30.3.10

Hanya Kamu

hanya kamu
yang ku tunggu untuk bertemu
yang ku mahu berada disampingku
yang ku perlu untuk menemaniku
yang ku rindu saban waktu

hanya kamu
mampu buat aku tersenyum malu
mampu memahami setiap keinginanku
mampu mengajarku erti rindu
mampu membuka pintu hatiku

kehadiranmu amat bermakna bagiku
terima kasih kuucapkan padamu
kerana menceriakan hari-hari ku
aku gembira bila adanya kamu

ku tunggu saat itu
untuk kita bertemu
satu pertemuan
yang akan ku abadikan dalam lipatan kenangan
kerana takdir pada pertemuan itu di tangan Tuhan
kita sendiri tidak tahu
bagaimana kesudahan pada pertemuan itu

kata orang:
terjadinya perpisahan kerana adanya pertemuan

kata aku:
pertemuan itu telah ditakdirkan untuk kita
manakala perpisahan bersifat sementara
andai kita tidak ditakdirkan bersama di dunia
apa salahnya kita berdoa agar bertemu di syurga

aku seorang perempuan yang lemah
kemampuanku sekadar menunjukkan jalan buatmu
dikaulah yang perlu memulakan langkah
dan aku pasti akan menuruti setiap jejakmu



full of love, ecah~

27.3.10

Saya Rindu Dia

sayang
sayangkah aku pada dia?
ya. aku sayang semua kawan-kawan aku
tapi kenapa sekarang
sayang aku berlainan pada dia

cinta kah itu?
kalau betul itu cinta
kenapa aku mudah sangat jatuh cinta?
apa kena ngan aku sekarang nih?
apa istimewanya dia? apa lebihnya dia?

dia manusia biasa. bukan siapa-siapa
dia baik. pandai ambil hati aku.
dia kelakar. suka buat aku ketawa.
dan paling penting aku suka sebab dia matang.
dia belajar menyukai apa yang aku minat.

bukan aku yang mulakan
tapi dia yang menghulurkan tangan
aku tak pernah memaksa
tapi dia yang datang meminta

aku cuma seorang perempuan
aku malu untuk berterus terang
walaupun aku tahu apa di hatimu
kerana hatiku jua punya rasa itu

awak,
hati kita berkongsi rasa yang sama.
perlukah bibir meluah kata sedangkan hati telah menyanyi lagu cinta?

saya rindu dia sangat~

25.3.10

PBAKL 210310

taknak bercerita panjang. yang pasti saya betul2 enjoy pesta buku kali ni. pergi dengan orang yang minat novel seperti saya. love u much kak ezan. ecah nak gi ngan kak ezan lagi tahun depan. insya-Allah. bun, gi gak ek? (novel yg mu nak tu, thun depan baru ada)

just enjoy with da pics~ suka sangat!!! -selected photos only;-)
































erm, tapi ada my fav novelis yang tak sempat saya jumpa. Aisya Sofea, Eka Fahara, Noor Suraya. takpelah. tahun depan masih ada. moga dipanjangkan usia~ aminn...

seronok. rasa cam nak jadi novelis gak ah (hehehee, kan da perasan!). manalah tau, kot2 2-3 tahun lagi saya pergi PBAKL as a writer. kihkihkihkih. giler perasan! amacam cikzuzu? ecah leh jadi novelis tak? -tak layak kan? cerpenis sudaaa~

tak leh nak baca semua novel ni sebab dah nak start final exam. blog pun da bersawang. malas nak update. tak cukup masa. busy ngan novel2 ni semua. baru abes baca 3 buah. Saat Kau Kata Cinta + Aku Mahu Kamu + Bukan Tak Sudi. lain-lain: baca masa cuti sem ya. sabarlah hati.

inilah hasilnya. semua milik saya~ kecuali biarlah ym berbicara(bun punye)




banyak ke 13 buah?

-tak banyak bagi yang minat.

(jawapan jujur dari hati yang tulus lagi ikhlas)







i dun no why, but i like this pic very much! it's nice. sweet moment to remember. kihkihkih

23.3.10

Review: Aku Mahu Kamu

novel pertama yang saya baca. sebabnya kawan2 kat facebook (minney, puteri) yang dah baca novel ni cakap, ini novel sedih. huhuhuuu, so line clear. bleh baca sebab tanpa gangguan. kisah qisya dan ziyad. pelik2 la nama watak dalam novel aleya aneesa kali ni.bermulanya perkenalan yang sangat comel (pen oren) telah membuahkan cinta di hati mereka berdua. percintaan yang berakhir dengan perkahwinan. sweet!.

