya
dan terima kasih kerana tak tinggalkan saya.....

terima kasih, sayang
di atas segala-galanya
i ❤ u

4.6.10

Spanar Rindu Skru

Sinopsis:
Pertemuan tanpa diduga di alam maya membuatkan hubungan Minah Spanar dan Mat Skru bertambah erat. Sehari tidak berchatting terasa dunia seakan tidak ceria walaupun mereka tidak pernah bersua muka. Spanar sering berkongsi rasa dan cerita dengan Skru tanpa sebarang curiga. Skru yang bertindak sebagai pendengar dan penasihat membuatkan jiwa Spanar sentiasa tenang. Setiap kali dilanda rindu, kepada Skru, dia meluahkan semuanya.

Sikap Skru membuatkan Spanar mengingati Amin, lelaki yang dikenalinya tujuh tahun yang lalu. Dia pernah ada rasa sayang pada Amin, namun mereka terpaksa berpisah kerana perbezaan taraf. Akhirnya, Amin pergi akibat rasa terhina. Dan selama itu jugalah, dia menjadi penunggu yang cukup setia. Sesungguhnya, perpisahan itu amat menyakitkan. Alangkah indahnya jika selepas perpisahan, wujudnya pertemuan. Pasti tiada insan yang merana dan tiada jiwa yang menderita. Dia ingat lagi pesan Amin

"Amin harap Reen semai ikatan hubungan kita dengan baja kejujuran dan keikhlasan supaya bercambah benih kasih dan sayang. Amin doakan kejayaan Reen. Ada jodoh kita akan bertemu kembali"

*lagi novel baru dari my fav novelis~