cuma masalahnya bila anak sulung mereka meninggal dunia kerana lemas di kolam. ketika itu, qisya terlena kerana terlalu penat. jadi, salah diakah? tak. sudah suratan takdir. tapi ziyad menyalahkan qisya. kononnya qisya cuai. ape kes? mana ada ibu yang nak anaknya mati dalam keadaan macam tu.tragis. sedih. tapi bagi saya, part yang betul2 sedih bila ziyad mula menjauhkan diri dan tidak bercakap dengan qisya. sebagai seorang perempuan, rasanya waktu2 macam tu dia perlukan seseorang yang dia sayang untuk berkongsi rasa sedih dan mendengar kata2 semangat dari ziyad. tindakan paling bijak dari qisya, dah orang tak sudi tak perlulah kita menagih simpati. ya. keluar je dari rumah. bukan lari, dah bagitahu pun.

rasanya novel kali ni agak susah untuk saya faham. banyak soalan yang tak mampu saya jawab sendiri. tak macam novel aleya aneesa sebelum ni. tak faham tang mana? tak faham kenapa ziyad tak cari qisya sedangkan rasa sayang dan cinta masih ada dalam hati? perlu ke menipu diri sendiri kerana ego yang terlalu tinggi? kenapa mesti salahkan qisya di atas apa yang berlaku? (selalunya macam tu lah: saya baca + tanya + jawab sendiri ikut suka saya supaya jadi menarik dan hati saya puas)

qisya pula, semasa balik kampung tu dapat tahu dia mengandung. langsung tak bagitahu ziyad. oklah tu. kalau bagitahu pun mesti ziyad buat tak tahu jugak masa tu. tapi bila sanggup letakkan anak kat depan pagar rumah ziyad tu, rasa macam tak relevan tindakan yang qisya ambil. tapi mungkin sebab qisya rasa bersalah yang amat sangat, maka tindakan yang diambil itulah yang terbaik pada masa itu. ramai kata part anak qisya (faiq) meninggal itu sedih. tapi bagi saya, part paling sedih bila ziyad langsung tak pedulikan qisya. minta tolong hantar ke klinik pun tak boleh. sangat tersentuh. kenapa seorang suami boleh berkelakuan seperti orang asing dalam sekelip mata? sekalipun telah hilang rasa cinta, tidakkah ada simpati di hati?

kesimpulannya: ini cerita air mata. perasaan saya ketika baca novel ni sama macam saya baca Kasih Antara Kita.

banyak2 novel aleya aneesa saya love Fahem Ammar- Segalanya Untukmu.(gediknya aku!)

"janji cuma kata-kata, qisya. tak ada hitam putih. jadi bila-bila masa kita boleh campak begitu saja. campak ke longkang pun boleh kalau mahu dan rasanya saya sedang melakukannya sekarang ini" pg41. (aku rasa janji dia pon camni ah)

20.3.10

Saya & Dia

dia pasti ada
sebagai kawan, rakan dan teman
untuk menemani saya
bersama menongkah arus kehidupan

dia akan hadir
bila tiba masanya
kerana telah tertulis takdir
saya hanya untuk dia

saya perlukan dia
untuk menunjuk jalan ke syurga
kerana adakalanya saya terleka
dengan permainan dunia yang sementara

saya perlukan dia
untuk melengkapkan hidup saya
kerana saya akan mengenal erti bahagia
bila bersamanya setiap masa

saya akan hargai dia
kerana dialah takdir terindah buat saya
saya akan cintai dia
dengan setulus dan seikhlas hati saya
saya terima dia seadanya
kerana dia adalah dia

dia bukan sesiapa
dia cuma insan biasa
dia adalah dirinya
dia itulah jodoh saya

siapa dia?
-kan dah tulis atas tu dia jodoh saya

tapi siapa?
-saya pun tak tahu siapa dia. tapi saya yakin dia ada. dia tercipta untuk saya.

*dia akan muncul dalam hidup saya bila tiba masanya. saya tak percaya pada cinta tapi saya percaya pada jodoh.bercinta belum tentu akan bersama. tapi bila dah bersama cinta itu akan datang dengan sendirinya

TITIK. cewah! cayalah. tetiba termenaip ala2 puisi plak dah. jiwang kerek!

19.3.10

Ahad = Sunday = PWTC

hari ini. jumaat. esok. sabtu. lusa. ahad. akhirnya jumpa ahad. nak gi pesta buku la weh! hihihi.. da wat list dah pun. kalau tak cari awal2 nanti sampai kat sana tak tahu nak beli yang mana satu. kang pi beli novel yang dah ada kat umah. (pernah terjadi camni. naseb baik adik wat muka tak malu pi tukar)

rasa macam banyak nak beli. tapi bila wat list ada 13 je. aik??? pelik lah. ada yang tertinggal ke ni? macam dah save semua cover novel yang menarik minat untuk membeli. tapi masih sikit. ermm, tak apalah. nanti kat sana kita pilih lagi. last year punya book fair, beli 8. tahun ni tmbah lagi 5 je. bukan banyak pun. no komen k.

karnadya:
bukan tak sudi - mimie afinie
rindu jadi saksi - azleya shadzalin

alaf21:
saat kau kata cinta- anis ayuni
aku mahu kamu - aleeya anisa
cinta datang lagi - bikash nur idris

kaki novel:
tak mampu kuhindari- xingat (baca kat penulisan2u. best)
hadirmu takdirku- alina haizar

jemari seni:
damai- saidatul saffa, syud, noor suraya
surat ungu untuk nuha- noor suraya
versus- hlovate
pada angin aku berpesan - adielah
bidadari hujan - noor azzahra

creative:
nyanyian tanjung sepi - noor suraya

~rasanya da lama xbeli novel baru. semata-mata nak beli masa pesta buku. ahakss. kalau ada pun, TERbeli je. tak sengaja. boleh dimaafkan sebab tak sengaja.

kawan2, jom pi ramai2- pakat2 mengimarahkan PWTC itu

ok. habis dah pasal novel. xsabar nak gi PBAKL ahad ni. jam!! cepatlah berputar supaya masa berlalu dengan pantas.

18.3.10

Trionovel Mac- Alaf21

Harga: RM 19.90
Halaman: 512
Penulis: Nurmi Syakimi
ISBN: 978-983-124-510-1

Sinopsis: NUR AMIRA pasrah apabila dijodohkan dengan Tengku Faizal. Pertama kali bertentang mata, Nur Amira telah jatuh cinta. Bermula saat itu, dia mengabdikan dirinya dengan cinta dan kasih sayang yang mekar di dalam hati.

Namun, cinta yang bersemi tidak bersambut. Tengku Faizal tekad membenci dan menjauhkan dirinya daripada Nur Amira. Baginya, Nur Amira pemusnah cintanya bersama Julia. Dalam diam, dia merancang mendapatkan kembali Julia yang sudah pergi jauh.

Nur Amira tidak berputus asa. Demi cinta dan rumah tangga, Tengku Faizal mesti menjadi miliknya. Sebagai isteri, dia berusaha memikat hati dan cinta daripada suaminya. Biarpun rebah dan tersungkur, dia bangun dan maju selangkah demi langkah agar pandangan suami beralih ke arahnya.

Ketabahan dan kecekalan seorang wanita bergelar isteri, akhirnya dapat menggugat cinta antara Tengku Faizal dan Julia. Tengku Faizal beralah dalam diam. Keikhlasan luahan cinta Nur Amira berjaya mengetuk pintu hati. Namun, konflik datang menyentak jiwa. Nur Amira mesti ditinggalkan. Hari demi hari bakal memisahkan mereka. Berpisah bukan kerana maut! Berpisah bukan kerana cinta terhalang!

Harga: RM 19.90
Halaman: 512
Penulis: Lynn Dayana
ISBN: 978-983-124-526-2

Sinopsis: DI BAWAH timbunan batu-bata, mereka memulakan bicara. Kisah hati yang sepi, hidup yang malang dan cinta yang tidak kesampaian. Mereka sama-sama bermimpi mahu mencapai bintang, namun mereka sedar kaki terantai di bumi.

Bagi Haida Fatma, pertemuan itu mengujakan dan dia mahu mengubah kehidupan. Masa silam yang hitam mahu dibersihkan buat bekalan masa hadapan yang lebih sempurna.

Pada Julia Hana pula, terperangkap di bawah runtuhan bangunan menyedarkan dirinya yang si suami sudah hilang rasa cinta. Jadi, dia harus membebaskan diri daripada terus terbelenggu!

Rasa kasih, sayang, malah setitis cinta... sudah lama tidak singgah di hati Zira Maya. Yang ada cuma kekosongan. Dia lupa makna bahagia. Dia alpa dengan materialistik dunia. Dihampiri Malaikat maut, dia berasa kerdil dan terpinggir.

Tragedi bangunan runtuh itu menemukan mereka bertiga. Perjalanan hidup yang sepi kini seakan terisi. Namun, adakalanya menyayangi amat sukar dilakukan apabila batas diri terus menghantui. Bahagia itu milik mereka yang berusaha.

Mampukah mereka meraih cinta yang terhad haknya?

Harga: RM 19.90
Halaman: 512
Penulis: Afni Sari
ISBN: 978-983-124-496-8

PERHATIAN yang diberi Adam Lutfi membuatkan Kauthar mula merindui lelaki itu. Atas dasar menghormati hubungan pelajar - tutor, dia mengambil langkah memendamkan perasaannya sendiri. Sedangkan Adam Lutfi cuba mendekati Nadiha tanpa mengetahui gadis itu sebenarnya mahu mengecewakan setelah cintanya dengan Karl tidak kesampaian.

Tika hati mula bergetar setiap kali mengingati Adam Lutfi , Kauthar mem bicarakan jua soal hatinya. Sayangnya, Adam Lutfi sudah mengikat pertunang an dengan Nadiha. Kehancuran cinta yang tidak berbalas melarakan hati. Dihumban jauh kasihnya yang tidak memberi apa-apa erti lagi.

Pertemuan dengan Kauthar memutikkan bunga-bunga cinta di jiwa Karl. Ketulusan Karl berjaya membuka semula pintu hati Kauthar. Saat Kauthar melakar bahagia, rumah tangga Adam Lutfi pula bergolakan. Tahulah Adam Lutfi yang mana intan, yang mana kaca. Cinta Kauthar ingin diraihnya se mula. Dan Kauthar terpaksa memilih.

Jika jatuh cinta itu boleh dirancang... pasti tiada hati yang akan terluka.

sumber: Alaf21

17.3.10

Masa oh Masa

sehari 24 jam = 1440 minit. banyak tu tapi masih tak cukup lagi. busy nye saya. kan dah berulang sejarah last sem. ingatkan sem ni dah tak ada dah tak tidur malam. rupanya masih sama macam sem2 yang lepas. saya + syefa. ermm, tang tu jugak. bila kita nak berubah ni wei? last sem cakap this sem. this sem still same like last sem. ngopngep namanya tu.

semalam buat individual + group assignment Numerical Computation. (x+y)+z != x+(y+z). apa tu? ntah. saya pon tak paham. pape je lah. yang penting beres semua. tapi hari ni agak terkejut. tak sangka group project ni kena present. langsung tak sentuh pape lagi. aduiii. kenapa tak tahu kena present? ni pun nasib baik pergi kelas petang tadi walaupun berat hati tak nak pergi. kalau tak mestilah tak tahu. bajet pandai je cikcah n da geng tak nak wat project. siot! skali kena present malam esok! so? mestilah malam ni tak tido plak.. oh no!

dah la pergi library hari ni, matric card tak active. sengal! bongok punye library UIA. wat malu je. tiiittt!!! tiiiittt!!! kan dah jadi perhatian. ishk! serius malu. bukan malu sebab apa, nampak sangat sem ni tak pernah masuk library. hahahaa. tak tahu plak nak kena active ke apa ngan matric card ni. ni pon nasib baik mila wat keje kat library, so nak tak nak kena pergi sana. haisshhh! dah la nak online guna pc kat library pun tak tahu kat level mana. teruknya saya. nasib baik ada bun! dah elok2 duk depan pc, nak kena masuk barcode. aduiii. ngoplah. guna matric no sudaa~ call bun minta pertolongan, skali tup! henpon terpadam. malang menimpa-nimpa hari ni. aduiii... see, how busy i am. sampai lupa nak cas henpon! nasib baik ada 2 henpon. so, sms orang2 penting. just inform no celcom xleh guna. siapa orang2 penting? - Bebe, mak, adik n also bun.

malam ni, nak start sentuh project. ngeng lah! habis semua plan tak jadi. sepatutnya esok nak kuar ngan bun. mana leh kuar kalau malam tu present. nanti tak sempat nak pulang kalau dah keluar. eeee geramnya! penat dah otak saya ni.

penat. letih. sedih.
tak bermaya.(dah la mata sepet, bengkak pulak dah!)
^xsabar nak tunggu ahad^
jam: cepatlah berputar!!!

14.3.10

Kakchik Dan Buaya

pagi tadi saya bagitahu kakchik nak gi klcc tengok ikan

malam mak sms 'kakchik nak cakap'. so macam biasa, saya call mak.

kakchik: kaklong dah balik ke tgk ikan?
saya: ha ah..
kakchik: ada ikan tak?
saya: mestilah ada, banyaaaaak! (tipu pdhal xgi pon!)
kakchik: ikan gigit kaklong tak?
saya: tak... (syg gak dia kat aku)
kakchik: ada buaya tak?
saya: eh, buaya xde dik. kat situ ada ikan.
kakchik: ala kaklong, adalah buaya(merayu)
saya: mana ada. buaya besar tak muat. (xdgr ke aku ckp?)
kakchik: ala..ada lah buaya!(manja)
saya: tak ada kakchik. buaya besar. tak muat. faham tak? (dah 4thun xkan xfaham lg kakchik ni)
kakchik: ada tak buaya kaklong?(tya lagi)
saya: kakchik tak dengar ke. kan kaklong cakap tak ada. (rasa cam nak tarik je telinga tu)
kakchik: ada ke tak?(suara makin tinggi)
saya: eh2 budak ni, kan kaklong dah cakap tak ada! (hah! kan kaklong dah marah)
kakchik: kaklong!! adaaa ke tak ada buayaaa??(menjerit sekuat hati)

tetiba dengar suara

mak: jawab ada je lah kaklong. dah bising dah ni!
saya: opsss, ok2. ada buaya la kakchik kat sana.
kakchik: o.. ada buaya. besar ke kecik?(mcm nak cekik je budak nih!)
saya: besar
kakchik: tak apa lah. kakchik tak nak cakap dah. kaklong cakap ngan ma plak.(toink2)

aduiii adikku. nak tahu pasal buaya ke je? dah cakap ada buaya terus taknak cakap lagi dah. ermm, adakalanya bahasa kanak2 lebih rumit untuk difahami oleh orang dewasa.



kakchik sumbak!!
tapi kakchik buat kaklong tersenyum malam ni
rindu kamulah sayang~

13.3.10

Pesta Buku 2010

pesta buku dah dekat. list novel yang nak dibeli dah ada. semangat berkobar-kobar ni.
19 - 28 MArch 2010


ini lah hasilnya last year punya PBAKL. sangat2 lewat(bln 4 rasanya). dah habis final exam tapi sanggup tunggu. tak balik awal semata-mata nak gi pesta buku. tapi kira oklah sebab dah habis exam leh layan novel. senorok bersama cikzuzu di sana.

tahun ni, ajak ramai2 pergi. adik pun dah ada kat KL, dia nak ikut jugak. eloklah tu. boleh jadi camerawoman saya. hihihii..

ni list novelis yang akan ada di pesta buku nanti. just click~
ni pulak list exhibitors kat sana.
pesanan kepada yang nak pergi: tolong catit awal2 kedai yang nak dituju ada di dewan mana + booth nombor berapa. semua tu penting. kalau tak, memang pening + penat la korang nak pusing satu PWTC tu. saya dan cik zuzu dah kena last year. so, jadi pengajaran lah.

setakat ini saja. sekian, wassalam.

nota kaki: saya ada sesuatu untuk awak~jumpa di sana ya

10.3.10

Novel2 Baru Sempena PBAKL 2010



~Damai
Tiga Ceritera dalam Sebuah Damai...








~Versus
Bukan mudah untuk berubah...
dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud
menghadap Tuhan...





-Yuda Di Padang Maya
tiada manusia yang berseorangan ...

Cinta ini menolak hukum alam. Seperti cuba mencampurkan air dengan minyak, mempersahabatkan malaikat dengan syaitan, menyatukan kehidupan dan kematian. Cinta ini cinta yang mustahil.

“Puteri Silfia... kita hamba Tuhan yang sama tetapi dunia kita berbeza...” Azmi merenung mata puteri kayangan di depannya. Di mata Azmi, Silfia amat cantik. Meski bersayap dan bertanduk kecil.
Sampai ke tahap manakah seseorang sanggup berkorban untuk cinta? Sesetengah orang mungkin sanggup kehilangan segala-galanya untuk cinta. Dan mungkin ada yang sanggup merenangi lautan api untuk cinta. Tapi berapa ramai yang sanggup berkelana ke dunia dimensi lain demi cinta?

Untuk cinta Azmi sanggup ke dunia jin! Kerana persahabatan pula tiga siswa USM sanggup ke sana untuk menyelamatkan Azmi dan terperangkap di medan yuda! Tapi bagaimanakah kesudahan perang antara dua bangsa jin itu?

-Bidadari Hujan
Kasihan itu salah satu cabang cinta!


I
Tanpa diduga tatkala hujan sedang turun pada suatu pagi, aku terpanah dek kasmaran untuk pertama kali.

Dia Bidadari Hujan yang memayungi aku dengan payung cintanya! Aku terpesona pada kejelitaannya.
“Harap-harap esok pagi hujan lagi!” kataku sambil menghadiahinya senyum.
Matanya memanah hatiku dengan busur arjuna. Lalu hari-hari selepas itu, aku bukannya lagi Raimy Haidar yang dulu.

II
Hujan mencurah lagi. Diberinya aku sekaki payung.
“Macam mana saya nak pulangkan?”
Langkah dia terhenti. Aku menanti. Perlahan-lahan dia berpusing kembali menghadap aku.
Oh, dia bukannya Bidadari Hujan aku yang dahulu. Tingkahnya penuh pekerti senyumnya penuh erti.
“Simpanlah andai awak rasa mahu menyimpannya. Buanglah andai awak rasa mahu membuangnya.”

Apa jawab hati aku pada saat ini?

Tulisan NOOR AZZAHRA buat yang mahu mentafsir cinta dari sudut yang lain. Benarkah lelaki tidak halus hatinya dalam menzahirkan cinta? Bolehkah cinta datang buat kali keduanya? Tanyalah kepada Bidadari Hujan, biarkan dia yang menjawab semua persoalan anda itu!


-Rindu Jadi Saksi

Kata orang, panas tak selalunya sampai ke petang. Tapi, gerimis yang mengundang kadangkala membawa seribu rahmat yang terselindung. Ketika cinta sedang mekar, seri kasih seakan pudar. Pada usia pernikahan yang masih mentah, mereka disapa dengan pelbagai dugaan. Timbul MMS yang mengharu-birukan keadaan. Sang suami suka memendam rasa dan beranggapan ianya benar. Manakala sang isteri pula sering mengasak pelbagai pertanyaan, mahukan satu penjelasan apakah salahnya hingga mengundang pada perubahan suami tercinta. Wujud konflik yang tidak terungkai. Hanya anggapan yang menjadi perantara bukan kebenaran yang pasti. Walau rindu seluas lautan, walau kasih tiada sempadan, tiada maknanya kalau hanya dipendam. Jauh untuk dimengerti rasa hati jika tidak dizahirkan.

Mampukah rindu menjadi saksi pada sebuah kebahagiaan yang hakiki? Atau akan runtuhkah tembok cinta mereka yang digegar seruan kasih insan ketiga? Selamilah jiwa yang terluka milik Dian Shahira, juga ketinggian ego milik Irfan, serta keluhuran hati milik Han yang sanggup berkorban atas nama sebuah kebahagiaan.

-Cinta Edisi Terhad
"Cintamu membawaku ke langit biru..."

Di bawah timbunan batu bata mereka memulakan bicara. Kisah hati yang sepi, hidup yang malang dan cinta yang tak kesampaian. Mereka sama-sama bermimpi mahu mencapai bintang namun mereka sedar, kaki mereka terantai di bumi.

Bagi Haida Fatma, pertemuan itu mengujakan dan dia mahu mengubah hidup. Masa silam yang hitam mahu dibersihkan buat bekal untuk masa hadapan yang sempurna. Sebaliknya bagi Julia Hana, terperangkap di bawah timbunan batu bata menyedarkan dirinya yang si suami sudah hilang rasa cinta. Jadi, dia harus membebaskan diri dari terus terbelenggu!

Rasa kasih, sayang malah setitis cinta… sudah lama tidak singgah di hati Zira Maya. Yang ada hanya kekosongan. Dia lupa makna bahagia. Dia alpa dengan materialistik dunia. Dihampiri malaikat Maut, dia merasa kerdil dan terpinggir. Tragedi bangunan runtuh itu menemukan mereka bertiga. Perjalanan hidup yang sepi kini seakan terisi. Namun, adakalanya menyayangi amat sukar dilakukan apabila batas diri terus menghantui. Bahagia itu milik mereka yang berusaha. Mampukah mereka meraih cinta yang terhad haknya?

-Layang-layang Bertali Kaca
Tidak tahu kenapa apabila mahu menggetus sampul surat tersebut, hatinya sedikit berdebar.
Lantas gerakan tangannya yang mahu menggetus kad itu, terhenti. Dirabanya kad tersebut. Kad apakah ini? Seperti keras sahaja?
“Takut saya nak bukanya.”
Dia merenung Adli yang berdiri di hadapannya.
“Kenapa?”
“Entahlah. Saya tak pernah menerima kad seperti ini. Ditulis tangan pulak tu. Mungkin bukan untuk saya tak?”
Sedikit teragak-agak Tengku Shariman. Adli ketawa kecil. Sudah nyata di sampul surat itu ditulis nama Tengku Shariman.
Adli menghulurkan tangannya. Tanpa meminta izin daripada Tengku Shariman, kad sudah bertukar tangan.
“Saya bukak, ya?”
Pertanyaan itu menyebabkan Tengku Shariman menganggukkan kepalanya. Dengan perlahan Adli sudah menggetus sampul surat tersebut dan menarik kad yang terkandung di dalamnya.
“Oh… Kad hari jadilah, Tengku…”
“Kad hari jadi?”
Berkerut dahi Tengku Shariman mendengar ucapan yang keluar daripada pembantunya itu dan matanya pantas sahaja tertancap pada kad yang sedang dibuka oleh pembantunya itu.
“Hmm… Dari Manja ni…”
Adli meletakkan kad tersebut di hadapan Tengku Shariman. Orang kaya memang mudah risau dan takut tidak tentu fasal.
Agaknya Tengku Shariman berasakan ada racun di dalam kad tersebut untuk membunuhnya. Sebab itu dia takut untuk membukanya.
“Manja bagi saya kad hari jadi?”
Entah mengapa hati Tengku Shariman seperti ada perasaan yang sukar untuk diucapkan. Perasaan tidak percaya, sedih dan mahu menangis, berbaur menjadi satu.
“Hmm… Bukankah hari jadi Tengku dua hari lagi?”
Walau Tengku Shariman tidak pernah mahu mengingati hari jadinya, tetapi Adli selalu ingat. Tengku Shariman tahu, satu-satunya manusia yang sering mengucapkan selamat hari lahir kepadanya adalah pembantunya itu.

“The greatest gift from ALLAH and I call him papa…”

Terbuka sahaja kad tersebut, Tengku Shariman sudah terbau wangi bunga mawar. Walau tidak kuat, tetapi masih sempat ditangkap hidungnya.
“Manja buat sendiri…”
Suara Tengku Shariman sedikit menggeletar. Ada rasa hiba yang membalun dadanya dan seperti tidak boleh disorok lagi.
Hatinya berulang kali membaca ayat-ayat yang ditulis tangan oleh Manja dengan hati separuh tidak percaya.
The greatest gift from ALLAH and I call him papa…”
Tanpa sedar, Tengku Shariman menyebut bait-bait kata yang berada di dalam kad tersebut.
“Manja yang bagi...”
Adli dapat mengesan perasaan tidak percaya Tengku Shariman itu.
“Cantik!”
Ada terselit perasaan bangga di sudut hati Tengku Shariman. Bangga seorang ayah yang mendapat kad hari jadi buatan tangan anaknya sendiri.
“Memang cantik, Tengku. Agaknya dia rindukan Tengku.”
“Mana dia tahu hari jadi saya?”
“Seorang anak pasti tahu hari jadi ibu bapanya sendiri, Tengku.”
Balas Adli. Dia melihat mata Tengku Shariman berkaca. Kasihan lelaki ini… mempunyai segalanya tetapi kurang kasih sayang. Bagaimana tidak kurang kasih sayang kalau susah mahu mempamerkan kasih sayang… getus hati Adli.
“Cantik…”
Sekali lagi kata-kata itu keluar daripada mulut Tengku Shariman yang akhirnya tidak dapat menahan perasaan. Diletak kad tersebut di dadanya dan dipeluknya dengan rasa hiba yang kemudian menghasilkan sedikit tangisan.

~pilihan hatiku: Damai, Rindu Jadi Saksi dan Bidadari Hujan

sumber: Geng Kicap dan Norhayati Berahim

s.o.r.r.y

dua hari berturut-turut inbox fb saya terima pasal SORRY. ada hari MINTA MAAF sedunia ke? kot2lah saya tak tahu tentang ni. pelik sungguh.

8/3/10. buat si peminta maaf yang pertama, 'Shy**':
"mungkin ada kelakuan aku yang aku sendiri tak perasan boleh membuatkan kau terasa hati. i'm sorry. aku pun rasa bersalah juga. adatlah, dalam persahabatan ada segala macam rasa. kadang2 manis, adakalanya pahit. itulah yang akan merapatkan lagi perhubungan kita. kalau tak pernah bergaduh, tak pernah terasa hati maknanya kita bukanlah sahabat baik. bila masa kita bercanggah pendapat, tiada persefahaman dalam satu2 perkara bererti kita sedang belajar untuk lebih mengenali sahabat kita. siapa dia sebenarnya. mungkin aku sedikit menjauhkan diri, aku rasa aku perlukan ruang untuk diri aku sendiri. akhir-akhir ni, aku lebih senang bersendiri. aku lebih suka hidup tanpa kawan2. aku dengan dunia aku sendiri. aku buat hal aku dan tak akan kacau hidup kawan2 aku sebab aku taknak kawan2 aku kacau hidup aku. bengong kan aku ni, cepah? lepas dapat mesej kau tu, baru aku perasan tentang perubahan diri aku. thanks kerana menyedarkan aku sebelum aku kehilangan lebih ramai kawan. aku sayang mu, cepah. (sayang ina jugak!)"

9/3/10. kepada 'naz':
"saya tak terasa hati pon. saya bergurau sebenarnya. tak sangka ada yang tolong translate, kan? kalau dia tak kasi tau maksud kan bagus. naz tak akan rasa bersalah pada saya=). saya tak tahu nak balas apa sebab saya langsung tak jangka ini yang berlaku. lawak pun ada sebenarnya naz. heheheee. hak awak untuk membenci sesiapa sahaja. cuma jangan benci saya sudahlah ye. saya tahu awak benci dia sangat. saya pun pernah rasa benci jugak. tapi kenapa perlu ada rasa benci pada orang yang pernah membahagiakan kita? mungkin kita boleh tipu semua orang tapi tak boleh tipu diri sendiri. jangan melukakan hati sendiri semata-mata cuba untuk membenci orang yang tak mampu kita lupai. biarkanlah ia berlalu begitu sahaja. dia cuma kenangan yang pernah ada dalam sejarah hidup kita. kita hidup bukan untuk masa silam dengan apa yang pernah kita ciptakan tetapi kita hidup untuk masa akan datang dengan apa yang kita ada sekarang. naz, belajarlah memaafkan dan melupakan. saya pun sedang belajar dua perkara itu sekarang. (dah lama belajar tapi sampai hari ni tak berjaya jugak!ngopngep betullah)- saya sayang kamu juga, naz"

8.3.10

Sejarah Aku Minat Novel =)

ini novel pertama yang saya baca 10 tahun lalu. sejarah awal yang membuatkan saya minat baca novel sampai sekarang sebab novel ni lah. best! adik saya yang bawa balik ke rumah. dia pinjam ngan member dia. dah lama sebenanrnya saya cari. akhirnya baru semalam kutemui. hihihiii. ada hikmah rupanya tetiba terdetik di hati nak ikut cikzuzu balik. konon nak makan kfc lah. hehee sebab nak makan kfclah maka cikzuzu bawak pi Giant. ada plak booth CESB kat situ. banyak novel murah2. sweet! saya beli penanda buku jugak! xleh amik gmbar penanda buku tu. Mr. Olympus saya rosak=(


novel ni pun saya beli jugak semalam. ermm, sekarang tengah mengumpul novel2 Noor Suraya. lepas baca Jaja & Din lah buat saya nak cari karya novelis ni yang terdahulu. dah ada Keranamu Ain (beli masa balik skejap ngan Bun ari tu). yang paling susah nak dapat, Nanyian Tanjung Sepi. aduiiii. kenapa ya? minta2lah ada masa PBAKL nanti. aminnnn


ini semua novel kaksu yang masih tiada dalam simpanan. ermm, insya-Allah masa PBAKL nanti saya akan pastikan semuanya ada dalam tangan! hehehee

6.3.10

Terima Kasih

Apa khabarmu?
agar kau tenang saja disana
menikmati hidup yang terindah
disampingnya

aku disini
masih mampu lagi kuberdiri
melawan kedukaan yg kau beri
kepadaku

terima kasih
kerna menghancuri hatiku
hingga ku tak mampu tuk kembali
ke asalnya

terima kasih
kerna meracuni cintaku
hingga ku tak mampu menyintai
insan lain..

kuharap kau bahgia selama
agar dukaku tak sia-sia.
agar airmataku bermakna
percayalah engkau takkan pernah temui
insan yang benar-benar cintai dirimu

credit to: Krulez Music

nice song!
(suka lirik ni)

4.3.10

Cinta Si Puteri- End

Sang Putera terus melangkah pergi setelah kata putus diberi. Si Puteri masih lagi kaku di sini. Rasa terkejut dan tidak menyangka dengan ucapan yang lahir dari bibir Sang Putera. Benarkah? Inikah kesudahan pada satu kisah cinta yang telah sekian lama terjalin? Masih terngiang-ngiang ayat yang dilafazkan oleh Sang Putera.

Sang Putera: Mungkin antara kita tiada jodoh. Sang Putera tak mampu untuk terus bersama Si Puteri. Maafkan Sang Putera.

Si Puteri: Tapi kenapa? Si Puteri rasa selama ni perhubungan kita tak ada masalah. Kenapa tiba-tiba? Sang Putera sudah ada pilihan lain kah?

Sang Putera: Tak ada sesiapa dalam hati Sang Putera. Cuma Sang Putera perlu noktahkan perhubungan kita ini. Sama ada cepat atau lambat, kesudahannya tetap sama. Kita akan tetap kecewa. Jadi ada baiknya kalau kita hentikannya sekarang, Si Puteri.

Si Puteri: Sang Putera dah habis fikir?

Sang Putera sekadar mengangguk. Si Puteri pula mengeluh.

Andai ini mahumu Sang Putera, apa lagi daya Si Puteri untuk merayu. Perlukah Si Puteri menangis hanya kerana seorang lelaki yang tidak tahu menghargai sekeping hati milik seorang wanita? Tidak. Mungkin ada air mata mengalir namun bukan kerana menyesali. Tetapi kerana apa? Mungkin disebabkan rasa sakit kerana Sang Putera bermain dengan perasaan. Mudahkan?

End of the story...

ianya amat pahit untuk dikenang namun untuk dibuang terasa sayang. masihkah ada peluang kedua setelah hati merasa kecewa? bolehkah memberi kemaafan sedangkan hati dan perasaan yang dipertaruhkan dijadikan bahan mainan?

cikcah suka menaip mengarut sejak akhir2 ni. kenapa ya? gedik sungguh!

2.3.10

Senyuman Jujur














pabila budak2 ni tersenyum, saya pulak macam nak tergelak. how sweet they all! rindu sangat. rasa macam nak balik je. hohohohooo...

tak mustahil kalau saya balik esok. stakat KL-KB, no problem lah. anytime bleh balik. hahahaaa.

wahai Cikcah, tolong jangan buat kerja gila lagi. asignment, group project sangat bertimbun menantimu ok!

1.3.10

Kita Ditakdirkan Berpisah


Tidak pernah ku inginkan
Perpisahan terjadi
Kerana ku sejak dulu
Ingin bersamamu
Sehingga ke akhir hayatku


Ku harapkan cinta kita
Akan terus bahagia
Tapi sayang kelukaan
Masih berpanjangan
Sehingga tak dapat dirawat

Apa gunanya untuk kita menyesal
Semua kerana kesilapan dirimu
Andai kau setia tanpa menyakitiku
Tentu tiada kelukaan

Puas sudah ku bersabar denganmu
Tapi mungkir janjimu

Apa daya nak ku kata
Kita ditakdirkan berpisah
Walau aku masih sayang

Air mata takkan mungkin
Dapat membalut lukaku
Hingga kini ku tak lupa kepadamu

Setelah kau pergi sayang
Aku sering termenung
Ku tak tahu oh mengapa
Tiba-tiba rindu
Sesaknya perpisahan ini

Sekiranya engkau masih
Ingat lagi padaku
Kenangilah betapaku cinta kepadamu
Tidakkah kau sayangku lagi...

singer: Screen